BAB 10

6.2K 250 0
                                    

Sebak hatinya apabila melihat wajah anaknya. Dipandang muka yang memerah itu. Farisha menghampiri katil bayi itu dengan lagi dekat.

Esakan  Medina masih lagi berterusan. Farisha seperti buntu kerana dia baru merasa keadaan sebegini.

"Medina sayang.." Tubuh kecil Medina diambil dari atas katil bayi itu.

Ya Allah sebaknya hati ini. Terkilan rasanya kerana meninggalkan Medina. Sungguh dia tak sangka yang dia sendiri sanggup meninggalkan anaknya sendiri.

"Sayang mama.. kenapa menangis ni." Farisha seolah- olah bertanya. Tetapi Medina tetap menangis. Punggung Medina ditepuk- tepuk perlahan.

"Jangan nangis sayang. Mama ada." Dilap sisa air mata ditubir mata anaknya. Farisha melabuhkan punggunya di sofa yang disediakan di dalam bilik tidur anaknya. Sambil itu dia menyanyi- nyanyi kecil sambil menenangkan anaknya. Esakan Medina mula tidak kedengaran.

Sedang dia ralit melihat wajah comel anaknya, pintu bilik terbuka. Tidak semena- mena Farisha kaku. Manusia yang berada dihadapannya juga itu terkejut.

"Niel." Medina cuba bersuara.

"Apa awak buat dekat sini Farisha?" Tanya Daniel.

"Niel..." Farisha tidak mampu meneruskan kata-katanya. Wajah Daniel sungguh ketat memandang ke arahnya.

"Saya tanya lagi sekali Farisha, apa awak buat dekat sini! Dekat rumah saya!" Daniel seperti memberontak. Lantunan suaranya bergema satu ruangan bilik. Medina.

Medina yang berada di dalam dakapannya dipandang.

'Tolong mama, sayang.' Dia seperti meminta pertolongan anaknya.

"Saya nak jumpa suami dan anak saya."

Daniel tersengih mendengar jawapan yang keluar dari mulut Farisha.

"Suami? Anak? Bukan dioarang dah mati ke?" Ya Allah, berat sungguh dugaan mu ini. Sanggup Daniel berkata begitu.

"Niel." Farisha meminta simpati. Suaranya mengendur.

"Keluar dari rumah ni sekarang! Saya taknak tengok muka awak lagi." Tegas Daniel.

"Tapi Niel."

"Saya kata keluar, keluar jelah!" Daniel menarik nafasnya dalam.

Wajah Farisha memerah menahan tangisannya dari keluar.

"Encil Daniel." Serentak itu, Daniel menoleh kebelakang. Mak Yam beradi dibelakangnya dengan muka yanh agak takut. Jarang dia nampak muka tuannya semarah itu.

"Mak Yam nak apa?"

"Bagi lah Puan Risha duduk disini buat sementara waktu ni." Mak Yam seperti memujuk lelaki itu.

"Patut ke saya bagi dia duduk sini Mak Yam? Patut ke saya bagi? Mak Yam lupa ke apa yang dia dah buat pada saya?" Daniel seolah- olah bertanya kepada Mak Yam. Soalannya diajukan berulang kali.

"Patut. Dia berhak sebab dia isteri Encik. Memang Puan salah dulu, tapi dia berhak dapat kemaafam kan."

Daniel mendengus.

"Medina pun perlukan Puan Risha, encik." Tambah Mak Yam lagi.

Daniel menguak rambut kasar kebelakang.

"Okay. Saya bagi dia tempoh duduk sini." Mak Yam tersenyum lega akhirnya. Daniel kembali memandang Farisha.

"Saya bagi awak tempoh duduk sini sampai Medina cukup 1 tahun. Lepas itu, pergi jauh dari sini." Ujar Daniel.

Farisha mendongak memandang suaminya. Sehingga Medina setahun? Sempat ke dia pulihkan semua keadaan? Hanya tinggal 3 bulan setengah sahaja lagi. Mampukah dia untuk lakukan semua ini seorang diri?
"Okay saya terima." Farisha mengangguk dengan syarat yang diberikan Daniel. Tidak apalah, dia redha dengan semua ketentuan yang telah ditetapkan. Andai dia perlu pergi, dia akan pergi dengan ikhlas.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now