BAB 26

6.7K 245 0
                                    

Setelah selesai sahaja majlis, orang ramai mula beransur pulang. Begitu juga dengan saudara mara yang datang dari jauh. Dania dan Harris melangkah masuk ke dalam rumah setelah sesi bergambar di luar selesai. Kasut tumit tingginya ditanggalkan dan diserahkan kepada suaminya.

"Eh kenapa bagi saya?" Kening Harris ternaik.

"Tolong lah saya penat ni. Tekak loya." Jawab Dania perlahan. Cukup perlahan. Terlampau letih melayan tetamu. Lebih- lebih lagi kawannya yang turut sama hadir memeriahkan majlis.

Harris mengangguk. Faham sangat keadaan isterinya itu.

Masa sebelum makan berdamai tadi pun Dania dah nak termuntah. Temankan juga ke tandas. Kesian sangat. Tangan Harris mencapai huluran isterinya. Kasut tumit tinggi itu sudah beralih tangan.

Dania terlebih dahulu mendaki anak tangga ke atas. Sampai sahaja di dalam bilik, tubuhnya direbahkan diatas katil.

"Hey Dania. Tukar baju tu dulu. Bersihkan diri. Baru tidur." Tangan isteri dicapai. Ditarik bangun. Tetapi Dania keraskan tubuh.

"Hmm kejap. Bagi saya 10 minit. Nanti saya bangun semula." Ujar Dania dalam matanya tertutup.

"Eh no! Awak tu kalau dah tidur mana nak sedar. Bangun sekarang." Tutur Harris lagi.

"Awak nak saya bangunkan or awak bangun sendiri?" Kening sebelah dinaikkan. Menanti kata- kata dari isterinya.

"Heh.."

Ditepuk lengan isterinya. Harris menggeleng. Dah tidur rupanya. Sabar je lah.

×××

"Eh Harris, turun sorang. Mana Nia?" Soal mama sebaik terlihat menantunya masuk ke dapur.

"Tidur mama. Lepas naik bilik je tadi terus dia baring." Mama menggeleng. Harris mencapai gelas di kabinet dan menuangkan air sejuk kedalamnya.

"Nak makan? Mama ada panaskan lauk tu. Tinggal ayam merah dengan daging black paper je tu." Beritahu mama.

"Tak apa. Tak lapar lagi. Nanti kalau Harris nak makan, Harris ambil sendiri." Mama mengangguk. Tangannya dicuci. Buah naga yang baru siap dipotongnya diletakkan di dalam peti ais.

"Ni nak buah ambil dekat sini." Ditutup pintu peti ais.

"Okay." Jawab Harris sepatah. Cawan yang diminumnya tadi dibasuh dan diletakkan di tempat asalnya kembali.

"Kejutkan isteri kamu tu. Suruh dia makan." Pesan mama sebelum berlalu ke ruang tamu.

×××

Farisha melangkah masuk bersama Medina didalam dukungannya.

"Eh tak tidur lagi?" Suaminya dihampiri. Daniel menggeleng. Diletakkan Medina diatas katil mereka dan dibiarkan anaknya itu bermain dengan mainannya.

"Buat apa dekat bawah?" Soal Daniel.

"Berbual dengan Harris tadi." Jawab Farisha.

"Berbual pasal apa?" Farisha kerutkan dahinya. 

"Kenapa nak tahu?"

"Saje. Mana tahu ada mengumpat pasal saya ke." Jawapan dari Daniel buatkan Farisha mencebik.

"Memang pun." Daniel bulatkan matanya. Farisha tersengih. Dihampiri suaminya yang sedang duduk di meja kerja.

"Cuti pun buat kerja eh?"

"Mestilah. Semuanya tertangguh sebab awak tau." Farisha mencebik. Faham sangat dengan apa yang dimaksudkan suaminya itu.

"Yelah. Awak yang terkejar- kejarkan saya. Sebab tulah awak tinggalkan kerja awak tu." Jawab Farisha. Daniel menoleh memandang isterinya. Farisha membalas tatapan mata indah itu.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now