Kita

80 7 5
                                    

Aku masih ingat. Dulu, kau selalu bercerita dengan aku. Dari yang remeh, hingga kepada yang mampu menitiskan air mata. Waktu itu, kita masih remaja. Masih mentah dah mudah pecah. Jiwa halus kita, memerlukan agar kita saling bersama, menempuhi onak dan ranjau di muka bumi ini.

Kini, suasana sudah berubah. Kau sudah semakin serius. Kau semakin kurang masa bersamaku. Seminggu, hanya satu ke dua kali perbualan kita. Itupun jika kau tidak beri tik biru.

Kau dibebani tanggungjawab. Ramai meletak tanggapan, "wah, dia itu bijak orangnya. Mari bersama dengannya" ataupun, "aku mahu mencontohi dia. Agar ibu bapaku bangga"

Aku? Masih terkapai di dalam bahtera dunia ini. Masih dilambung ombak ombak ganas, yang ku kira, jika layarnya tidak di kawal, maka hancurlah aku. Padan muka menunggu maut. Ya, kesedaran sudah ada. Cuma satu yang aku perlu.

Kau.

Aku perlu kau. Kau yang dulu, meluangkan masa bersamaku. Kau yang dulu genius memberi idea. Kau yang dulu, jarang mengeluh penat lantarannya situasi sekarang di mana, kau perlu memikul segenap tanggungjawab.

Kau tergesa, sayang. Perjalananmu masih jauh. Ingin saja aku katakan, "tenang. Cuba kau ambil masa untuk berehat".

Tapi, sudah tentu aku takut. Sudah tentu aku tidak akan membicarakan. Kerana kau yang dulu bukan lagi yang sekarangnya. Aku sudah tidak punya keberanian untuk mengatakan apa apa.

Aku risau kau marah. Aku segan jika kau mematahkan hujahku. Aku takut, jika kau, mula berfikir, melayan aku, bakal meranapkan masa depanmu.

Yang paling membuat aku dihurung kesakitan, aku takut, jika kau meninggalkan aku...

Masih ingatkah kau, sewaktu aku bercerita tentang masalah aku, sewaktu kau berkongsi kisah kau. Kita berdua, meluah dari hati. Kita berdua, mempunyai masa sesama kita.

Masih ingatkah kau, waktu aku kata cemburu. Bila kau memuji rakanmu di hadapanku. Aku diam, dan berasa sakit. Kau hanya tertawa dan berkata "jangan risau, kau masih yang istimewa di hati aku".

Masih ingatkah kau, memori kita bertukar diari. Kita lebih memahami sesama kita. Kita bahkan berjanji, akan bersama selamanya. Tidak lupa juga angan anganku, " sewaktu di universiti, mari kita tinggal di rumah sewa yang sama."

Aku tidak lupa. Malah, tak akan pernah lupa. Bersama kau, merupakan memori yang paling indah di dalam hidupku. Sehinggakan jika ditawarkan nyawa, maka masih aku memilih engkau.

Tidak, aku tidak meminta kau melupakan waktu belajarmu. Aku tidak meminta agar kau lari. Aku cuma minta kau berehat. Dari segala beban dunia.

Tetap, aku minta maaf. Jika permintaan aku, kau kira melampau. Jika cadangan aku, kau kira sia-sia. Jika harapan aku, kau kira melampaui rutinmu.
Aku cuma ingin kau bahagia. Kalau tidak dengan aku, mungkin dengan orang lain?

Kau, kau tahu tidak? Hati aku pedih bila mengenang kau. Hati aku benci mengenang betapa aku kini takut ingin berkata dan mencuba. Bahkan, aku kini berhati dalam memilih kata. Dan kini, hati aku sakit memarahi diri, kenapa aku tidak punya keberanian untuk bersuara? Kenapa aku tidak punya semangat untuk mempertahankan persahabatan kita? Kenapa? Kenapa aku lemah. Kenapa....

Aku pengecut. Aku patut mati. Aku tidak patut wujud di sini. Sudahlah menyusahkan kau, bahkan tidak berusaha membaiki angin. Angin yang menjadi penyebab ombak, yang menghancur tepat kapal aku, yang menjadi punca keretakan hubungan kita.

Aku rindu kau. Sungguh, aku rindu. Kepada siapa aku mahu mengadu, jika engkau memilih pelita. Kepada siapa aku ingin berbicara, jika tik biru yang bakal kau berikan. Kepada siapa aku mahu berkongsi rasa, jika aku bukan lagi yang istimewa.

Tapi, kalau kau sudah tekad, siapa aku untuk menghalang. Kau berhak mendaki. Tinggalkan saja aku di lereng bukit. Biar kau sampai hingga ke puncak menara.

Cukup, hanya kau bahagia. Kerana melihat kau bahagia, adalah kebahagiaan aku juga.

Story PendekWhere stories live. Discover now