BAB 24

7.4K 226 0
                                    

Farisha mencapai telefonnya selesai sahaja mengisi perutnya. Nasiblah ada food service. Kalau tak mati kelaparan lah dia.

Nombor telefon Riana didail. Mana lah gadis itu membawa anaknya pergi. Dah nak dekat petang tak balik- balik lagi.

"Ana, kau bawa anak aku pergi mana ni?" Setelah panggilan bersambung, terus sahaja Farisha bertanya tanpa memberi salam.

"Hey kau ni. Mana salam."

"Assalamualaikum. Mana Medina? Kau bawa dia pergi mana ni?" Soal Farisha selepas memberi salam.

"Waalaikumsalam. Ada je ni dengan aku. Dia tengah main. Aku bawa dia pergi taman ni." Ujar Rania.

"Panas- panas macam ni? Heh kau tahukan anak aku tu dia tak boleh ke..."

"Hish kau ni. Ni kawasan tertutup lah. Ber air- cond. Jangan risaulah. Medina bukan sepanjang hari terdedah dengan cahaya matahari. Aku dekat mall ni. Ada pesta untuk budak- budak. So aku bawalah dia kesini." Pintas Riana. Farisha menarik nafas lega.

"Ni kau okay tak? Dah makan?" Tanya Riana.

"Hmm baru je makan. Tekak aku loya- loya." Riana mengumam.

"Tak apalah kau rehat. Pasal anak kau jangan risau. Aku jaga dia."

"Thanks. Projek kau macam mana? Okay?"

"Dah selesai dah tengahari tadi."

"Ouh baguslah macam tu. Wey petang ni aku keluar kejap ya."

"Keluar? Kau nak pergi mana?"

"Kau balik sini nanti aku cerita." Beritahu Farisha. Riana tersengih. Tak perlu dicerita, dia dah tahu apa yang bakal diceritakan sahabatnya itu.

×××

Dress labuh berwarna biru muda itu dipakaikan pada tubuhnya. Cantik dan selesa. Sesuai dengan citarasanya. Bahagian bahu dibetulkan. Tudung yang turut disediakan diambil. Diletakkan diatas kepalanya. Sebelah pendek dan sebelah panjang. Rasa dah okay, pin tudung dicapai dan dipinkan dibawa dagu. Seterusnya, baki yang bahagian panjang ditarik keatas melilit kepalanya. Dan jarum peniti disematkan. Setelah agak berpuas hati, Farisha tersenyum sendiri.

Cantik.

Yah, dia puji diri sendiri. Apa salahnya kan. Beg tangannya dicapai dan dia melangkah keluar. Sekejap. Ada kotak. Macam kotak kasut.

Farisha membongkokkan badannya lalu mengambil kotak itu. Tekaannya tepat. Kasut tumit tinggi itu dikeluarkan. Kad yang ditulis itu dibacanya.

'Jangan lupa pakai kasut ni.'

Disarungkan kasut tumit tinggi itu pada kakinya. Nice. Gaya macam pengantin pula dia. Tapi dalam fikiran Farisha, masih lagi tertanya- tanya dengan kejutan ini. Siapa yang buat semua ini?

Pintu bilik ditutup setelah meletakkan kotak didalamnya. Farisha melangkah ke lobi. Dia berasa kekok apabila ada sesetengah orang melihat kearahnya. Sofa yang berada di tengah- tengah lobi itu dia hampiri dan labuhkan punggungnya disitu.

Sedang Farisha terleka dengan telefonnya, tiba- tiba matanya ditutup dengan sehelai kain dari belakang.

"Siapa?" Farisha bersuara. Tetapi orang yang mengikat kain pada matanya mendiamkan diri. Malah dia dibangunkan dan dibawa pergi ke suatu tempat yang dia tak tahu.

Dengan langkah yang cukup berhati- hati dia dibawa ke tempat itu.

"Siapa awak? Awak ke yang bagi saya baju, bunga dan semua tu?" Soal Farisha. Keadaan sunyi sepi. Seolah- olah Farisha berkata seorang diri.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora