Selamat Malam, Sayang (epilog)

15 0 0
                                    

Cakrawala- satu dunia.

"Cantikkan bulan malam ini, bonda?" Sepasang mata bundar kanak-kanak kecil lelaki lingkungan 3-4 tahun itu menatap sang bulan dengan penuh perasaan kagum.

Bulan penuh pada malam itu bersinar terang, memantulkan cahaya kemerah-merahan yang kelihatan aneh---namun nampak cukup indah...dan penuh misteri.

"Sangat cantik..", Wanita bergaun pendek keunguan itu menghela nafas berat.

Iskandar merenung wanita itu sedalamnya. Ada rasa cinta yang sangat kuat setiap kali dia merenung kesayangannya itu.

Mungkin kerana itulah, pengorbanan memerlukan cinta.

"Zara..", Iskandar mengusap belakang Zara.

"Kalau Zara nak jumpa dia...",

"Abang benarkan."

Zara terperanjat. Lekas dia menoleh ke arah Iskandar.

"Abang tak buat lawak kan ni?"

"Pergilah..dia sedang sakit kan?" Nafas Iskandar tertahan-tahan.

"Tapi saya isteri a.."

"Dan tapi dia cinta pertama awak. Abang tahu bukan senang untuk awak melupakan dia. Pergilah. Untuk hari ini sahaja."

Zara masih terkejut. Walau jauh di sudut hatinya, memang benar. Bukan senang untuk dia melupakan Arjuna.

"Pergi sekarang. Sebelum terlambat. Biar abang jaga Petra malam ni." Tangan Iskandar terus menarik Petra dari genggaman tangan Zara.

"Petra ikut ayah ya malam ini. Kita tidur sama-sama. Bonda mahu jumpa seseorang yang istimewa."

Hati Zara bagai dicarik-carik. Terbit rasa kesal di hatinya kerana masih belum mampu melupakan Arjuna dengan sesungguhnya. Pasti, situasi ini turut mendatangkan kedukaan kepada suaminya, Iskandar.

"Zara pergi dulu, abang." Zara menyalam tangan Iskandar, sebelum berlalu ke bilik itu. Iskandar sekadar mengangguk perlahan. Senyuman kedukaannya disorokkan sebaik mungkin. Seberlalunya Zara, dengan segera Iskandar mengangkat tubuh Petra, anak lelaki sulungnya ke bilik tidurnya.

Zara membuka pintu kepada sebuah bilik yang telah menyimpan beribu rahsia, baik yang indah mahu yang pahit kepada dirinya. Pintu kayu bercorak bunga teratai berlatarbelakangkan langit dan sepasang burung merpati yang sedang melihat sang rembulan itu, berjaya mengimbau nostalgia Zara kepada masa silamnya.

Zara membuka laci di sebelah katil bersaiz king itu. Dicapainya benzodiazepines. Sebelum itu, Zara duduk sekejap di tengah katil.

'Betul ke apa yang aku buat ni..'

Zara termenung sejenak. Dia menarik nafas panjang sebelum akhirnya membuat keputusan.

"Bismikallah huma ahya wa'amutu."

-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Story PendekWhere stories live. Discover now