BAB 20

7.6K 230 1
                                    

"Niel tak melawat Risha?" Tanya Datin Fatiyah apabila terserempak anak sulungnya yang baru sahaja turun dari tangga.

"Tengok dari luar je mama." Jawab Daniel. Mama mengangguk tanda faham.

"Tak apalah. Mama rasa Risha pun tak ready lagi nak jumpa Niel. Niel dah batalkan ke surat cerai tu?"

"Dah mama. Niel terus buang lepas kejadian tu." Jawab Daniel. Tidak betah dia simpan lama- lama jikalau hati dia sendiri tidak sanggup mahu melepaskan insan itu.

"Baguslah tu." Mama mengangguk.

"Mama, Niel nak buat satu permintaan boleh?" Mama kerutkan dahi. Kening sebelahnya diangkat.

"Permintaan apa?"

×××

Farisha telah dibenarkan keluar dari hospital setelah dua minggu berada di situ.

"Thanks doktor." Ucap Farisha kepada doktor peribadinya; Mikael.

"Most welcome. Jangan lupa jaga diri awak tu. Makan ubat. Lepasni dah makan sedap, jangan teringin pula nak skip makan. Awak tu dah lah ada gastrik." Bebel Doktor Mikael.

"Yes dokter. I know that." Doktor Mikael tersengih.

"Next month datang sini balik, i nak check up you balik." Ujar Doktor Mikael mengingatkan Farisha.

"Okay dokter."

×××

"Abang tak nak masuk ke?" Soal Dania pada abangnya. Mereka sekarang berada dihadapan rumah keluarga Farisha.

Daniel menggeleng pantas.

"Tak apalah. Nia pergi jelah bawa masuk Medina. Mesti diorang dah rindu sangat dengan Medina tu." Ujar Daniel.

Dania mengangguk dan turutkan sahaja. Tak apalah abang, satu hari nanti Dania tahu yang abang akan bahagia. Macam apa yang abang nak selama ni. 

"Nia masuk dulu. Bye." Medina dikucup Daniel sebelum dia melepaskan anaknya itu kepada Dania.

"Okay bye." Dania melangkah keluar dari kereta Honda milik abangnya.

Langkahnya diatur masuk ke dalam perkerangan rumah mewah itu.

"Assalamualaikum." Dania memberi salam setelah tiba di hadapan pintu utama rumah itu.

"Waalaikumsalam. Diana rupanya." Jawab Datin Fazira sambil senyuman dibibir diukir.

"Aunty sihat?" Dania menanya khabar.Tangan Datin Fazira disalam.

"Alhamdulillah sihat. Ni datang tak bagitahu. Suka sangat datang mengejut." Dania tersengih.

"Tak lah aunty. Kak Risha suruh Nia bawa Medina datang sini sebenarnya. So Nia datang je lah mengejut." Jawab Dania. Datin Fazira mengangguk.

"Sekejap ya. Aunty panggilkan Kak Risha kamu. Dia tu tak ada Medina, tidur memanjang je." Bebel Datin Fazira. Dania tersengih.

"Biasa lah tu aunty."

×××

"Akak, akak memang tak nak jumpa dengan abang ke? Dah dekat sebulan dah akak tak jumpa abang." Ujar Dania.

Farisha yang leka dengan Medina terus menoleh kearah Diana apabila ditanyakan soalan sebegitu.

"Bukan akak taknak Risha. Akak malu dengan diri akak. Akak malu dengan dia." Jawab Farisha.

Keluhan berat dilepaskan. Medina yang sedang main diambil dan diletakkan di pangkuannya.

"Akak, benda dah jadi. Semua orang terima, akak. Akak tak salah pun dalam hal ni." Ujar Diana.

Tangan Farisha dicapai dan digenggam. Memberikan sedikit semangat. Farisha menunduk.

Perut yang hendak membentuk itu diusapnya. Benih Helmy telah bercambah di dalam rahimnya.

Dua minggu lepas dia ke hospital semula ingin membuat check up setelah dijanjikan dengan Dokter Mikael. Setelah itu, lain pula yang jadi. Dia pengsan semasa hendak masuk ke dalam bilik dokter.

"Tahniah Farisha. Awak pregnant 2 minggu." Farisha terkejut dengan berita itu. Dia mengandung.

"Are you sure dokter?" Soal Farisha untuk memastikannya lagi.

"Yes. Hasil ujian air kencing telah menunjukkan yang awak mengandung. Jadi saya nak dalam usia kandungan yang baru ni, awak jaga pemakanan awak dan diri awak. Jangan buat kerja yang berat- berat. Ia boleh juga effect pada baby awak nanti." Ujar dokter yang memakai tag nama Rosseane iaitu Dokter Pakar Sakit Puan.

Farisha mengangguk berulang kali. Hatinya berasa tidak tenang dengan kehadiran anak dalam kandungannya. Tetapi dia kuatkan hati.

"Kalau akak jumpa abang, Nia pasti ke abang boleh terima baby dalam kandungan ni?" Tanya Farisha.

"One hundred percent sure. Lagipun kan Nia dah kata, akak tak salah dalam hal ni. Akak mangsa keadaan." Ujar Dania. Farisha mengangguk.

"Akak cuba ya."

Dania tersenyum.

Medina diambil dari dukungan mamanya. Didudukkan di pehanya

"Medina tak lama lagi jadi kakak." Ujar Dania kepada Medina. Medina tersenyum seperti faham apa yang dikatakan makciknya itu.

"Jaga diri baik- baik tau akak. Anything call Nia. Jaga baby tu. Jangan buat kerja berat- berat." Pesan Dania sebelum ingin pulang.

"Are you sure tak nak akak hantar sampai depan?" Soal Farisha. Dania menggeleng.

"Yes. Its okay. Akak masuklah rehat. Jangan lupa khamis ni balik rumah mama. Akak datang tau. Nia tunggu. Dah lah waktu Nia nikah akak tak ada. Time bersanding ni akak kena wajib ada."

Farisha tersengih apabila Dania mengugutnya sebegitu. "Ye. Akak promise. Kirim salam mama, Harris. Err dengan abang Dania sekali." Dania senyum. Dia mengangguk  "Inshaallah. Okay bye. Bye mama sayang." Medina yang berada didukungan Dania dilambaikan tangannya.

×××

Daniel memerhati dari jauh wanita yang sedang memilih barang basah di pasar. Hatinya terdetik juga untuk kesana tetapi dimatikan langkahnya. Takkan lah dia nak muncul didadapan wanita itu secara tiba- tiba. Apa pula reaksi wanita itu nanti.

"Err sorry." Tegur satu suara minta maaf. Daniel menoleh. Ah malunya. Padahal salah dia yang langgar orang itu.

"Maaf salah saya. Saya tak perasan." Daniel meminta maaf. Orang itu menggeleng.

"Tak apa." Jawab orang itu lalu pergi meninggalkan Daniel.

Daniel kembali fokus pada sasarannya.

"Eh mana pula?" Dia mencari wanita itu sekeliling pasar tetapi tidak jumpa.
"Hish Daniel. Salah kau lah ni. Lain kali fokus." Monolog Daniel sendirian.Daniel menepuk dahinya. Dia terus keluar dari pasar itu.

Bersambung





Last update untuk cuti sekolah ni. Lepasni dah naik sekolah balik. Makin busy. Exam akhir tahun pun dah nak dekat. Tinggal berapa minggu je lagi ni.

Saya tak boleh nak janji apa- apa. But saya akan usahakan. Jangan tunggu update seterusnya. Takut nanti rindu. Saya akan update mengejut untuk bab yang seterusnya.

Bye- bye--

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now