Y K-e

69 11 2
                                    

"Apa yang susah?" Aku cuba untuk bertenang. Kedua-dua belah tanganku yang menggigil itu, dipukul secara kuat ke atas meja. Pijar yang dirasai itu, aku abaikan.

Dia diam.

"Kenapa eh? Kenapa? Terlalu susah untuk kau hargai kasih dan sayang yang aku bagi  kat kau ni?"

Dia menunduk ke arah lantai. Aku dapat lihat dia menggenggam tangannya, tidak keruan.

"Kenapa dari yang pertama sampai dah nak masuk keempat pun, tak ada satu pun antara korang yang pandai hargai kasih sayang dari aku?? Kau ingat benda ni semua datang dari tong sampah ke??? Hah?!!"

Baiklah, aku gagal. Gagal mengawal amarahku lagi. Aku bangun dari kerusi itu, meja yang berada di hadapanku, aku tendang penuh kasar ke arah meja guru.

Bam! Bunyi meja kayu yang berdentum, melanggar meja guru itu, sungguh kuat memecahkan suasana malam. Aku dapat menangkap dari ekor mataku, bahunya yang terhinjut sedikit.

"Kenapa semua benda ni jadi kat aku, sial?!! Apa dosa aku, kena tanggung anugerah 'sayang sepenuh hati' ni eh??? Fakof la bodoh!" Aku menjerit nyaring. Meja-meja kayu di sekelilingku menjadi mangsa untuk aku melepaskan kesakitan ini. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir laju ke pipi, sehingga ada yang mencecah tudung sarung milikku.

"Aku buang masa aku dengan yang kedua, sampai result PT3 aku teruk. Aku tak dapat revise sains sebab yang pertama buat hal. Aku gagal kesemua subjek akhir tahun tingkatan empat kerana yang ketiga. Lepas ni, apa??? Kau nak hancurkan SPM aku pula?!" Suara aku mula melirih. Aku bukannya cukup kuat untuk menendang kesemua meja ini.

"Aku minta.."

"Tak payah. Aku dah mula menyesal menyayangi manusia. Ambil kembali maaf kau, aku tidak perlukannya."

Kaki aku mula melembik ke arah lantai kelas.

"Emir!"

"Aku penat, sayang.." Ucapku perlahan sebelum duniaku bertukar menjadi gelap.

Story PendekWhere stories live. Discover now