Tentang Emir -Dari Mia

66 7 1
                                    

Disember, 2020.

"Dia tu macam musang.." Mia menghirup kopi panas miliknya itu sambil melemparkan pandangan ke luar jendela Old Town Cafe itu.

"Kenapa?" Pemilik suara di sebelahnya itu, menyoal, tidak sabar lagi.

"Licik. Dan, Obsesi adalah nama lain yang paling sempurna untuk kau deskripsikan, siapakah dia yang sebenarnya." Ujar Mia perlahan lalu mula termenung, memikirkan masa silamnya.

"Sebab tu mereka semua tinggalkan dia. Dia, penuh dengan sifat obsesi..dan possesive." Sambung Mia sambil mengeluh perlahan.

"Sejujurnya, aku pun boleh nampak." Balas suara di sebelahnya itu.

"Ya, dan aku yakin, mereka juga boleh nampak karakternya itu."

"Kau kata dia Possesive. Adakah dia bersifat Abusive?"

"Hendak menjadi posessive, tak semestinya perlu abusive, Nina."

"Mind to elaborate?"

Mia mengangguk.

"Begini."

-----

"Kau ni kenapa, Mir?" Dahi Mia berkerut kecil melihatkan sikap tidak keruan Emir yang tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dormnya itu.

"Aku tak boleh la weh dengan Diana tu. Sumpah, i can't do."

Mia terus menarik tangan Emir ke katilnya. Dari ekor mata, Mia dapat menangkap lirikan mata Emir ke katil hadapannya itu.

Ya, katil Diana.

"Baik kau cerita. Kenapa muka kau pucat lesi ni. Tangan kau pun sejuk semacam ni asal?" Tanya Mia sambil melabuhkan punggungnya ke katilnya yang berhadapan dengan katil Diana itu.

"Tadi, masa jemaah kat surau time Maghrib..Diana solat sebelah aku,"

"So?"

"Kan setiap Jumaat minggu tak balik, lepas Maghrib, ada penceramah jemputan."

"..."

"Masa penceramah tu bagi ceramah, dia baringkan kepala dia kat atas riba aku, weh!"

"O...kay?"

"Jantung aku macam nak pecah. Ni, dalam ni," Tangan Emir diangkat ke dadanya sebelum kembali menyambung, "berdegup gila kencang. Aku rasa macam nak mati, wei."

"Kenapa hebat sangat penangan Diana tu kat kau?" Mia tergamam melihatkan tingkah laku Emir yang bersungguh, ingin menggambarkan situasinya pada waktu itu.

"Aku tak tahu... Aku betul betul tak tahu. Aku keliru wei. Mungkin, aku betul betul sayangkan dia..?"

Kau bukan sayangkan dia, Emir. Kau cintakan dia! Kau gila! Mia menjerit sekuatnya di dalam hati. Hati Mia merintih sayu menyaksikan situasi itu.

"Bulu roma aku, menegak wei. Perut aku jadi sakit gila, rasa macam nak meletup. Apa dah jadi dengan aku ni?" Emir kemudiannya menjadi panik apabila matanya dapat melihat kelibat Diana di luar pintu dorm.

"Fak, dia kat luar. Aku taknak jumpa dia! Aku boleh mati kalau nampak dia wei. Tu yang aku terus lari naik dorm, sebab aku terlalu berdebar waktu dia baring atas riba aku tu. Bagi aku menyorok dalam selimut kau weh!"

Mia hanya memerhatikan Emir yang kelam kabut mengemaskan dirinya di atas katil milik Mia. Dari tadi, dia hanya diam dan terlalu terkedu untuk berkata apa-apa.

Perlahan-lahan, Mia bangun dari katil itu, lalu mengorak langkah ke arah muka pintu.

"Dee. Stop kejap." Tangan Mia diangkat, menghadang laluan Diana dari masuk ke dalam dorm.

"Kenapa, Kak?" Diana yang masih bertelekung, mungkin baru pulang dari Surau, mengangkat keningnya ke arah Mia.

"Ambikkan..em, botol.. Botol.." Mia tergagap-gagap dalam menyusun ayat.

"Botol apa?"

"Ha! Dah ingat. Ambikkan botol air akak kat Farra. Tadi dia ada pinjam. Akak malas giler nak naik atas hahaha."

"Kak Farra dorm Kemboja tingkat tiga ek?" Diana meletakkan seliparnya di depan dorm.

"Ya, betullah. Haha thank you."

"Okay." Diana terus berlalu ke arah tangga utama.

Mia menghantar kepergian Diana dengan secermatnya. Sehingga dia merasakan bahawa Diana benar-benar sudah pergi dari situ, Mia terus berlari ke dalam dorm, lebih tepat lagi, ke arah katilnya.

"Cepat Emir! Dia dah takde. Pergi balik dorm kau cepat!"

"Thank you Mia. Thank you so much! Aku sayang kau!!" Emir melambai laju ke arah Mia. Sekelip mata, bayangan Emir hilang dari pandangan Mia.

"Jadilah normal balik, Emir.." Mia mengeluh lagi.

--

Mia sedang membuka tingkapnya untuk membiarkan angin pagi menerobos masuk ke dalam dormnya. Sambil termenung memikirkan hal semalam, mata Mia dapat melihat kelibat seseorang di hujung sana yang sedang terbongkok, mengutip sehelai baju berwarna kuning yang jatuh di bawah ampaian aspuri itu.

Pemilik baju berwarna hitam berlambangkan Megadeth yang membelakanginya itu, diamati betul betul.

"Emir? Apa dia buat tu?"

Tidak berpuas hati dengan visual yang dia lihat, Mia mula berganjak ke tingkap sebelah. Situasi seterusnya amat memeranjatkan Mia apabila dia mendapati, Emir sedang membuka pili air dan kemudiannya...membasuh(?) baju berwarna kuning itu.

"Tak silap aku.. Tu baju Harimau Malaya, Diana punya. Oh mai gosh." Mia sungguh terperanjat sehinggakan tangannya di bawa ke arah mulutnya yang melopong, menyaksikan kejadian itu.

"Damn it..kalau kutipkan tu normal la. Ni sampai basuhkan sekali?"

Mia masih memerhatikan Emir yang leka mencucikan baju berwarna kuning itu sambil bernyanyi kecil.

"Kau adalah darahku.
Kau adalah jantungku.
Kau adalah hidupku,
Oh sayang ku, kau begitu;
Sempurna.."

"Kau gila, Emir. Kau gila! Sumpah, kau gila!"

--

"Sekejap!" Nina memotong pantas ulasan memori yang diceritakan oleh Mia itu.

"Kenapa.. Aku belum cerita yang part possesive tu." Mia mengangkat kening ke arah Nina.

"Aku ada meeting actually. Boleh kita jumpa lagi. Bila bila aku free?"

Nina mengemaskan tudung selendangnya yang sedikit senget itu.

"Oh sure. Ceh, baru nak cerita klimaks. Best tau haha." Mia ketawa kuat sambil lagaknya diperhatikan tekun oleh Nina.

"Okay, aku gerak dulu? Assalamualaikum."

"Bye." Tanpa menjawab salam, Mia sekadar mengangkat tangan ke arah Nina.

Tanpa berlengah lagi, Nina berlari ke kedai Parkson untuk menyembunyikan dirinya dari Mia.

"Damn, aku tak patut jumpa manusia skeptikal macam minah tu. Egh, aku kena roger Naim. Blacklist nama minah tu." Nina membebel sendirian, menyedari kekhilafan diri dalam menafsir segala tajuk dalam buku yang ditulis oleh AmarSyafx itu.

Punat telefon ditekan, nama Naim dicari.

"Hello."

Story PendekWhere stories live. Discover now