Diana

74 9 0
                                    

Aku mengarang cinta untuk yang namanya kedua.

Ps : ini macam rainbow tapi tak.

---------
7 Mei 2016

"Siapa...?"

"Junior aku. Katil depan je," Mia peluk Freak.

"Oh. Kirim salam dekat dia." Emir kembali melukis suasana rimba pada buku lakarannya.

"Emir,"

"Ha?"

"Kenapa kau kacak sangat?"

Emir angkat kening.

"Apa kau nak ni sebenarnya."

"Jom couple dengan aku." Mia merengek kecil.

"Euw, gross. Dah ah dari pagi tak mandi."

"Ala, nanti aku mandilah. Kau tak penat ke melukis ni?"

"Tak." Balas Emir sepatah.

"Hm alah, aku naik katil dulu lah. Nanti nak masuk, ketuk je pintu," Mia terus fed-up dengan ketidak-endahan Emir. Dia bangun dan terus menghilang dari bilik study itu.

Tiga empat minit melakukan touched up, lukisan hutan itu sudah sempurna disiapkan. Emir berguling guling sebentar sebelum dia menyedari bunyi tapak kaki yang jelas jelas melangkah ke dalam bilik study itu.

"Kau begitu sempurna, di mataku kau begitu indah..Ops!"

"Diana," aku mengangkat tangan.

"Hai.."

Emir memandang Diana yang sedang menggantung baju sambil membelakanginya itu.

"Malam ni, jom tidur sama sama?" Suara Emir memecahkan suasana.

"Apa dia?"

"Ah..Tak ada apa apa."

Diana hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk keluar daripada bilik itu.

Emir mengeluh kecil mengenangkan situasi itu. Dia mula baring menelentang sambil menutup muka, mengambil keputusan untuk lena sebentar.

-----------

Bunyi bunga api di luar bangunan, mengejutkan Emir daripada tidurnya. Terpisat-pisat, Emir bangun lalu menggosok beberapa kesan tahi mata yang hadir pada kelopak matanya.

"Damn, dah pukul 2 pagi."

Emir mengemas buku lakarannya sambil hati terfikir fikir sama ada mahu tidur bersama Mia atau pulang sahaja ke katilnya sendiri.

"Malaslah aku nak gerak jauh jauh. Tidur dengan Mia jelah."

Sesampai sahaja di hadapan pintu dorm Mia, tanpa mengendahkan nasihat Mia untuk mengetuknya terlebih dahulu, Emir terus masuk secara melulu. Ekor matanya sempat menangkap kelibat pergerakkan seseorang yang berselubung di tengah dorm dengan tilam yang sudah diangkat ke lantai.

"Diana?"

Emir melangkah perlahan lahan ke arah figura itu. Dia mencangkung di sebelahnya lalu meneliti raut wajah Diana, insan yang berjaya menggetarkan hatinya itu. Emir mengangkat tangannya perlahan, mengelus lembut rambut yang terurai pada wajah Diana.

Kau begitu sempurna
Di mataku, kau begitu indah
Kau membuat diriku,
Akan selalu memujamu.

"Huh."

Emir kemudiannya mengambil tempat di sebelah Diana. Tangan kiri Diana yang dibaringkan di atas bantal, ditarik Emir perlahan. Emir mengusap-usap tangan kecil itu. Entah kenapa, timbul kemahuan di benak Emir untuk mencantumkan jari-jari di tangan itu dengan jari-jari di tangannya.

Penuh berhati hati, Emir melalukan jari-jarinya ke celah-celah di antara jari-jari Diana lalu menggenggamnya. Emir berharap Diana tidak terjaga supaya dia dapat menikmati sensasi panas di tangan Diana itu dengan lebih lama.

Tapi Emir silap. Diana dah lama terjaga. Sejak, Emir menonong masuk ke dalam dorm itu tadi.

Helaan nafas Emir dibelakangnya, benar-benar membuatkan Diana tidak keruan. Dadanya terasa berdebar-debar di saat Emir merangkulkan jari-jemarinya ke jari-jemari miliknya.

Diana mengambil tindakan berani mati dengan membalas genggaman itu. Emir terus terkejut tapi sekadar tersenyum kecil sewaktu Diana membalas genggaman itu. Emir mengangkat sebelah tangannya lalu dirangkul tubuh Diana yang berbaring membelakanginya itu.

"Awak precious," Emir bersuara. Tapi bila Emir dengar dengkuran halus Diana di hadapannya, Emir hanya tersengih kecil.

'Mampus lah, aku yang tak boleh tidur sekarang..'

Detik demi detik berlalu, Emir langsung tidak berasa mengantuk. Bermacam-macam perkara yang difikirnya. Sampai dia perasan, air matanya mengalir bila dia terfikirkan hakikat yang semua ini akan berlalu. Emir tahu, dia sayang Diana sangat-sangat. Tapi dia risau, kalau satu hari nanti, dia akan terbuat satu benda aneh yang boleh menakutkan Diana sampai Diana menjauhkan diri daripadanya. Sebab bila Emir sayang seseorang, dia akan tempatkan orang itu dalam tempat tertinggi di hatinya.

"Aku bukan lesbian. Aku cuma sayang dia sepenuh hati aku." Emir teresak-esak kecil. Hati Emir terasa perit mengenangkan segala-galanya tentang Diana. Emir rasa, dia tak boleh hidup tanpa bayangan Diana dalam minda dia.

Emir bangun dengan berhati-hati. Dia mengambil keputusan untuk duduk sebab di tangga yang berada di sebelah dorm Mia itu. Emir rasa, eloklah kalau dia mahu menangis di situ sebab tiada sesiapa yang akan mendengar tangisannya. Sudah lebih 3 jam, Emir berfikir tentang Diana.

Emir sempat mencapai buku lakarannya. Sambil menangis, Emir luahkan perasaannya pada Diana dengan menconteng-conteng nama penuh Diana pada satu ruangan yang memang dikhaskan untuk tempat dia melukis segala-galanya tentang Diana.

Emir tahu, ramai orang kata Emir tidak siuman. Ada juga yang tuduh Emir lesbian sebab Emir nampak obses benar dengan Diana.

Atas sebab itulah, Emir takut jika satu hari nanti Diana akan tinggalkan Emir. Emir berharap sangat perkara sebegitu tidak akan terjadi kerana sayang Emir kepada Diana tersangatlah tinggi.

Tapi, semua itu hanyalah harapan.

Story PendekWhere stories live. Discover now