Dear my lovely Princess Fiona,
Hi!Hello!
Please smile before reading this letter. You always cry and frown every time we were together.
My Princess Fiona,
If you read this letter that is I'm not in this world anymore. I wanted to tell you something for a very long time but I'm afraid and I'm actually is waiting for the right time. I love you from the moment I saw you were crying your eyes out at the bus stop. I love you from the moment you smile when papa give his permission for you to stay at our home.
I can't bring myself to confess my feeling because I'm afraid. What if I told you and you said no? I want to love and be loved. I'm don't want to feel the way I felt when Pearl died.
What if you said yes? I 'm afraid If I died and what will happen to you? I didn't want to hurt you by leaving you like this. So I choose to shut my mouth tight.
I realize something when you've been kidnapped. Do you remember when I called your name and you called Hariz? Do you remember that? That is the moment when I realize that you never move on from Hariz. You think that you've already move on but you actually never move an inch from him. You just run away with him in your mind.
All I ever wanted is for you to be happy. Go! Talk to Hariz. You know what? You lack of communication. If you angry, nobody can't talk but you. Why don't you let him talk and you listen, vice versa. Good luck Princess Fiona!
I love you always,
Don't live like I used to live.
Nathaniel Lee PrudentZara membaca surat itu untuk yang ke-lima kali. Air matanya masih tidak berhenti. Mikaela naik buntu memikirkan keadaan Zara yang kelihatan seperti seorang yang baru kematian suami. Bermacam-macam cara dia buat agar gadis itu berhenti menangis. Fara juga binggung mengenangkan anaknya.
"Dahlah tu Zara.. Hariz kata Zara dah janji dengan Nate tak nak menangis. Kenapa menangis lagi ni?" Jenna mencekak pinggangnya.
Zara menutup mukanya dengan bantal. Tangisannya semakin kuat. Jenna memandang Mikaela. Mikaela menjungkitkan bahunya.
"Mana surat tu! Mari auntie buang!" Jenna merentap surat yang basah itu dari tangan Zara.
"Auntie!Auntie.. janganlah," Zara merayu.
"Please..." rayu Zara dengan sedu sedannya.
"No! Selagi surat ni kat tangan Zara! Zara tak berhenti-henti nak menangis. So, biar auntie buang!" Jenna terus keluar tanpa mengendahkan Zara yang sudah tertiarap di lantai.
"Dahlah tu! Penat aku dengar tahu tak? Cukuplah tu, dia dah selamat dah Zara. Dia pun tak nak kau sedih macam ni kan? Kalau dia nampak kau menangis macam ni mesti dia marah," tegur Mikaeala pula.
"Aku rasa bersalah sangat," jawab Zara.
"Dah 3 minggu dah Zara! Family dia pun macam dah okay. Kau yang lebih-lebih ni kenapa? Tahulah rasa bersalah tapi dia dah pesan jangan hidup macam dia kan," suara Mikaela sedikit meninggi.
Zara terus turun ke bawah tanpa mengendahkan leteran Mikaela. Dia menekan butang on pada alat kawalan jauh.
"Kenapa kau ni dah macam budak-budak ni haah?" Mikaela melabuhkan punggungnya di sebelah Zara.
"Sampai bila kau nak rasa bersalah macam ni? Tak nak move on? Kau bukannya semakin muda tahu tak?" bebel Mikaela lagi.
"Kalau kau tampar aku may be aku boleh keluarkan dia dari kepala kau ni," Zara tersenyum sinis. Dia kenal gadis itu. Mikaela pasti tidak berani memukulnya.
Jenna terus mendekati kedua-dua gadis itu apabila terdengar kata-kata Zara tadi.
PAAP!
Zara terus menjerit kesakitan. Matanya membuntang. Tidak menyangka langsung Mikaela akan benar-benar menamparnya. Hariz yang baru sampai juga terperanjat melihat adengan tadi. Dia bergegas masuk ke dalam rumah.
"Kay!" Zara memegang pipinya. Kebas.
"Dah boleh move on kan? Aileen nak kahwin dah ni, dia asyik suruh aku pujuk kau cepat-cepat," jawab Mikaela bersahaja.
"Kenapa dia orang beruda ni auntie?" Hariz menyoal Jenna.
"Hais Hariz, Zara tu dah 3 minggu kawan dia meninggal masih tak habis-habis dengan sedihnya sampai tak nak keluar rumah bagai. Kan Aileen nak kahwin 2 minggu lagi dah tu diakan pengapit Aileen," cerita Jenna.
Zara menjeling ke arah Mikaela yang berpura-pura menonton tv.
"Assalamualaikum," suara comel memberi salam di luar.
Hariz menepuk dahinya. Cepat-cepat dia menjemput gadis bertudung labuh di luar rumah Zara. Zara dan Mikaela sama-sama berpaling ke arah pintu.
"Abang," lemah lembut gadis itu memanggil Hariz kemduian dia mendekati Hariz yang masih berdiri di hadapan pintu.
Zara memandang gadis putih melepak itu dengan pipinya yang merah-merah dari atas ke bawah. Comel sahaja gadis itu dimatanya.
"Sorry Julie, abang terlupa pula pasal Julie. Haah, ni akak Zara, Julie kenal ke?" soal Hariz sambil menunjuk Zara.
"Hmm Julie tak berapa ingatlah bang," Julie tersenyum manis.
"Ala, kawan baik abang kat sebelah rumah tu. Yang selalu kacau Julie main dengan anak pak Zamri tu? Tak ingat ke?" Hariz cuba mengembalikan ingatan Julie.
"Oh! Yang kuat merajuk tu eh? Kawan rapat dengan Kak Leenkan?" Julie menutup mulutnya sambil ketawa.
Hariz tergelak mendengar deskripsi Julie tentang Zara. Zara mengetap bibirnya. Wajahnya yang tadi manis bertukar serius.
"Akak, ini Julielah. Akak tak ingat ke? Juliana?" Juliemenghulurkan tangannya.
"Ingatlah! Adik Aileen yang comot dulu tu kan?" Zara menyambut yangan yang dihulurkan Juliana.
Zara akui gadis dihadapannya itu nampak cantik dengan jubah moden yang dikenakan. Keayuan dan gerak geri penuh sopan Julie mengundang satu perasaan yang aneh dalam dirinya.
Julie ketawa mendengar kata-kata Zara. Hariz turut ketawa sambil mereka berbual kecil. Zara hanya memandang kedua-duanya yang nampak begitu mesra.
"Okaylah, aku nak kena hantar Julie balik ni. Aku datang pun sebab Aileen pesan suruh aku bagi baju ni kat kau," Hariz menyerahkan gaun putih berenda itu pada Zara.
Zara hanya mengangguk. Hariz dan Julie meminta diri. Zara hanya memerhatikan mereka sehinggalah kereta Hariz hilang dari pandangan. Mikaela pula memerhatikan tindak tanduk sahabat baiknya.
"Lawakan Julie tu," puji Mikaela.
Zara hanya menghadiahkan sekuntum senyuman. Benar, Juliana terlalu cantik di matanya. Wajah ayunya tidak ubah seperti seorang model.
"Muda lagikan? Macam baru 21 tahun kalau tak silap," Mikaela berkata lagi.
"Tahu pula kau ye?" soal Zara.
"Sejak kau sibuk dengan kehidupan kau sendiri, aku pula jadi rapat dengan Aileen," sindir Mikaela.
"Auntie dengar, lepas pernikahan Haziq, Hariz dengan Julie akan bertunang," Jenna bersuara. Mikaela dan Zara terus memandang Jenna yang sedang menuang teh di dalam cawan untuk minum petang.
Mikaela cuba menahan tawanya tetapi apabila terpandang wajah terkjeut Zara dia cepat-cepat berlari masuk ke dalam dapur. jenna hanya menundukkan kepalanya. Apabila Jenna masuk ke dapur dia dan Mikalea sama-sama tergelak perlahan.

YOU ARE READING
Janji Seorang Sahabat
RomanceHariz Naim dan Zara Aulia sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Namun persahabatan mereka sering kali diuji dengan kemunculan cinta lama Hariz. Namun dengan kehadiran kawan sekerja Hariz yang sudah lama meminati Zara. Pintu hati Hariz diketuk da...