Janji Seorang Sahabat 86

403 27 4
                                    

"Nak pergi mana?" dahi Zara berkerut.

Dia membiarkan lelaki itumenariknya masuk ke dalam kereta tanpa melawan. Zainab hanya memesan pada mereka supaya tidak balik lewat. Hariz mengangguk. Dalam kereta, lelaki itu hanya berdiam diri Zara resah. Dia tahu lelaki itu hendak membawanya ke Palm River tempat perkelahan terkenal di kampungnya.

"Kita pergi picnic ya?" soal Hariz memecahkan suasana.

Zara tidak menjawab. Dia bermain-main dengan telefon bimbitnya. Kalau boleh dia tidak mahu berhadapan dengan Hariz. Perasaan malunya masih menebal dalam diri. 

"Sayang.." panggil Hariz lembut.

Zara masih meghadap telefonnya dengan senyuman terukir di bibirnya tanpa sedar. Hariz mengeluh. Hariz memberhentikan keretanya di tepi jalan tanpa amaran dia terus mengambil telefon bimbit Zara kemudian dimasukkan ke dalam poket jaketnya.

"Who are you texting? Dia lebih seronok nak berbual dari tunang sendiri ke?" soal Hariz dengan wajah kelat.

Zara mendengus kemudian memeluk tubuhnya. Sengaja dia tidak menjawab soalan lelaki itu. 

"Hello? I'm talking to you," Hariz memetik jarinya dihadapan muka Zara.

Zara menjeling Hariz tajam. Dia menolak tangan Hariz kuat.

"Yes! Why? Are you jealous?" soal Zara.

"No! I just want to know because talking to you is like talking to a tree. Silent!" Hariz menjawab.

"Who is the guy? Tell me?"

Hariz mengeluarkan semula telefon Zara dari poketnya. Apabila telefon itu meminta kata laluan Hariz sekali lagi memandang Zara dengan wajah masam.

"Apa password kau?" soal Hariz sambil mengosok tengkuknya.

"Tekalah!" Zara membuang pandangannya ke luar jendela.

"Sejak bila kau dah pandai bohong ni?" suara Hariz tiba-tiba kencang.

"Bohong apa?" soal Zara pula. 

Zara mengelak dari memandang Hariz dia hanya terus memandang ke luar tingkap. Dia sendiri tertanya-tanya apa yang dimaksudkan lelaki itu. 

"Kenapa kau cakap dengan pak su aku tak nak balik? Bila masa aku tak nak balik?Bila masa kau inform pun dekat aku yang pak su nak bertunang?" soal Hariz bertubi-tubi.

"Sebab.."

"Kenapa kau tak pernah mengaku perasaan sebenar kau dekat aku? Kenapa kena buat perkara tak masuk akal macam tu baru nak mengaku?" soal Hariz lagi mematikan kata-kata Zara.

"Aku dah kata itu bukan aku! Kau tak faham bahasa ke? Bukan aku!" jerit Zara.

Dia menahan air matanya daripada menitis. Kenapa Hariz perlu membangkitkan hal itu lagi? fikirnya. Hariz mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian memainkan rakaman itu sekali lagi.

"Aku bukan baru semalam kenal kau Zara! Aku tahu ini suara kau," jawab Hariz.

Zara membuka pintu kereta hendak keluar. Hariz cepat-cepat memegang tangan Zara dengan kuat. Zara menolak lelaki itu sekuat hatinya. 

"Kau tahu kenapa aku bagitahu pak su kau tak nak balik? Sebab kau memang tak nak kau balik! Kau tengoklah apa kau buat dengan aku? Kau suka paksa aku! Aku tunang kau! Bukan Zara kawan baik kau! Bukan Zara adik kau!" Zara memukul dada Hariz sekuat hatinya. 

"Sebelum kahwin kau dah paksa aku buat itu ini apalagi kalau dah kahwin! Suka hati aku bila masa aku nak balas luahan hati kau jangan paksa aku! Kau tahu aku tak suka orang paksa aku!" Zara menolak Hariz sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Zara terus keluar dari kereta tanpa bersuara. Esak tangisan Zara sahaja kedengaran dari luar. Hariz menguak rambutnya ke belakang. Dia mengapai payung dari kerusi belakang terus keluar. Dia meletakkan payung itu di tangan Zara tanpa berkata apa sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Lagu di radio seperti memahami perasaan pasangan itu. Dj bernama Nabil itu memutarkan lagu Westlife berjudul I don't wanna fight no more. Hariz memandang Zara dari cermin sisi hatinya dipagut kesedihan. Dia mulai sedar bagaimana dia melayan gadis itu selepas mereka bertunang. Dia mengeluh.

Selepas sejam berada di luar, Zara akhirnya masuk ke dalam perut kereta cuma kali ini dia duduk di kerusi belakang. Hariz tidak berkata apa-apa walaupun hatinya meronta-ronta ingin bersuara. Sambil memandu balik, beberapa kali dia melihat Zara dari cermin pandang belakang. 

"Pergi picnik tak ajak," tegur Mikaela dengan senyuman nakal.

Silap langkah. Kalau dia tahu mereka semua masih berkumpul di bawah kanopi itu sudah tentu dia meminta Hariz masuk ke kawasan rumah lelaki itu. Biar dia berjalan kaki sahaja balik ke rumahnya.

"Ada toreh-toreh nama atas pokok tak? Zara love Hariz," usik Mikaela disambut dengan gelak tawa dari sepupu-sepupu Zara.

"Tak sempat toreh. Pokok semua dah full dengan nama orang dah tak ada tempat nak ditoreh," jawab Zara selamba mengundang tawa semua yang ada di bawah kanopi itu.

Hariz hanya berdiri seperti tunggul di belakang Zara yang sedang ditemu bual oleh Mikaela. 

"Iyelah tu. Agaknya kau orang berdua lama berendam dalam air tak?" 

Terburai tawa Hariz mendengar kata-kata Mikaela tetapi Zara hanya berdiam diri. Dia terus  masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkan usikan dari mereka. Hariz cepat-cepat mendapatkan Zara. Dia memegang tangan gadis itu kejap mata mereka bersatu.

'I'm really sorry,' bisik hati Hariz.

"Apa?" soal Zara kasar.

"Let's meet up at KK the day after tomorrow so we can discuss about our situation. I'll give you time and space,"ujar Hariz terus meninggalkan Zara terpinga-pinga.

"Discuss about our situation?" ulang Zara.

Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Apa yang lelaki itu maksudkan? Dia menghantar lelaki itu dengan matanya. Sebaik sahaja lelaki itu hilang dari pandangannya dia t erus bergegas menarik Mikaela masuk ke dalam rumah.

"Dia cakap macam tu?" soal Mikaela selepas Zara menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Tak akanlah dia nak bawa putus tunang," Mikaela memandang Zara lama. Sahabat baiknya itu nampak tenang.

'Putus tunang? Tapi kenapa?' 

Kata-kata Mikaela mengundang rasa cuak dalam hati Zara. Dalam kepalanya sudah merencana sekiranya benar Hariz mahu memutuskan pertunangannya dia mahu pindah ke Semenanjung Malaysia. 

'Suka sangat lari dari masalah,' suara Nathaniel terngiang-ngiang di gegendang telinganya. 

Zara menarik nafasnya dalam-dalam dia kena bersedia untuk perkara seperti ini. Sekiranya Hariz itu bukan jodohnya dia rela melepaskan lelaki itu. 



Janji Seorang SahabatWhere stories live. Discover now