BAB 27

6.8K 206 0
                                    

"Kenapa nak jumpa?" Tanya Riana sebaik sahaja tiba di sebuah cafe. Dia melabuhkan punggungnya dihadapan suami sahabatnya.

"Tak nak order dulu?" Riana menggeleng.

"Tak apa. Aku baru je minum tadi." Daniel mengangguk.

"Kenapa?"

"Macam ni..." Daniel menarik nafas.

"Actually, dua minggu lagi anniversary kitaorang." Riana mendengar dengan fokusnya. Apa kena mengena dengan dia?

"So?"

"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Riana kerutkan dahinya. Hish Daniel. Macam tak biasa pula.

"Hah tanya jelah."

"Risha ada bagitahu kau tak yang dia ada teringin nak pergi luar negara." Riana mengangguk lambat- lambat. Ada juga gadis itu nak pergi melancong ke luar negara. Tetapi masa sahaja tidak ada. Daniel tersenyum.

"Okay good. Kau tahu favourite country yang dia teringin nak pergi?" Riana menggeleng kali ini. 

"Dia tak ada pula cakap dia ada favourite country. Tapi dia pernah cakap dengan aku, yang dia teringin nak pergi Korea dengan China."

Korea?

China?

Farisha salah seorang penggemar drama Korea dan China. Tak mustahil gadis itu suka akan negara itu.

"Salah satu?"

"Mostly korea rasanya. Kenapa kau nak bawa dia pergi sana?" Daniel mengangguk dengan sebuah senyuman. Begitu juga Riana.

"Untungnya Risha." Puji Riana.

"Untung lagi aku." Mereka sama- sama ketawa.

"Apa untungnya kau?" Riana menanya.

"Yelah dapat isteri yang penyabar macam dia." Betul, dia kenal Risha dah lama. Gadis itu seorang yang penyabar. Mudah sahaja bila berkawan.

"Untunglah. Lain lah aku." Daniel berdecit.

"Eleh tak payah nak pasrah sangat. Macam aku tak tahu."

"Ni mesti Farisha cerita." Daniel sengih.

×××

Farisha mencelikkan matanya. Pancaran cahaya matahari dari luar tingkap menyilaukannya. Terus dia berpaling membelakangi pancaran cahaya matahari itu. Tubuhnya didekatkan dengan suaminya. Baru je dia nak lelapkan matanya semula, tangan Daniel mula melingkar dipinggagnya. Memeluknya erat. Farisha mendongak sedikit keatas.

Mata tertutup. Sempat lagi nak bersweet. Tapi tak salah kan? Tubuhnya makin dirapatkan. Matanya dipejamkan. Tidur dibawah ketiak suaminya. Cerh HAHA. Tak apalah. Dia mengaku yang suaminya ini tiap masa wangi.

"Sayang dah bangun. Jangan sambung tidur lagi." Daniel mula bersuara. Berbisik dekat dengan sebelah telinga. Sesekali dikucupnya.

"Hmm. Sekejap." Jawab Farisha.

"Dah jom bangun. Kata nak pergi rumah papa. Nanti lambat. Jalan jam pulak nanti." Rambut Farisha yang terjuntai dimainnya. Dihidunya. Wangi.

"Sayang jom lah mandi sama- sama." Kalini tangannya bermain di muka cantik isterinya.

"Ya sekejap. Nanti saya bangun." Daniel berdecit.

"Saya dukung awak nanti. Baru awak nak sedarkan." Farisha buka matanya sedikit. Tangan Daniel yang bermain di seluruh wajahnya dikalihkan.

"Yelah yelah. Nak bangun lah ni." Dengan mata yang kecil, Farisha bangun. Daniel tersengih. Comel je tengok isterinya ini.

"Morning kiss." Terpampan Daniel apabila Farisha menciumnya.

"Tak payah nak terkejut sangat." Ditolak tubuh suaminya. Daniel ketawa terkekeh. Baru sahaja Farisha hendak mengatur langkah ke bilik air, tubuhnya melayang. Dia berdecit.

"Turunkan lah." Kaki Farisha goyangkan.

"No!" Dibawa isterinya masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air dikunci rapat.

×××

"Assalamualaikum papa mama." Farisha memberi salam sebaik sahaja berada dihadapan pintu rumah banglo mewah itu.

"Waalaikumsalam." Muncul wajah dua insan yang bergelar ibu bapanya. Farisha dan Daniel menyalam kedua- dua tangan ibu bapanya.

"Dah jom masuk." Papa mengajak masuk kedalam. Terus mereka melangkah masuk ke dalam.

"Mana abang mama?" Soal Farisha sebaik dapat duduk sahaja di sofa. Sakit pinggang bila terlalu lama berdiri.

"Keluar katanya."

"Keluar? Dengan siapa?"

"Kawan agaknya." Jawab mama.

"Ni Niel dengan Risha nak minum apa? Mama buatkan?"

"Eh tak apalah mama. Lagipun kitaorang baru je minum tadi." Ujar Daniel.

"Sure ni?" Daniel mengangguk.

"Okaylah kalau macam tu. Mama nak naik atas sekejap. Bual- bual lah dengan papa." Mama terus berlalu ke atas.

"Kerja okay papa?" Tanya Farisha.

"Alhamdulillah okay. Abang lah yang banyak tolong. Papa pun bukanlah kuat sangat sekarang ni. Nasiblah abang kamu tu ada." Jawab papa. Betullah apa yang papa cakap tu. Patutnya sekarang dia sudah duduk berehat di rumah sahaja. Tidak perlu memikirkan pasal kerja lagi.

"Ni cakap pasal abang, abang tak ada bagitahu apa- apa dekat papa dengan mama?"

"Tak ada pula. Kenapa Risha tanya?"

"Erh tak adalah. Mana tahu abang dah bagitahu awal ke?"

"Tak adalah. Dia pun makin busy sekarang ni." Mata papa melirik memandang cucunya yang berada di ribaan Daniel.

"Kesian Medina tu Niel. Bawa lah naik. Penat sangat tu." Ujar papa. Terus Farisha menoleh memandang suaminya.

"Awak letak lah dulu Medina dekat atas. Pastu pergi berehat." Daniel mengangguk.

"Okaylah papa. Niel naik atas dulu." Daniel bangun lalu didukung tubuh kecil anaknya.

×××

"Jom lah masuk." Ajak Farish kepada gadis disebelahnya.

"Saya malulah nak jumpa mama dengan papa awak." Ujar gadis itu. Farish tersengih.

"Ana, buat apa awak nak malu. Family saya dah kenal awak lama tau." Riana menggigit bibirnya. Alah macam mana nak masuk. Dia bukan apa. Malu sebenarnya. Lagi- lagi bila nampak kereta Daniel tersadai dibawa garaj rumah itu.

"Tak ada apa- apalah. Dah jom." Farish mematikan enjin kereta. Belum sempat dia hendak membuka pintu disebelahnya, tingkap disebelah tempat duduk Riana diketuk.

Riana disebelahnya pula sudah cuak. Bukan dia tak kenal siapa yang ketuk tu. Farisha kot. Farisha tau. Farisha.

Farisha berdehem sebaik sahaja tingkap diturunkan.

"Err hai Risha."  Riana melambaikan tangan kekok. Farisha membalas dengan senyuman sinis.

"Tak reti nak masuk rumah?"

"Nak masuk lah ni." Farish yang diam sejak tadi menyampuk.

"Hah cepatlah masuk. Mama tak sabar nak jumpa tetamu dia tadi." Sindir Farisha. Riana menoleh kearah Farish. Giginya diketap risau.

"Assalamualaikum." Farish memberi salam. Dia melangkah masuk kedalam diikuti dibelakangnya Farisha dan Riana.

"Waalaikumsalam." Salam Farish dijawab. Mama mendekati.

"Erh mana tetamunya Rish?" Soal mama.

"Ni." Farish menunding jarinya kearah Riana disebelah Farisha.

"Ana?"

"Yes mama." Mama senyum nipis dan menjemput Riana masuk ke dalam.

"Mama, actually Rish ada benda nak cakap ni." Tutur Farish.

"Cakap apa?" Mama menanti. Begitu juga papa, Farisha dan Daniel.

Bersambung

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now