Tiada Masa, Merepek

138 15 4
                                    

Salam. Saya sudah menghantar cerpen ini pada Syarikat Cukaria. Doakan saya terpilih. Yeahhhhh.



"Apa nombor isteri kau? Cepat! Aku sudah tak ada masa", si rambut pacak menengking kepada yang kakinya terikat.

"17"

"Kau merepek apa?? Bagitahu cepat nombor isteri kau. Atau kau mahu mati dahulu!"

"TEKAN 17, AKU KATA TEKAN 17, TEKAN 17!!!" yang kakinya terikat tiba tiba menjerit dengan penuh terdesak manakala yang menyoal tadi, terkedu sebentar melihat tindakan drastik itu.

"Ah, aku tiada masa untuk bergurau. Tapi memandangkan kau seorang yang hebat dan mungkin ini adalah salah satu dari ciptaan kau...baiklah, aku akan menekannya."

Digit 1 dan 7 di telefon bimbit milik yang kakinya terikat, ditekan rakus. Dia benar benar sudah tiada masa.

Kring!

Mengejutkan, deringan telefon bimbit kedengaran berada di belakang kumpulan mereka.

"Haha, nampaknya isteri kau bijak bermain api, Azim" yang memberi arahan atau lebih dikenali sebagai Fan mentertawakan tawanannya yang disangkakan bodoh itu.

"Pergi geledah! Cari isterinya sampai dapat. Ikuti jejak deringan itu!" Arah Fan kepada ahli kumpulannya tanpa berlengah lagi. Dia sudah tiada masa.

Azim tersenyum ringkas. Nampaknya dia yang hampir menang.

"Fan, aku terjumpa telefon," si berkepala botak menyerahkan sebuah telefon biasa kepada Fan.

"APA INI? DI MANA ISTERINYA? KENAPA HANYA TELEFON YANG KAU JUMPA?", Fan menengking salah seorang dari orang suruhannya itu. Anehnya, ia masih kekal berdering.

Orang suruhannya itu tunduk membisu. Dia risau sebarang tersilap kata, boleh menyebabkan nyawanya turut melayang.

Bom! Serpihan tangan orang suruhan dilihat Azim memercik ke muka Fan. Lolongan orang suruhan itup sungguh bingit sehingga memaksa Fan menarik picu pistol dan menembak tepat ke kepala si suruhan. Orang yang lemah, perlu lekas dihabiskan. Membuang tenaga dan masa!

"Sekarang, apa pula muslihat kau," pistol itu diacu pula kepada Azim.

"Aku tak tahu.. Dia sepatutnya sudah berada di sini."

"Masih mahu bergurau? Ali, panggil Dark ke mari. Aku rasa kita sudah tidak perlukan si lembab Azim ini lagi. Penggal saja kepalanya dan biar aku beri makan crocky crocky kesayanganku di Tasik Cendana itu."

"Baik tuan," si bodoh Ali, hanya mengangguk patuh menerima tugas yang boleh tahan mencabar itu.

"Kau jangan mencabar kesabaran aku! Lekas panggil Ku Ra. Aku perlukan bantuan dia. Atau tidak, nyawa kau yang melayang!"

"Tekan 21," Azim cuba sedaya upaya menahan intonasi suaranya. Dia perlu bertahan sekejap sahaja untuk mengakhirkan segala-galanya. Azim berpura pura menggigil dan mengepit ketiaknya rapat.

"Kau bermain main?! Aku sudah tiada..."

Kringggg! Kali ini, deringan yang lainnya kedengaran di sana sini.

"I'm here bebeh." Seorang wanita yang berkot putih serta bername tag 'Tengku Raja' tiba tiba melompat dari siling bercat putih itu.

Azim mengeluh kecil. Ternyata Pil Controbot yang tertanam di sebelah saraf telinga Ku Ra, masih belum dikeluarkan. Minda Azim ligat berputar memikirkan cara untuk bebas hidup hidup dari situ serta turut membebaskan minda Ku Ra yang dikawal rapi oleh Ali.

Ya, kalian tidak salah membaca. Ternyata Ali yang bodoh itu, yang dipilih oleh Fan untuk mengawal minda Ku Ra agar menjadi sepersisnya robot. Yang patuh kepada perintah tuannya.

Story PendekWhere stories live. Discover now