Zara sedang menaip keputusan ujian makmal sambil menunggu Hoya dan Mikaela. Jarinya berhenti menaip apabila terkenangkan kata-kata Hariz tempoh hari.
Namun ingatan itu mati begitu sahaja apabila Aidil menghubunginya. Dia sangat merindui Aidil, semenjak mereka berjauhan Aidil semakin susah untuk dihubungi adakalanya mesejnya juga dipandang sepi. Tatkala hatinya mulai timbul keraguan, dia cepat-cepat berfikir positif.
"Okay, lepas ni I call you lagi. Love you," Zara dapat merasakan Aidil sedang tersenyum di hujung talian.
"Love you more,"
Hariz berdehem. Dengan pantas Zara menoleh ke arah bunyi tersebut. Hariz sedang tersenyum mesra. Zara yang baru sahaja berasa gembira terus berubah riak wajahnya.
"Can we talk?" lembut suara Hariz.
Zara tidak menjawab, dia terus berjalan menuju ke pantri. Dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu. Hatinya benar-benar terguris dengan kata-kata Hariz tempoh hari. Hariz memanggil namanya.
"Kau nak apa ni? Aku mengantuk, aku tak ada mood nak bercakap ni," Zara menyelitkan rambutnya di tepi telinga.
"Sekejap je. We need to talk," Hariz menepuk kusyen di sebelahnya mengisyaratkan Zara supaya duduk di situ.
Zara memeluk tubuhnya sambil mengetap giginya dia memandang Hariz.
"You know what? Kita dah tak ada apa-apa yang nak dicakapkan. Kau dah cakap semua hari tu kan? So, okay bye!" Zara terus keluar dan masuk ke tandas perempuan.
"Zara?" panggil Mikaela.
Zara menarik nafas lega apabila mendengar suara sahabat baiknya yang satu itu. Dia meluru keluar dari tandas terus mendapatkan Mikaela.
"Kau dah kenapa berpeluh-peluh ni? Oh ya, Hariz ada datang sini tak? Dia kata nak jumpa kau,"
Zara tidak menjawab. Dia mengambil tempat di sebelah Hoya, nasi ayam yang dipesannya dimakan dengan penuh selera. Kegusarannya sebentar tadi, membuatkan perutnya mulai berkeroncong. Nasib baik Mikaela dan Hoya cepat sampai.
Khaliesha memegang tangan Hariz sambil meminta maaf, lelaki itu seperti mengelak dari bercakap atau pun berjumpa dengannya. Hariz mendengus, dia menarik kasar tangannya.
"Please, Sha! I tengah penat, I tak ada mood sekarang ni," benatak Hariz. Nasib sahaja mereka berada di dalam pantri kalau tidak tentu semua jururawat memerhatikan mereka.
"Okay, I minta maaf sebab buat Zara macam tu tapi I sakit hati, you pentingkan dia sangat. You buat I macam orang bodoh je," rajuknya.
"Memang! Memang I pentingkan Zara. I dah kata dia best friend I, dia adik I. You tak faham ke? Lagi satu kenapa you nak marah sangat bila I pentingkan Zara dari you. Kita tak ada apa-apakan?" Hariz tersenyum sinis.
"Ya, I sedar kita tak ada apa-apa hubungan. I cuma nak minta maaf. I dah minta maaf dengan Zara," suara Khaliesha tersekat-sekat. Air matanya mengalir deras.
Hariz berasa bersalah melayan gadis itu dengan kasar lantas tisu dihulurkan kepada Khaliesha.
"Sorry, I termarah you pula. Dah, tak payah menangis lagi. Dah tak cantik dah you nangis," Hariz tersenyum manis.
Khaliesha membalas senyuman Hariz kemudian meminta diri untuk balik kerana waktu bekerjanya sudah habis. Dia menapak keluar dari pantri, dengan tidak semena-mena seorang jururawat bernama Edwina terlanggar bahunya.
"Dah tak ada mata ke? Kau nak aku korek biji mata tu ke?" marahnya.
Khaliesha berjalan menuju ke ruang parkir kereta sambil tersenyum mengenangkan wajah Hariz tersenyum manis sebentar tadi. Tetapi, senyuman itu serta merta bertukar cemas apabila membaca nota yang terselit di wiper keretanya.
THE WINNER FOR BEST ACTRESS GOES TO KHALIESHA ELLY BINTI TAN SRI KAMAL WONG
Pantas pandangannya melingas ke sekeliling, tanpa dia sedari ada sepasang mata di sebalik tiang sedang memerhatikannya. Degupan di hati Khaliesha semakin kencang. Makin kuat debarnya.
Serta merta kejadian selepas dia membuat pengakuan di hadapan Dr.Krishna tempoh hari berulang di tabir matanya.
"What the.. Siapa pula yang tak ada kerja kelar tayar kereta aku ni?" Khaliesha meraup mukanya.
"Hebat! Kenapa tak cabut je tayar aku ni? Semua pancit?" Khaliesha mengetap bibirnya.
Pemandu ayahnya dihubungi. Sambil mengadu dia menendang tayar keretanya. Matanya masih melilau di sekelilingnya.
Sergahan Dr. Woo mematikan lamunan Khaliesha. Dia hampir memukul lelaki cina seusia dengannya yang sedang ketawa terbahak-bahak memandang gadis itu.
"Tak balik lagi ke?" Dr.Woo bertanya.
"I nak baliklah ni. You ni, kalau I pengsan tadi macam mana?" jeling Khaliesha sambil menghidupkan enjin keretanya.
"I panggillah Dr.Hariz, dia mesti datang dengan cepat," Dr.Woo mengenyitkan matanya.
Khaliesha tersenyum malu. Dia menutup pintu kereta lantas memandu keluar dari ruang parkir Hospital Pantai tersebut. Otaknya ligat berfikir, orang yang mengelar tayar keretanya dan orang yang meletakkan nota di keretanya adalah orang yang sama? Tapi apa tujuannya?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, mesej yang diterima daripada nombor yang tidak dikenalinya.
I SEE YOU GOT MY NOTES. I MISS U SO MUCH. TIL WE MEET AGAIN - H
Pantas dia menghentikan keretanya di tepi jalan, nombor itu dihubungi tetapi masuk ke dalam peti suara. Lama dia memandang kosong skrin telefonnya.
"Siapa pula yang kacau aku ni?" soalnya sendiri.

YOU ARE READING
Janji Seorang Sahabat
RomanceHariz Naim dan Zara Aulia sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Namun persahabatan mereka sering kali diuji dengan kemunculan cinta lama Hariz. Namun dengan kehadiran kawan sekerja Hariz yang sudah lama meminati Zara. Pintu hati Hariz diketuk da...