BAB 6

5.8K 232 1
                                    

Datin Fazira mendekati anaknya yang sedang enak menjamu selera di dapur. "Rish." Tegur mama. Farish menoleh memandang mamanya.

"Ya mama." Farish menyahut setelah makanan di dalam mulutnya sudah sepenuhnya ditelan.

"Rish ada jenguk Risha?" Tanya mama tiba- tiba. Selama ini semasa mereka berdua atau bertiga dengan papa tak ada pula diungkit nama Farisha.

Farish mengangguk.

Mama tersenyum.

"Dia okey? Sihat?" Tanya mama. Wajahnya lain sangat.

Adakah mama rindu Farisha?

"Alhamdulillah sihat mama. Cuma sekarang ni Farish dengan Ana tengah berusaha nak pulihkan ingatan dia balik." Tutur Farish.

"Risha masih tinggal dengan Ana?"

Farish mengangguk.

"Ana sihat ke?"

"Sihat mama." Jawab Farish. Mama tersenyum. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut Farish.

"Mama..."

"Ya." Jawab mama.

"Kenapa mama tiba- tiba tanya pasal Risha?" Tanya Farish ingin tahu.

"Nothing. Mama cuma nak tahu je. Dia sihat ke, dia okay ke." Jawab mama acuh tidak acuh.

Farish tahu itu jawapan tipu yang keluar dari mulut mama.

"Mama perlu ke tipu Rish?" Tanya Farish.

Datin Fazira menunduk. Air matanya mengalir keluar.

"Mama rindukan dia Rish. Rindu sangat. Mama sebenarnya tak sanggup nak buang dia Rish. Mama tak boleh lena sepanjang mama buang dia dari keluarga ni. Mama risau. Lagi- lagi bila dapat tahu yang dia accident. Mama terlalu risau. Mama langsung tak jenguk dia. Mama tahu sebenarnya Risha tak bersalah dulu. Bila dia duduk dengan Helmy, mama fikir yang Risha  akan buat benda bukan- bukan. Tapi tak. Dia cuma menumpang je." Luah Datin Fazira.

"Mama tahu?" Datin Fazira mengangguk.

"Kenapa mama tak bagitahu papa. Kenapa mama biarkan papa halau dia keluar lepas dia habis pantang tu." Tanya Farish.

"Entah. Fikiran mama bercelaru. Mama takut yang masa tu Risha sebenarnya curang belakang suami dia. Sanggup duduk rumah lelaki lain sedangkan masatu dia dah sarat mengandung." Tutur mama. Farish terkesima.

"Sebenarnya ada yang mama fikirkan lagi sebenarnya ni." Ujar Datin Fazira risua.

"Apa dia?"

"Helmy."

"Kenapa dengan Helmy mama?" Tanya Farish ingin tahu.

"Haritu mama ada terserempak dengan dia. Dengan perempuan masatu. Berduaan. Mesra pula tu. Tapi mama tak risau sangat pasal tu. Yang mama risau cuma mama takut yang dia akan kacau Risha dan ugut Risha macam- macam." Tutur Datin Fazira.

Farish menelopong. Mama seolah- olah tahu semuanya.

"Mama nak Rish jaga Risha baik- baik. Mama dapat rasa ada benda yang tak kena akan terjadi." Tutur mama.

Farish mengangguk.

"Okay mama. Rish akan tengokkan Risha."

"And one morething, jangan sampai papa tahu."

"Okay mama.

×××

Dato Fattah meraup mukanya kasar. Dia menapak ke biliknya diatas setelah mendengar apa yang dibualkan isterinya dan anak sulungnya.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now