Ezz (Yang Keempat)

57 7 4
                                    

Untuk kamu,
Aku kirim suria.

Untuk aku,
Kamu balas nista.

Lantas bagaimana,
Hati ini ingin mengalah,
Kerna aku;
Bukannya pantang menyerah.

--

Julai, 2021

"Narcissistic Personality Disorder? Wow!"

"Ye, tak payah terkejut sangat. Kita sempoi-sempoi aje."

"Doktor, hang serius la?" Emir ternganga barang sejenak.

"Ish kamu ni, kata pro baca mata orang. Ni, mata sendiri pun tak dapat detect, apedehal." Insan berkot putih yang memakai tag nama 'Tengku Raja' itu bantai sindir kebolehan Emir.

"Eh, doktor jangan nak pertikai kemampuan saya. Itu kepatangan eh!" Emir mencebik bibir lalu mencampak keputusan ujian itu ke atas meja pejabat Doktor Ku Ra.

"Tapi kan, sejak bila?"

"Sejak kamu hilang yang ketiga dan berjumpa yang keempat."

"Tapi, saya rasa, sejak yang kedua. Sebab, yang pertama pernah uji saya dalam tandas asrama."

"Apa dia kata? Awat tak habaq?" Doktor Ku Ra mengerutkan dahi sambil tangannya pantas mengeluarkan fail peribadi milik Emir ke atas meja.

"Hehe, mungkin saya lupa?"

"Boleh pula begitu. Ceritalah."

"Macam ni ha alkisahnya."

--

"Kau mesti nak jadi hero dalam hidup seseorang kan?"

"Maksudnya?"

"Fikirlah sendiri."

Dira terus berlalu, meninggalkan Emir yang termangu sendiri.

Balik sahaja dari dorm, Emir terus berlari mendapatkan Tia, salah seorang kliennya yang berkongsi masalah keluarga dengannya.

"Aku tahu nak buat apa."

Kurang dari seminggu, Tia kembali pulih, tetapi Emir pula yang makin terseksa kerana dia secara tidak sengaja telah mengaplikasikan kaedah itu kepada seseorang.

Ya, Emir telah menggunakan cara itu kepada yang kedua.

Segalanya begitu indah sehingga timbul kemahuan Emir untuk mempergunakan Mas, rakan kepada yang kedua untuk menguji tahap kesetiaan Mas kepada Emir.

"Akak sebenarnya obses dekat dia,"

Dipendekkan cerita, mungkin Mas yang memberitahu rahsia palsu itu kepada yang kedua.

Maka, yang kedua terus melangkah pergi sambil meninggalkan sepotong kalimah yang akan Emir ingat sampai bila-bila.

"Saya ingat, akak terror sangat baca hati orang."

Emir bersumpah di hadapan Padi, bahawa dia akan membalas dendam terhadap yang kedua, dengan apa cara sekalipun.

--

"Eh kejap-kejap! Nak balas dendam?" Doktor Ku Ra terus mencelah pengisahan Emir itu.

"Gurau saja. Alah doktor ni. Lek lu."

"Okay..?"

"Tapi kan doktor. Sebenarnya dia yang tak percayakan saya. Dia lebih pilih nak percaya cakap Mas tanpa tanya dahulu kepada saya." Emir mula membuang pandangan ke arah jendela.

"Dia memang tak layak untuk awak. Awak tenang saja. Satu hari nanti, awak pasti akan yang sebenarnya."

"Yang keempat pun macam bukan ni, apa citer?" Ujar Emir tidak puas hati.

"Eh, kamu tak struggle lagi, mana nak tahu. Nak kena cubit?" Doktor Ku Ra acah acah mahu mencubit lengan Emir.

"Hahaha takmaulah. Oklah saya beri peluang kepada yang keempat untuk buktikan yang saya mampu jadi hero dia. Lagipun, yang keempat ni seseorang jejaka. Saya segan sikit." Emir senyum nakal sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Wow jejaka! Apa namanya?"

"Adam. Hehehe"

"Adam adik kepada suami akak tu??? Kau seriuslah oi!" Doktor Ku Ra sudah mula menggelabah. Mana taknya, takkanlah nak beradik iparkan dengan si Emir sengal ni

"Eh bukan Adam bekas ketua asrama kitorang tu. Ni Adam Lee. Alah, nanti watak dia muncul dalam karya Masa dari Amrsyafx. Bacalah kat situ." Terang Emir dengan bersahaja.

"Lain kali pronounce nama dia biar panjang sikit. Adik suami akak, si Azim tu nama penuhnya Adam Zulqarnain."

"Tahu. Tak minatlah ngan dia. Dia sedara Syafa kan? Syafa selalu gosip pasal dia dekat saya. Poyo je la si Adam tu."

Sedar tak sedar, sesi pertemuan mereka berdua berlanjutan dari dua jam ke tiga jam. Kamcing punya pasal.

"Okaylah doktor. Saya gerak dulu ya? Syok bersembang dengan doktor."

"Samalah. Alah, kalau bosan atau ada rasa apa apa tak kena, datang sahaja sini. Dah anggap Emir macam adik sendiri dah pun."

Mereka bersalaman sambil berpelukan ringkas.

"Jumpa lagi, doktor!"

"Jaga diri ya, Mir. Bawa kereta elok elok."

"Haha okay, tata titi tutu gerak dulu!"

Story PendekWhere stories live. Discover now