BAB 12

5.8K 249 0
                                    

Sedang Farisha melayan televisyen, loceng rumah berbunyi. Suaminya ke? Takkan lah Daniel tak bawa kunci rumah.

Lantas Farisha bangun dan menghampiri pintu rumah. Dipulas tombol pintu itu dari dalam dan...

"Kau?" Terkejut Farisha dibuatnya dengan kehadiran wanita dihadapannya.

"Kau buat apa dekat sini hah?" Wanita dihadapannya mula melangkah menghampirinya. Terdorong tubuh Farisha ke belakang apabila ditolak Datin Fatiyah dengan sekali cubaan.

"Auch sakit mama." Air matanya mula mengalir.

"Mama apa ni ma. Kesian lah dekat Kak Risha." Dania yang dari tadi diam mula bertindak.

Langsung tidak dijangka yang kakak iparnya tinggal dengan abangnya semula. Diana lantas menoleh Farisha yang sudah berada di lantai.

"Kamu jangan masuk campur Dania." Tegas Datin Fatiyah.

"Kalau Nia tak masuk campur, mama akan terus berkasar dengan Kak Risha." Ujar Dania. Kesian dilihat Farisha. Gadis itu mula teresak- esak  mengalirkan air mata.

"Ouh patutlah anak aku dah jarang balik rumah aku. Sebab kau lah kan? Gunakan dia. Dulu kau sedap- sedap buang dia dengan anak kau dan sekarang boleh pula kau stay dekat sini. Perempuan jenis apa hah kau ni? Jilat ludah sendiri." Tersentak Farisha apabila diherdik sebegitu. Badannya yang berasa sakit cuba digagahkan bangun.

Diana yang berada di sebelahnya menolong kakak iparnya bangun.

"Dasar perempuan tak guna. Tak tahu malu!"

Pang!--

Terasa pijar kulit pipinya apabila ditampar mama. Terpaksa ditahan  sisa tangisnya. Mulutnya seakan tidak boleh dibuka lagi. Terasa berat.

"Ma, are you crazy?" Mata Datin Fatiyah mencerlung memandang mata anak perempuannya.

"Diana pun dah berani melawan cakap mama kan. Apa bagus sangat perempuan ni. Bagitahu mama!" Jerit Datin Fatiyah kepada anaknya.

"Mama, tak malu ke? Jiran- jiran dengarlah." Tutur Diana dan menarik mamanya kedalam rumah. Ada juga jiran- jiran yang melihat aksi mereka tadi. Malu Diana dibuatanya melihat perangai mamanya.

×××

Kereta Honda milik Daniel mula masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Diparking kereta di bawah garaj.

Pelik.

Ada kereta Dania dekat sini. Buat apa gadis itu datang? Entah- entah dia dah tahu yang Farisha tinggal sekali disini?

"Assalamualaikum." Salam diberi sebelum Daniel melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." Jawab satu suara yang amat dikenalinya. Terlihat sahaja wajah wanita dihadapannya terasa seluruh tubuhnya kaku. Tidak tahu macam mana nak digambarkan lagi.

"Tell me Danial? Kenapa sembunyikan daripada mama?" Tanya Datin Fatiyah dengan soalan sebegitu.

"Apanya mama? Niel tak faham apa yang mama cuba nak sampaikan." Daniel mengerutkan dahinya konon- konon tanda tidak faham.

"Tutup pintu. We need to talk now." Pintu dibelakangnya ditutup rapat. Daniel terus mengikut jejak kaki mamanya ke ruang tamu lalu dia mengambil tempat dihadapan mamamnya.

"Kenapa mesti tipu mama Niel. Siapa mama sebenarnya? Kenapa Niel sanggup buat mama macam ni. Niel tahu tak perempuan tu dah sakitkan hati Niel. Niel tak boleh fikir ke?..." Sah. Ni mesti sebab Farisha.

"Ma, Niel..." Belum sempat Daniel mahu meneruskan kata- katanya, Datin Fatiyah memintas.

"Jangan bagi alasan dekat mama. Niel dah promise yang Niel nak ceraikan dia. Why she still ada dekat sini?" Terkelu lidah Daniel dibuatnya.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now