Belajar Sayang Diri

72 9 0
                                    

Aku sentiasa perhatikan dia. Kerap benar aku lihat dia menulis cerita sama. Muka lawa, taste MCR. Tapi sayang, fikiran Tuah.

Manusia dihadirkan atas dua sebab. Menolong atau menyakitkan. Maka, aku pilih yang pertama.

"Nak aiskrim?"

Dia mengangkat kepala. Kelihatan muka sembab, berlinangan air mata terpapar jelas pada riak wajahnya.

"Terima kasih."

"Buruknya muka kau nangis," aku mengusik.

"Thank you. Kau ada tisu tak?"

"Tak ada."

"Oh."

Bunyi burung berkicauan menamatkan situasi awkward itu.

"Okay, Balqis. Sekarang, ceritakan masalah kau."

"Seperti biasa, dicaci," Balqis mula menghayun buaian perlahan-lahan.

Aku diam. Sepatutnya aku sudah menjangka situasi ini.

"Karya kau memang sampah. Memang patut pun orang marah," aku memberi kata putus.

Balqis mengangkat muka. Dia memandang aku, meminta penjelasan.

"Macam ni lah, Balqis. Kau pernah lihat budak budak?"Aku mula bangun, menyapu seluar.

"Soalan bodoh apa kau tanya? Mestilah per.."

"Kau pernah lihat mereka bermain kejar kejar, jatuh, bangun, ketawa, dan berlarian kembali?"

"Pernah."

"Macam itulah kita. Kalau terlalu sibuk fikirkan kesakitan sendiri, macam mana kita nak bahagia."

Balqis diam. Satu petanda yang baik, fikir aku.

"Hidup ni kena pandai bermuka muka, Balqis."

Aku kembali menyambung, "At the end, tak akan ada sesiapa yang teman kita. Sedangkan kat kubur pun, scorpion je yg teman, kita nak expect ada orang akan teman kita selamanya?"

"Aku craving kasih sayang manusia, Nina."

"Nonsense la bila fikir ada orang akan care kat kita kalau diri sendiri pun susah nak sayang," aku cepat cepat sambung.

"Love Yourself?"

"Ya, macam album BTS tu. Sedangkan dalam Islam pun, galakkan kita sayang diri kita. Inikan pula dari perspektif masyarakat."

Aku nampak Balqis mengangguk-angguk sayu.

"Aku faham perasaan kau. Lumrah lah perasaan menyayangi dan disayangi tu. Aku faham. Cuma, kau kena sedar hakikat yang akhirnya nanti kita akan sorang sorang. Belajarlah enjoy hidup ni dengan benda yang kau suka."

"Yes. Yolo kan?", Balqis tergelak kecil.

"You only live once. Betullah tu. Jangan sampai kau paksa diri kau suka benda yang orang lain suka semata mata nak duduk dalam satu kelompok yang sama."

"Itu hipokrit namanya," komen Balqis.

"Pandai pun,"

Balqis tersenyum manis sambil memandang aku.

"Apa pegangan kau, Nina?"

Aku tertawa kecil. Tidak sangka, dia akan menanyakan soalan ini.

"Aku? Kalau aku, aku pegang falsafah burung."

"Boleh jelaskan?"

"Simple. Fitrah burung adalah terbang. Aku nak terbang. Bebas dari segala masalah."

"Nampak cliche, tapi aku tahu ada lagi yang kau mahu bentangkan," Balqis angkat kening.

"Makin bijak pula kau, lepas lepak dengan aku ni," aku tersengih sambil mengusap kepala dia.

"Bagi aku, semua manusia ada hak untuk terbang bebas sehingga menggapai langit. Tak ada batasan untuk kita terbang di sana, dan di sini. Oh ya! Aku pegang YOLO."

"Aku suka idea kau. YOLO menyedarkan aku, yang aku tidak perlu stuck dengan benda benda yang menyekat kebebasan aku. Kalau boleh, aku nak cuba rasai keindahan dunia sebelum aku menutup mata,"

"Baguslah. Cuma janganlah sampai melanggar kepantangan agama."

"Yep, betul."

Aku angkat punggung.

"Dah nak masuk pukul 5. Kejap lagi, ada siaran Running Man kat tv. Aku balik dulu?"

"Aku nak lepak lagi. Tapi takpelah. Kau baliklah dulu. Ada rezeki, kita jumpa lagi." Balas dia.

"Bye Balqis." Aku angkat tangan.

"Bye Nina."

Semoga Balqis punya idea untuk mula berkarya lagi.

Story PendekWhere stories live. Discover now