Valentine's Day!

62 4 0
                                    

Ternyata, bukan sahaja sekadar kisah kisah di aplikasi Wattpad. Malahan, Greek Mythology juga turut membuktikan kepada kita bahawa sudah wujud, kisah kisah percintaan yang dihalang oleh ibu hero (dengan versi ada kuasa).

Kasihan, Cupid.

Selaku seseorang yang masih memegang title sebagai seorang pelajar, teramatlah mustahil untuk saya berada di dalam alam percintaan.

Namun begitu, bagi saya, kekasih itu definisinya umum. Barangkali boleh jadi kepada-Nya, atau kepada ibu bapa, teman teman mahupun guru guru.

Dan mungkin juga, boleh jadi kepada kamu.

Walaupun saya ini, tidaklah seanggun mana, tetapi adalah dapat juga punchline beberapa kerat oleh rakan yang menyambut Chinese New Year di sekolah tadi.

Katanya,

"Do you have a plaster?"

Saya yang terkedu kerana tiba-tiba sahaja disoal begitu, terus bertanyakan kenapa.

Balasnya,

"Because i just fall for you."

Oh.

Adalah merah muka sebentar kerana tiba-tiba sahaja dingorat oleh classmate sendiri.

Entahlah. Tahun ini, sama sahaja seperti tahun sebelumnya. Sunyi. Cuma mampu berimaginasi dengan crush-crush saya yang tidak terkira dengan satu tangan.

Mungkin, saya boleh ceritakan serba sedikit tentang beberapa orang koko crunch saya. Yang spesel spesel saja ya?

Yang pertama sekali, sejak dari tingkatan satu lagi, saya sudah usha. Alkisahnya pertemuan kami, saya telah terjatuhkan kotak pensil saya yang beratnya seumpama kucing baka Maine Coon berumur 2 tahun, ke atas kepalanya. Waktu itu, saya sedang duduk di tangga besar. Dia dan rakan-rakannya turut duduk di bahagian bawah tangga. Mungkin, saya sedang bermain lambung-lambung kotak pensil pada waktu itu. Mungkin.

Dengan penuh gelabah, saya terus meminta maaf dan tidak menyangka bahawa dia merupakan classmate saya yang agak pendiam di dalam kelas. Your-typical-bookworm-girl. Sebagai balasan, saya telah menghadiahkannya, sebiji gula-gula berwarna pink yang kamu boleh dapati pada majlis hari jadi anak saudara kamu.

Dua minggu selepas itu, entah apa malangnya, kaki saya tersangkut pada tali beg miliknya sewaktu sedang bermain kejar-kejar di dalam kelas. Jauh juga, begnya turut mengembara dalam ekspedisi larian saya itu.

Aduh, kenapa tiada kisah semanis gula ini?

Ha! Untuk crush yang kedua pula, ada. Ada kisah semanis madu yang akan saya kongsikan kepada kalian.

Masih lagi seorang chinese, dia merupakan pelajar yang baharu berpindah ke sekolah saya sewaktu kami di dalam tingkatan 4.

Sewaktu percutian penggal pertama, keluarga saya telah melawat Cameron Highlands. Sedang saya tertinjau sendirian di dalam kedai cenderamata, mata saya terpaku kepada arah keychain-keychain berbentuk kura-kura yang bergantungan di bahagian dinding kedai itu.

Spontan, tangan saya mencapai salah satu dari keychain itu, lalu saya terus membayarnya di kaunter.

Tiga hari kemudiannya, sedang saya termenung sendirian di dalam kelas, saya teringatkan perihal keychain comel itu. Entah apa yang merasuk saya, saya pergi ke belakang dia, dan saya tutup matanya sambil meletakkan keychain itu di atas tapak tangannya.

Jangan kata saya gatal. Memang dia orangnya suka bermanja dengan saya. Saya pun, suka melayan sahaja.

Apa yang saya tidak boleh lupakan, dua tiga bulan selepas itu, saya terlihat dia telah mengupdate story whatsapp nya dengan gambarnya yang sedang mengulangkaji pelajaran. Disertakan dengan caption, 🐢 + emoji cermin mata = ❤

Yang penting, saya terus perasan dan perasaan itu dibawa sehingga ke tahun berikutnya.

Crush ketiga, Dimple. Crush yang saya hanya boleh berjumpa dengannya, setakat satu kali seminggu sahaja. Ya, saya hanya mampu melihatnya menjelang hari Selasa, dari pukul 5:15 pm sehingga 7:00 pm. Sewaktu subjek Matematik Tambahan  di tempat tuisyen.

Itu belum termasuk bila kena tolak dengan cuti umum.

Aih, pendek kata, saya ini orangnya biasa-biasa sahaja.

Sekian, kisah hari kekasih (ah, crush saya) daripada saya.


-Nina

Story PendekWhere stories live. Discover now