Cermin dan Mata Itu.

18 0 0
                                    

Kuala Lumpur, 2024

Apa perasaan paling menjijikkan selain dari perasaan loya untuk kau melihat cermin, kerana pada masa itulah, mata kau akan memberitahu betapa bodoh, hina dan berdosanya diri kau itu?

Tiada.

Emir terpaku di hadapan cermin yang berada di dalam bilik outfit test itu.

"Aku dah lama tak lihat cermin. Macam ini rupanya muka aku?"

Emir termenung sebentar.

"Aku sudah membunuh empat jiwa.. Sampai bila, aku mahu teruskan hidup sebegini?"

Tok! Tok! Ketukan dari pintu bilik untuk mencuba pakaian itu mengejutkan Emir dari lamunan pendeknya.

"Mir, sudah siap kah?"

"Sekejap, Naim. Tunggu je kat depan, okay." Sahut Emir dari dalam.

"Okay. Jangan lembab sangat hahaha!"

Selepas memastikan derapan kaki Naim yang mula menghilang dari tempat itu, Emir kembali memusingkan badannya menghadap cermin. Tangannya diangkat, lalu disapu ke arah pantulan imej matanya.

"Aku harap, mata ini, tidak akan menyaksikan perkara yang mendukakan lagi.. Harapnya, hahaha." Sempat Emir tergelak kecil sebelum menapak keluar dari ruangan sempit itu.

"Jom makan!" Emir menepuk bahu Naim dari belakang.

"Jap, kingdom kena attack!" Naim nampaknya sedang menggelabah bermain permainan perang yang ada di telefon Huawei miliknya itu.

"Pakai la tower tu." Ujar Emir penuh tenang.

"Jap! Side sini tak settle lagi. Damn! Monk aku dah dua mati."

"Kau pahal gelabah ni. Bak ah sini, aku settlekan."

Emir terus merampas telefon itu sambil meng-counter attack pihak lawan dengan sangat bergaya. Kurang dari 3 minit, Sung Kang alias nama Kingdom pihak sebelah mula berundur, sedikit demi sedikit.

"Mcflurry satu, thank you." Emir hulur Huawei sambil flip hair.

"Wow." Naim terlopong. Di dalam hatinya, sudah mula nampak kelibat dua ekor agen Marvel main tembak tembak dan salah satu agen yang memakai tag nama Emir, tersasar tembakannya ke hati Naim.

--

"Naim, aku tak pernah sangka, kau ni salah seorang dari geng Dani."

"Dari dulu lagi, kita sekelas, Emir. Cuma kau yang tak perasan aku."

"Eh? Kau bukan sebaya Dani ke? I mean, muda setahun dari aku?" Emir tersentak sedikit. Sangkanya, Naim merupakan satu geng dengan Dani, pakwenya si Syafa.

"Bukanlah. Aku lepak je dengan dia. Itupun sebab terserempak masa dia perform dekat Teh O Jom, lagu Surat Cinta Untuk Starla tu."

"Nostalgianya lagu tu!! Haha. Aku pun pandai nyanyi lah, kau nak dengar?"

Belum sempat Emir menjawab soalan Naim itu, Naim sudah meletakkan gelasnya ke bahagian tepi. Perlahan-lahan, tangan Naim, memegang erat kedua kedua belah tapak tangan milik Emir yang ada berada di atas meja itu.

Emir tersentak.

"Kau..apahal..."

"Shh." Balas Naim perlahan. Matanya memandang ke arah sekeliling.

Emir masih terlongo memandang Naim meminta jawapan.

"Jangan nyanyi sekarang. Nanti semua orang nak culik kau sebab terpegun bila dengar kau nyanyi."

"Babi." Emir terus menepis tangan Naim. Secara refleks, Emir terus tunduk berpura-pura kehausan menghirup ice lemon tea miliknya dengan penuh rakus.

'Bodoh Naim ni. Buat berdebar aku je.'

Naim di hadapan sudah gelak terbahak-bahak.

"Hahahaha kau patut tengok muka kau waktu kau terperanjat tadi. Hahahahaha kelakar bodo. Kalau aku rakam tunjuk kat Dani, mesti berdekah dia ketawa!" Naim sudah mengekek-ngekek ketawakan Emir.

"Kau." Mata Emir terus membuntang.

"Kau jangan bagitahu apa-apa pasal aku dekat Dani. Sebelum aku bunuh kau dalam buku aku, kau better tak melampau okay."

"Okay okay rileks." Naim angkat tangan, tanda bendera putih sedang dikibarkan.

"Aku tahu, Mir. Saja nak sakat kau."

"Nasib aku ca-yunk ko." Emir jeling Naim sambil mengungkapkan kata sayang dalam bahasa rempit.

"Iya-iya. Sebab tulah kau kena sayang aku seorang je. Lupakan yang lain, ingat aku je dalam memori kau. Haha."

"Euw. Jijik aku."

"Auch. Sakit. Sakit sangat kang. Adik minta ampun," Naim pegang dada penuh dramatik.

"Hahaha gampanglah kau ni. Adoiiii lah Naim oiii. Haih, kau kalau nak bergurau, rembat la nama Haziq ke Imran ke. Aku tak kisah. Tapi jangan kau kaitkan nama adik beradik tu..Kau kata kau faham aku kan." Suara Emir kembali menjadi perlahan.

Naim senyum lebar. Dia gapai erat kedua-dua belah tangan putih mulus milik Emir.

"Jangan risaulah, Mir. You can count on me. Aku ada je kat sini. Hehe."

Kali ini, Emir sengaja membiarkan tangan Naim melekap lama di atas tangannya. Anak mata Emir menentang sepasang mata Naim yang berkaca mata itu.

Sambil tersenyum kecil, Emir berkata, "Baik. Okay, kau dah boleh lepaskan aku kot. Aku nak pergi tandas hahaha."

"Minum sikit, kencing. Kencing sikit, minum. Blah la kau." Naim memonyokkan muka sambil memerhatikan gelagat Emir yang ligat mentertawakannya.

--

"Lepas ni kau nak pergi mana?" Tanya Naim sambil membuntuti langkah Emir.

"Casing phone. Lepastu terus balik lah." Balas Emir perlahan sambil buka aplikasi Whatsapp di dalam telefonnya. Tangannya menolak-nolak Naim yang suka mengintai apa yang Emir buat dengan telefonnya.

"Eh, kau main mobile legends?" Naim menjadi teruja.

"Haah, baru install balik. Dulu pernah main tapi aku uninstall sebab tak cukup space."

"Waw senpai. Rank apa bro?"

"Legend je. Kau?"

"Weh singgah McCafe kejap. Nak beli Iced Chocolate," Naim terus tukar topik apabila menyedari pangkat Emir di dalam game itu lebih tinggi darinya.

'Tak boleh jadi ni. Balik ni aku nak push sampai Mythic,' bisik Naim di dalam hatinya.

"Ha boleh jugak. Aku nak Dip N Dip Caramel. Payung aku. Kau kan masyuk lately ni. Haha."

"Iya-iya segalanya buatmu." Naim melemparkan senyuman kekok. Di mindanya ligat berfikir bagaimana nak cepat naik Mythic dalam hanya satu malam.

Story PendekWhere stories live. Discover now