BAB 22

7.2K 219 0
                                    

"Sure ni nak bawa Medina sekali?" Soal mama untuk kali keberapa. Risau betul mama ni. Yelah aku bagitahu pergi sana atas urusan kerja, tetapi Medina dibawa sekali. Kang tak pasal- pasal tak kerja.

"Sure mama. Ana tu suruh bawa sekali. Tak apalah lagipun Risha cuma temankan Ana je. Risha boleh jaga Medina. Apa salahnya bawa dia berjalan sekali. Hirup udara segar."

Beritahu Farisha. Mama menganggukkan sahaja. Kalau dah itu yang anaknya cakap, Datin Fazira ikutkan sahaja.

"Ikut kamulah. Mama tak kisah. Yang penting jaga Medina tu baik- baik." Pesan mama.

Farisha mengangguk faham.

"Risha nak naik atas dulu. Kejap lagi Ana sampai. Kan nanti dia tengok Risha tak siap, mahunya dia membebel." Tutur Farisha.

Macam dia tak tahu perangai Riana tu. Nak cepat sahaja. Apa yang dikejarnya pun tak tahu. Pernah dulu nak masuk kelas ni punyalah nak cepat. Padahal banyak lagi masa ada. Dia fikir kelas tu boleh bergerak kot. Sebab tu terkejar- kejar nak cepat.

Mama menyengih.

"Hah pergilah dulu. Mama nak siapkan bekal kamu dulu."

Mama terus ke dapur setelah menutur ayat terakhirnya. Farisha melangkah kakinya mendaki anak tangga.

×××

Datin Fatiyah mengetuk pintu bilik anak perempuannya. Tiada balasan dari Dania, tombol pintu dipulas. Dia melangkah masuk kedalam. Matanya terarah sekujur tubuh yang berselubung dibawah selimut. Tergeleng kepalanya.

Kakinya melangkah mendekati Diana. Punggungnya dilabuhkan di tepi birai katil.

"Nia. Bangun. Harris ada dekat bawah tu." Dania mendiam.

"Nia bangun sayang. Kesian Harris tunggu dekat bawah tu. Dah lama dia tunggu tu." Dania mendiamkan diri lagi. Malah dia keraskan tubuh juga.

Datin Fatiyah menarik selimut yang melubung anaknya itu tetapi pantas Dania menarik menutup seluruh tubuhnya.

"Nia janganlah macam ni. Mama tak suka lah. Lusa Nia dah nak bersanding. Kesian mama tengok Harris tu. Nia abaikan suami Nia." Dania berdecit perlahan. Kepalanya dikeluarkan.

"Tu Harris dah sampai. Kata rindu. Pergilah jumpa." Dia mencapai tangan Dania dan menarik untuk duduk.

"Nia penat lah mama. Mama suruh jelah Harris naik atas." Pinta Dania.

Datin Fatiyah mencebik.

"Kamu ni kalau ya pun merajuk dengan abang kamu tu janganlah abaikan suami." Ujar mama. Matanya menikam memandang anak mata anaknya.

"Ye lah mama. Sorry. Mama panggilkan lah Harris naik atas. Nia nak baring sekejap."

"Ehh no. Bangun sekarang!" Suara mama sedikit menjerit. Dengan terpaksanya, Dania gagahkan diri untuk bangun.

Datin Fatiyah sudah melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup rapat kembali. Dania baringkan semula badannya.

Huh selesa.

Tak sampai beberapa saat dia nak terlelap semula, pintu biliknya dikuak semula. Bau haruman yang menusuk ke rongga hidungnya itu buuatkan dia tahu siapa pemiliknya.

"Sayang.." Merdu sahaja suara itu memanggil.

"Hmm.." Dania menggumam halus. Bunyi pintu kedengaran ditutup kembali. Malah dikunci.

Derapan tapak kaki Harris menghampiri. Punggungnya dilabuhkan di atas katil.

"Hey bangun." Belakang badan isterinya disentuh.

"Hmm sekejap." Dania bersuara perlahan.

"Hey bangun sayang."  Dania keraskan tubuhnya kali ini. Harris berdecit. Apa lah yang merasuk isterinya sampai jadi malas nak bangun. Nak tak nak, dia baringkan tubuhnya disebelah isterinya.

"Heh pandang sini." Dania yang memandang ke sebelah kanan mengalihkan kepalanya ke kiri agar dapat melihat wajah suaminya.

"Sembabnya mata sayang." Mata Dania dipegang.

"Hmm." Dania mengumam.

"Kenapa ni?" Soal Harris.

Dia sebenarnya dah tahu apa punca Dania jadi seperti ini, tetapi sengaja ditanya semula. Dania diam. Matanya dipejamkan. Manjanya dia.

"About abang Niel again?" Tanpa suara, Dania mengiyakan.

"Alah janganlah macam ni. Dia busy sangat lately ni. Nia kena lah faham. Inshaallah dia ada waktu majlis kita. Dia dah janji dah dengan saya hari tu." Tutur Harris untuk menyedapkan hati isterinya.

"Awak sure?"

"Yes. Kalau tak, awak keratlah jari saya ni." Dania mencebik. Kalau kerat betul- betul kang, baru tahu. Harris tersengih.

"Dah jom bangun." Pinggang isterinya yang dipeluk dileraikan.

"Penat lah. Lately ni asyik tak sedap badan je." Ujar Dania.

"Dah pergi klinik?" Pertanyaan Harris mendapat gelengan daripada isterinya.

"Dah ada isi ke?" Dania merenung tajam kedalam anak mata suaminya.

"Heh baru kahwin sebulan."

"Kalau ada apa salahnya kan." Harris tersengih.

×××

"Mama, kitorang pergi dulu eh." Farisha menyalam tangan mamanya.

"Hati- hati." Mama mengusap kepala Farisha. Farisha mengangguk. Farisha pergi ke sebelah mama pula. Papa.

"Papa, jangan lupa makan ubat tau. Papa tu dah lah tak sihat lagi." Pesan Farisha kepada papanya. Tangan papanya turut disalam.

"Ya papa tahu. Risha tak cakap pun papa makan. Tengoklah siapa kat sebelah ni. Pantang nampak papa skip, dia dah mula membebel." Ujar papa menyindir mama. Mama yang disebelah dah menjeling kearah papa.
"Haha so sweet. Lepasni Risha dapat adik lah. Yayy." Farisha ketawa. Mama menepuk bahunya.

"Hish kamu ni." Sengihan dipamerkan.

"Dah cepat pergi. Kesian Ana tunggu lama sangat dalam kereta tu."

"Yelah mama. Okay bye." Farisha mengambil Medina dari dukungan mama. Tangan yang sebelah kanan mengendong Medina dan sebelah kiri pula membawa beg pakaian.

Farisha melambai kedua- dua ibubapanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup rapat.

"Pergi tak sampai seminggu tapi punyalah salam peluk macam dah tak balik dah lepasni." Perli Riana. Farisha mencebik.

"Cakap jelah jealous." Farisha ketawa.

"Tak apa. Lepasni mama aku pun mama kau. Dan papa aku pun papa kau." Tambah Farisha. Riana melirik memandang sahabatnya. Faham sangat dengan muka terkejut Riana.

"How dare you?"

"Semuanya dah bocor. Aku dah tahu dulu sebelum kau bagitahu aku." Farisha tersengih selepas berkata.

"Dah cepat jalan. Nanti lambat pula sampai." Riana mendengus. Tak jadi lah suprise.

Hish spoil betullah.

Bersambung



Lebihkan scene untuk Harris dengan Riana♥ Hehehe

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now