Janji Seorang Sahabat 39

487 21 0
                                    

"Assalamualaikum sayang. Kenapa tak tunggu abang tadi?" Hoya meletakkan tangannya di atas bahu Zara.

Zara yang baru sahaja keluar dari makmal tergelak sambil menolak tangan Hoya. Hoya tersenyum manis. Seminggu sudah tidak bersua muka dengan gadis idamannya itu.

"Waalaikumsalam, doktor Hadif. Nama saya Zara bukan sayang," Zara tersengih.

Hoya mencubit kedua belah pipi Zara yang kemerah-merahan itu. Semakin hari semakin kuat perasannya pada gadis kecil molek ini tetapi seperti biasa gadis ini seakan-akan tidak menyedari bagaimana perasaan Hoya terhadap dirinya.

"Comellah awak ni!"

Zara menepis tangan doktor muda itu. Mikaela terkocoh-kocoh keluar dari makmal menyapa Hoya dan Zara.

"Apa doktor buat ni?" Mikaela memandang Hoya.

"Kawan awak ni semakin hari, semakin comel pula," Hoya tersenyum.

"Kay, dah kau tak payah layan doktor ni. Buat sakit mulut je nak bercakap dengan dia," Zara melingkarkan tangannya di lengan Mikaela.

Mereka berjalan beriringan menuju ke cafe hospital. Hoya membuka bicara perihal berita yang disampaikan oleh Hariz padanya malam tadi.

"Oh ya! Awak tahu tak Hariz kata orang yang buat dajal kat awak hari tu dah kena tangkap?" soal Hoya tiba-tiba.

Langkah Zara terhenti. Wajahnya tampak kebinggungan kerana berita yang baru sahaja didengarinya itu tidak dimaklumklan padanya.

"Hariz tak ada cerita ke?" soalnya lagi.

Zara mengeleng. Dia memandang Mikaela yang juga nampak berminat mendengar perkembangan kes sahabat baiknya ini.

"Orang yang upah diaorang tu memang tak nak polis trace dia. Dia guna telefon curi untuk contact orang suruhannya ni," cerita Hoya lagi.

"Ayah awak tak cerita apa-apa ke kat awak?" Hoya menyoal Mikaela pula.

"Manalah ayah aku nak cerita apa-apa dekat aku. Hari tu aku curi-curi baca je kertas siasatan tu tapi tak ada yang penting pun," terang Mikaela.

Sebaik sahaja terpandang Hariz yang sedang berlari anak menuju ke arah mereka. Zara terus mencebikkan bibirnya.

"Apa cerita ni? Macam serius je bunyinya," selanya tiba-tiba.

Mikaela mengurut dadanya terkejut dengan kehadiran Hariz. Hoya ketawa melihat gelagat Mikaela. Selepas mengambil makanan, mereka terus duduk di meja berdekatan dengan pintu masuk. Zara dan Hariz pula masih sibuk memilih lauk untuk dimakan.

"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal suspek kes hari tu dah kena tangkap?" Zara membuka bicara.

"Aku terlupalah. Sorry," Hariz ketawa kecil. Sempat lagi dia meletakkan seketul ayam goreng di atas pinggan Zara

"Lupa?" soal Zara sambil memandang wajah lelaki itu dengan keningnya sedikit terjungkit.

Hariz mengangguk sambil mengeluarkan dompetnya untuk membayar harga makanan dia dan Zara kemudian mereka berjalan menuju ke meja.

"Aku masih yakin semua ni angkara Khaliesha," Zara meletakkan pingannya dan menarik kerusi di sebelah Mikaela.

Hariz menyerahkan sudu dan tisu kepada gadis iru sambil menjawab. "Let the police do their job,"

"Khaliesha memang gila tapi gila dia tak sampai tahap macam tu. I promise," sambungnya lagi sambil tersenyum nipis.

"You know she hates me," Zara menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Janji Seorang SahabatHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin