Kamu

58 9 0
                                    

Syafa sengih pada Adam.

"Apa?"

"Anda precious."

"Anda juga."

"Jadi, mari kita mulakan dengan pusingan pertama", Dani mencelah perbualan mereka. Kalau dibiar, nanti meleret.

Penutup botol yang berpusing itu diperhati tajam oleh mereka.

Tap, ianya berhenti ke arah Adam.

"Adam, truth or dare?", Haziq melaung.

"Truth," Adam smirk.

"Biar saya tanya," Syafa offer soalan.

"Silakan," mereka berbalas senyuman.

"Kenapa awak bagi saya bunga Hyakinthos itu ek?"

"Sebab saya Zephyr."

Syafa kerut dahi, baru saja dia ingin bertanya lagi, Diana sudah menyiku lengannya, berbisik bahawa soalan boleh ditanya sekali sahaja.

Penutup botol itu diputar kembali. Tap, giliran Dani.

"Truth or dare?", Syafa angkat kening kepada Dani. Dani terdiam sebentar.

"Ah..Truth", Dani tunduk.

"Password instagram?", Adam terkekeh ketawa.

Sial, desis hati kecil Dani.

"Haha takpe. Pasni aku tukar.", Dani balas balik nampaknya.

"Ha cepatlah password," Haziq si kepoh sudah tidak sabar sabar ingin menggodam akaun instagram mamat instafamous itu.

"Syani21"

"Peh, syani sia! Ada minah nama syani ke kat kelas kita?", Diana teruja. Entah siapa minah yang berjaya menambat hati si kacak ini.

"Adalah, kau tak tahu," Dani sengih kambing sambil pandangan matanya cuba untuk mengelak sepasang mata milik salah seorang rakan sekelasnya yang sedang memerhatikannya.

"Kemain", usik Haziq sambil tersengih kepada Syafa.

"Apa kau sengih kat aku?", Syafa menjerkah Haziq.

"Nothing..Cuma baru perasan kau dah ada jerawat baru," nampaknya, Haziq memang sengaja cari pasal.

"Woi!", Syafa terus bangun dan mengejar Haziq ke sekeliling kelas. Diana yang sebenarnya ada crush dekat Haziq cepat cepat belek muka guna cermin, risau kalau ada sebarang dua jerawat nakal yang ingin membina rumah di pipinya.

---------

"Dani! Woi apasal menonong ni. Tunggulah aku sat," Diana termengah mengah mengejar Dani yang sudah jauh ke hadapan itu.

"Apa kau nak. Aku nak balik cepat ni. Tadi mama ada whatsapp, dia masak sotong goreng tepung."

"Alah kau. Setakat sotong goreng tepung, aku pun terror lah."

"Cool, esok masakkan lagi sekuali. Aku nak makan time rehat."

"Okay set."

"Ha okay. Kau nak apa ni panggil aku?"

Diana terdiam kejap. Dia mula berkira-kira sama ada ingin membicarakan hal itu kepada Dani ataupun tidak.

"Ah, tapi long story lah. Nanti kau tinggal aku, macam yang lain hmm."

Berkerut dahi Dani melihatkan keadaan adiknya itu. Ya, mereka adik beradik. Tapi adiknya lompat satu tahun dan oleh itu adiknya, Diana boleh belajar di satu kelas yang sama dengannya. Perlahan-lahan Dani melangkah ke arah Diana lalu diusapnya kepala Diana dengan lembut.

Story PendekWhere stories live. Discover now