Jiwa Yang Hilang.

384 38 3
                                    

Aku rasa sakit. Sungguh sakit. Sama sakit seperti Afiq sewaktu dia menangis kepada Mangkuk. Sakit dan sedih.

Kau, tak pernah rasa erti kehilangan. Maka, kau tak akan faham. Aku cabar kau. Aku cabar. Buka hati kau, seluas-luasnya, sehingga kau lihat ada sinar yang tembus masuk secara menerus ke dalam hati kau. Sinar yang tidak akan mampu kau tolak.

Aku mahu kau alaminya. Cubalah. Takkanlah kau tidak boleh sedang aku boleh?

Aku mahu kau pandang sinar tu. Rasai kemanisannya. Sehingga kau tidak mampu melihat lagi. Sehingga bila sinar itu hilang, kau akan kekal menjadi si buta, teraba dalam kegelapan. Aku cabar kau. Walau secanggih mana tongkat yang kau gunakan, lohong hitam di mata kau akan kekal secara abadi, selamanya.

Aku cabar.
Aku cabar.

#-----

Mana? Mana mitos yang mengatakan langit pada waktu pagi, cukup indah dengan taburan bintang? Aku dah agak. Memang semua manusia bercita cita sebagai seorang penipu. Menipu dunia.

Aku buka pintu rumah, berpeluk tubuh sambil menebarkan pandangan di dada langit. Mencari, kalau terselit barang sebiji ke dua bintang.

Haha. Aku gelak sinis.

Suram sahaja langit. Sesuram hati aku.

Lolongan anjing anjing kelaparan, jelas di halwa telinga aku. Kini, bukan langit yang aku cari, malahan lolongan si anjing yang aku rasa, mampu menenangkan hati aku.

Dunia aku tidaklah begitu lama. Selang beberapa minit, ada dunia asing menjerkah kemarahan di antara pintu dua dimensi itu. Aku menjerit kesakitan. Sakit!!

Aku berlari lari anak ke tangga kamar. Di bawah tangga, seakan ada sebuah cermin besar tanpa tujuan diletakkan. Aku mengetuknya sebanyak 5 kali. Berharap ada sesuatu yang mampu memberi tindak balas terhadap ketukan yang diberi aku. Setelah berlari melepasi tangga, aku mula sampai di kamar aku. Gelap. Tapi sayang sekali, ada juga sesuatu yang asing berbaring senang di atas katil. Kemegahan yang dipamer, membuat aku menjadi jelek dengan sekilas pandang.

Aku mula duduk membelakanginya, dan menulis cerita ini.

"Menukilkan cerita bodoh lagi? Hahaha." Celaka, dia tertawakan aku.

"Aku lihat bodohnya karyamu seperti dirimu", senang sekali hatinya mengutuk aku.

Aku diam, tidak memberi reaksi.

"Tutup semua lampu. Aku bencikan cahaya." Nampaknya aku terlupa menutup lampu bawah. Tembusnya cahaya sehingga ke atas.

Aku menjadi malas mahu berfikir idea. Petang ini, aku perlu keluar bersama Yang Pertama. Aku sudah mampu menghidu suasana kedinginan yang bakal ditemui, sebentar sahaja lagi.

-----------------------

"Aku baca wattpad kau.", yang pertama bersuara, memecah kesunyian. (Wataknya tidak penting, maka tidak aku khaskan kata namanya).

Aku menghamparkan pandangan kosong ke hadapan.

"Jadi?"

"Tiada sebarang perkembangan."

'Dasar si bodoh yang suka menipu. Aku baru membentang dua tajuk semalamnya'

Aku diam sahaja. Malas melayan kerenahnya. Tangan aku ligat menghantar pesanan ringkas kepada Ku Ra. Memberitahu hal yang tadinya. Seperti yang aku jangka, Ku Ra memberi respon,

"Mahu aku dan Zaim, menjahit mulut berbunyi itu lagi?"

Aku terfikir fikir ideanya yang kelihatannya menarik itu.

"Boleh juga. 9:55 malam."

"Bagus. Kali ini, bayarannya percuma. Langsai separuh dari hutang aku kepada kau"

Aku bluetick. Sambil berpaling ke sisi, aku mengukir senyuman selamat tinggal kepada yang pertama. Dengan bodohnya, dia turut tersenyum jua.

Kami berjalan sehingga ke sudut belakang bangunan. Sampailah kelibat manusia yang memakai kot putih seakan doktor itu dijumpai. Aku meninggalkan yang pertama dan melangkah ke arah 'doktor' itu.

"Hai doktor. 9:55?"

"Available", dia membalas sambil mengangkat kening. Tanpa berlengah, dia berlari ke arah yang pertama dan menarik tangannya terus ke arah sebuah kereta hitam yang berada di situ. Aku melambai lambai yang pertama sambil tersengih penuh senang hati.

Aku sempat mendengar, yang pertama menjeritkan sesuatu perkataan sebelum kereta itu bergerak pergi.

"Tengku Raja! Tengku Raja!", wah suka betul yang pertama duduk bersama 'doktor'. Nampaknya Ku Ra yang memegang watak 'doktor' menjalankan tugasnya dengan penuh baik sekali.

Dan jika kalian masih tertanya tugas apakah yang dilakukan Tengku Raja, sudah tentulah tugasan sebagai seorang doktor.

Story PendekWhere stories live. Discover now