BAB 13

5.9K 238 1
                                    

"Papa, papa okay?" Tangan Dato Fattah dicapai dan diusap lembut. Sebak melihat keadaan papanya. Kaki belah kanan papa patah membuatkan papa tidak mampu berjalan buat sementara waktu ini. Mujurlah bahagian lain hanya luka ringan sahaja.

Air mata Farisha menitis. Dato Fattah tersenyum apabila melihat anak perempuannya berada di depan matanya.

"Sha.." Tangan papa naik ke pipi Farisha.

"Papa minta maaf." Kata- kata itu diungkap ikhlas oleh Dato Fattah. Farisha mneggeleng laju.

"No, papa tak ada salah dengan Risha. Risha je yang banyak dosa dengan papa dan mama." Tutur Farisha perlahan. Esakannya ditahan. Tangan papa yang berada di pipi dilekapkan dengan tangannya.

"Risha janji kalini Risha tak kecewakan papa dengan mama lagi. Risha jaga papa ya." Tak semena- mena air mata Dato Fattah mengalir deras. Dato Fattah mengangguk. Senyuman diukir untuk anaknya.

×××

Masa berlalu dengan begitu pantas, papa dah keluar dari hospital minggu lepas dan Farisha tinggal di rumah keluarganya hampir masuk dua minggu.

Mujurlah Daniel okay sahaja. Tapi,  Daniel okay mesti sebab dia taknak pandang muka isterinya lagi. Jijik agaknya. Hish Farisha, apa kau mengarut ni.

"Hey Risha. Menungkan apa tu?" Tanya mama yang mula menghampirinya anaknya di ruang tamu. Mama memasang sila di lantai sama dengannya sambil melihat Medina kusyuk bermain dengan permainannya. Farisha tersengih.

"Tak ada apa lah mama. Fikirkan masa depan." Ujar Farisha. Mama mencebik.

"Ada- ada jelah Risha ni." Farisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lama lagi ke abang dengan papa nak balik?" Tanya Risha.

"Yelah kot. Maybe ramai orang dekat hospital tu." Farisha mengangguk mendengar jawapan mamanya.

Farisha menoleh kearah Medina apabila anaknya itu ketawa seoarang diri. Seronok sangat lah tu main.

"Risha, mama nak cakap sikit boleh?" Farisha mengangkat keningnya.

"Cakap? Cakap apa ma? Macam tak biasa pula dengan Risha." Ujar Risha mengusik mamanya. Mama tersengih.
"Hish kamu ni. Mama ni punyalah nak serious. Kamu boleh pula nak  main- main."

"Yelah- yelah. Mama nak cakap tentang apa ni?" Farisha menanti.

"Tentang Daniel.."

×××

"Hish apa ni Nia!" Daniel mengurut. Nak sahaja tampar muka suci adiknya. Itu tapi nasiblah sayang.

"Bagi orang telefon abang lah." Pinta Dania. Apa yang dia nak buat dengan telefon Daniel pun tak tahu.

"Kau nak buat apa dengan telefon aku?" Tanya Daniel.

Daniel sorok sana, Dania dapat jumpa. Daniel sorok sini, lagilah jumpa.

"Alah bang. Bagi jelah. Sekejap je. Lepastu Nia pulangkan balik." Dania membuat muka simpati. Apa orang cakap? Muka seposen. Kena sangat dengan muka dia.

"Ah no! No! Mana telefon kau. Sebok nak telefon aku." Daniel jelirkan lidah seperti budak- budak berusia 5 tahun.
"Kedekut!" Daniel mencebik melihat perangai adiknya.

"Mengadu dekat Harris." Memek mukanya dimasamkan.

"Kau fikir aku kesah? Ngadu lah. Aku tak restu hubungan kau padan muka. Tak bahagia kau nanti. Nanti kahwin terus cerai." Cehh. Dania mencapai bantal sofa disebelahnya dan dicampakkan kearah abangnya. Tak guna! Kalau jadi betul- betul macam mana. Tak ke merana seumur hidup.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz