BAB 8

5.6K 222 0
                                    

Pintu bilik pejabat Farisha dibuka. Kak Marya menapak masuk ke dalam.
"Risha, tak keluar lunch?" Tanya Kak Marya. Farisha menggeleng.

"Tak lah kak. Risha banyak kerja lagi ni nak buat." Ujar Farisha. Sambil itu tanggannya pantas membuat kerja.

"Siapa punya bunga tu kak?" Tanya Farisha. Cantik pula dia melihat jambangan bunga mawar merah itu.

"Eh lupa pula akak." Kak Marya tersengih.

"Actually ni tadi staff bawah bagi akak suruh bagi pada Risha." Risha mengerutkan keningnya.

Jambangan bunga itu diserahkan kepada Farisha.

"Sure ni Risha taknak keluar makan?" Kak Marya tanya lagi sekali.  Farisha menggeleng.

"Tak apa kak. Risha dah kenyang sebenarnya. Akak pergi jelahh." Ujar Farisha.

Akhirnya Kak Marya menurut. Terus wanita itu keluar dari biliknya. Matanya teralih pada jambangan bunga mawar itu. Kad kecil yang dilekatkan disitu dicapai. Dibaca isi kad itu dengan teliti.

'Hi beauty. Long time no see. Jom jumpa. Dekat Cafe Marsyah malam ni, i tunggu.'

Siapa pula yang bagini? Takkan lah suami dia sendiri.

×××

"Kau nak pergi mana Risha?" Tanya Riana apabila melihat Farisha sudah bersiap berpakaian cantik.

"Keluar. Ada orang nak jumpa aku." Jawab Farisha. Pin tudung dipinkan pada bahunya.

"Kan abang kau cakap jangan keluar buat sementara waktu ni. Bahaya lah."
"Tapi Ana.." Farisha sudah memuncungkan bibirnya.

"Okay. Okay. But aku temankan kau." Pintas Riana cepat. Terus Farisha menarik senyuman.

"Aku siap sekejap. Kau tunggu depan." Farisha mengangguk. Riana terus menuju ke biliknya dan bersiap. Beg tangannya dicapai.

×××

"Are u sure ni tempatnya?" Tanya Riana untuk memastikan. Farisha mengangguk laju. Kad yang tertulis alamat cafe itu diserahkan kepada Riana.

"Hmm better kau duduk dalam kereta sekejap. Aku tengok dalam dulu." Ujar Riana. Dia sudah merasa ada benda tak kena akan jadi.

"Tak perlu kot." Farisha menghalang.

"No. Baik kau dengar cakap aku. Tunggu sekejap. Nanti aku datang semula." Riana terus keluar dari kereta.

Riana menuju ke arah seorang lelaki yang duduk di penjuru cafe. Dia mendekati lelaki itu dan...

"Kau Helmy?" Riana menekup mulutnya.

"Kau buat apa dekat sini?" Helmy bangun dan memandang wajah Riana tidak puas hati.

"Rasanya aku patut tanya kau, kenapa kau dekat sini?" Riana sengaja bertanya. Dia dah terlalu masak dengan perangai Helmy.

"Stop ganggu Farisha, Helmy. Dia dah bahagia. Kau boleh cari perempuan yang lebih baik dari dia. Jangan ganggu dia lagi please." Pinta Riana.

Helmy mendengus kasar.

"Aku tak heran langsung. Yang penting aku dapat Farisha balik."

"No and Never. Aku tak benarkan." Riana terus berlalu pergi dari situ. 

"Tak guna punya perempuan."

×××

Farisha berjalan memasuki ke dalam syarikat yang dia akan bermesyuarat tentang projek di Pulau Pinang.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora