Suatu Ketika, Aku dan Padi

58 8 0
                                    

10 Januari 2019

Aku berlari dan terus berlari. Sehingga kakiku tersentak, melanggar duri.

"Aduh. Kesialan apakah ini?"

Dengan berhati-hati, aku menarik keluar duri itu yang aku kenal pasti sebagai duri kepada bunga paling durjana di dunia ini.

Bunga mawar merah. Penyebab luka yang bukan sahaja di kakiku, tetapi juga dihatiku.

Serta merta, hati aku terasa pedih yang amat.

"Berehatlah, kau akan temui kebebasan barang semalam."

"Pujangga?"

Dan secara tiba-tiba sahaja, segala kenangan silam, mula menari ligat di kotak fikiranku.

---------------------
21 Oktober 2016

"Padi, aku harap kau dengar kisah ini. Kisah di mana dua manusia yang berada pada waktu yang salah, jatuh cinta kepada sesama mereka. Percintaan yang tidak sewajarnya terjadi, telah pun dicipta mereka."

Angin bertiup kencang, memberi petunjuk untuk aku meneruskan.

"Kalam cinta ini, sememangnya tidak suci. Aku harap, kau sudi mendeng--"

Bam! Kilat memancar terang dari arah timur. Jantung aku seakan disentap, apabila suara kilat seakan mencuba ingin memecahkan gegendang telingaku. Ku kira, aku tersilap menafsir akan isyarat Alam.

"Mungkin Padi, Alam tidak merestui pengisahan aku."

Aku memetik bunga mawar merah yang ditanam di sebalik tembok yang berhadapan tempat tinggalnya Padi.

Sambil meletakkan bunga mawar itu ke tempatnya Padi, aku sempat berkata,

"Aku akan kembali."

Tangan aku terkocoh-kocoh membetulkan tuala yang hampir terlurut di kepalaku itu. Aku berlari dengan pantas, kembali ke dalam bilik aku. Nasib aku bertuah, kerana tahun ini, nama aku terpilih untuk menjadi naib pengerusi aspuri lantas mendatangkan kelebihan untuk aku memiliki bilik sendiri di asrama puteri itu. Selain itu, aku juga mempunyai kelebihan untuk memegang segala jenis kunci asrama. Maka, senanglah untuk aku menyelinap keluar dari asrama itu, pada bila-bila masa.

Terutamanya, pada waktu aku rindukan Padi.

Aku sudah tidak pedulikan umpatan rakan rakan satu tahunku dari sekolah St. Thomas itu. Biarlah apa sahaja yang mereka ingin katakan. Mereka tidak pernah berada di tempat aku. Mereka tidak akan faham perasaan aku.

Kata pujangga, kefahaman yang benar-benar ikhlas, adalah apabila kita pernah menghadapi situasi itu.

Tahun ini juga, merupakan tahun terakhir aku di asrama ini. Aku sudah tidak ada banyak masa untuk bersama dengan Padi. Masa yang berbaki ini, akan aku manfaatkan sebaiknya.

------------------

Di dalam perjalananku ke bilik muzik yang berada di tingkat tiga blok sebelah, aku mengambil jalan jauh untuk ke sana dengan melalui padang. Sebelum itu, aku memetik bunga mawar merah yang tumbuh meliar di sekitar tembok asrama itu. Aku cium baunya, asyik.

"Wangi,"

Aku tersenyum manis. Segalanya sempurna dengan adanya Padi.

Lopak hitam kekal yang berada 2 per 7 dari arah timur padang itu, aku perhatikan tenang. Aku mengatur langkah ke arah lopak itu.

"Selamat pagi, Padi."

Aku tersenyum senang.

"Tidak lama lagi, hampir keseluruh penghuni asrama ini, akan pulang ke rumah masing-masing. Cuti semester bakal bermula."

Story PendekWhere stories live. Discover now