BAB 28

7.2K 201 11
                                    

"Tahu takut dengan mama aku." Farisha memerli. Dia mengambil tempat disebelah Riana yang sedang duduk ditepi kolam.

"Nah." Farisha menghulurkan mug yang berisi milo kepada Riana.

"Mahu tak takut. Muka mama kau garang kot masa Rish cakap pasal kitaorang." Farisha ketawa. Masih dia ingat wajah abangnya yang jelas ketakutan semasa hendak memberitahu hal yang sebenar. Minumannya diteguk dan diletakkan ditepi.

"Abang aku mana?" Soal Farisha.

"Dia kata nak tukar baju sekejap. Pastu hantar aku balik."

"Hah baguslah tu. Tak baik perempuan macam kau ni balik lambat- lambat." Riana berdecit mendengar kata- kata dari bakal adik iparnya.

"Nak halau aku ke ni?"

"Eh mana ada." Sengihan ditayangkan.
"Ni baby okay?"

"Okay je." Balas Farisha. Diusap perutnya yang mula membentuk.

"Dah scan?"

"Belum lagi. Nak pergi pun tak sempat." Jawab Farisha.

"Ana." Farisha dan Riana menoleh.

Muncul Farish dibelakang.

"Jom." Riana mengangguk. Dia terus bangun. Tangannya dihulurkan kepada Farisha dan membantu wanita itu bangun sekali.

"Okaylah Risha. Aku balik dulu. Jaga diri. Jaga baby. Next week kita jumpa lagi." Mereka berpelukan selepas bersalaman.

"Okay. Kau pun. Jaga diri juga. Nanti aku temankan kau beli barang kahwin." Riana mengangguk dan membuat tangannya seperti 'OKAY'.

"Okay bye." Farisha melambai dan menghantar mereka pergi.

×××

"Dah balik dah Ana?" Soal Daniel sebaik dia melangkah masuk kedalam biliknya.

"Dah." Jawab Farisha. Dia melabuhkan punggungnya di tepi birai katil.

"Awak dah mandi?" Pantas Daniel mengangguk. Direbahkan tubuhnya diatas katil.

"Sayang tak nak mandi ke?"

"Taknaklah sejuk."

"Air panas kan ada. Saya sediakan kalau nak mandi."

"Eh tak apa." Pantas Farisha menggeleng dan menghalang. Daniel berjalan mendekati isterinya. Dia duduk di sebelah Farisha yang sedang berbaring mengiring menghadapnya.

"Penat?" Farisha mengangguk. Tanpa disuruh, tangan Daniel mengurut bahunya. Sesekali Farisha mengadu sakit.

"Perlahan lah sikit." Daniel memperlahankan urutannya. Farisha merapatkan matanya.

"Sayang."

"Hmm." Farisha menggumam menyahut panggilan suaminya.

"Ingat tak next week hari apa?"

"Next week?" Mata Farisha dicelikkan.
"Tak. Saya tak tengok kalendar lagi."

"Serius ni tak ingat?" Farisha mengangguk lambat- lambat.

"Ya tak ingat. Why? Ada apa next week?"

"Tak apalah. Esok saya bagitahu. Awak berehatlah." Daniel menepuk- nepuk perut Farisha seperti bayi.

"Awak?"

"Tak apa nanti saya tidur. Saya nak turun sekejap. Nak minum." Farisha mengangguk. Dahinya dicium sebelum Daniel turun ke dapur.

×××

Harris menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Mama sedang menunggunya dibawah.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now