21 Februari i

55 2 0
                                    

21 Februari 2016, kisah retak aku dan kamu.

"Sayang, itu bukan sekadar panggilan. Itu bahkan, kalimahnya lagi agung dari langsungnya titipan nota-nota dari dia. Dia, yang pertama."

"Apa itu?" Dia mengerutkan dahinya kepada aku. Aku sekadar tersenyum kecil sambil mengusap lembut ubun-ubunnya.

"Akak," panggilnya sayu.

"Ya sayang?"

"Sampai bila kita mahu begini." Dia lalu menguncikan pandangan mata aku ke dalam sepasang mata sepet indah miliknya.

"Sampai bila-bila. Akak takkan sesekali lepaskan awak." Aku tersenyum lagi dan lagi. Tubuhnya yang setinggi aku, aku tarik ke dalam dakapan.

"Saya..saya tak sanggup dengar bicara orang lagi." Ah sudah! Hani-ku sudah mulai teresak.

"Put your trust on me. No matter what, dia hanya sekadar yang kedua. Awak, adalah yang infiniti kepada akak."

Dia diam.

Perlahan-lahan, aku terus mengalunkan satu lagu kebiasaan, yang menjadi halwa telinganya, tatkala situasi ini berulang lagi.

"Bila, yang tertulis untukmu,
Adalah yang terbaik untukku,
Kan ku jadikan kau kenangan,
Yang terindah dalam--"

"Berhenti." Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir pucat milikku.

"Saya bukan lagi, kenangan paling indah dalam hidup akak. Diana, its Diana kan?"

Aku tersentak. Dia terus melepaskan dirinya dari dakapanku, lalu mula berdiri, ingin pergi dari aku.

"Sayang. Nope."

"Emir love Diana. What is that? I found it under your bed. Tak ada kerja lain ke nak buat ha?" Dia langsungnya berjalan pergi. Aku tanpa berlengah, mengejarnya, lalu aku tarik dia ke dalam pelukanku lagi.

"Today is our anniversary. Can you not speaking tentang dia? Its our day. Not me and her. Please?" Tiba-tiba aku menjadi benci pada diriku sendiri kerana melafazkan kata-kata itu.

"Not as long as you admit, you love me more than her." Dia memusingkan badannya, menatap aku secara terus.

Aku cuba sedaya upaya dari menahan diriku agar tidak mengeluarkan sebarang keluhan.

"You know what, its..."

"Tengok tu. Akak sendiri tak boleh pilih antara saya dengan that freaking Diana!"

"Sayang."

"Give me some more time. And thanks, for the chocolate." Dia mengangkat tangannya ke arah aku sebelum benar-benar berlalu dari situ.

Ah, aku benci diri aku.

Story PendekWhere stories live. Discover now