Janji Seorang Sahabat 32

507 18 0
                                    

Sepanjang berada di Full House, Hariz langsung tidak bercakap atau memandang Zara. Zara tidak henti-henti bercakap dengan lelaki itu untuk menarik perhatiannya namun gagal.

"Kay, jomlah saya temankan awak pergi beli barang," ujar Hoya.

Dia menyedari gelagat Zara dan Hariz. Hariz asyik mengelak eye contact dengan Zara. Matanya dikedipkan, Mikaela yang dapat menangkap isyarat Hoya lalu terus mengangguk setuju.

"Hariz, kau hantar Zara balik ye," Hoya dan Mikaela berdiri.

"Wei, aku terus nak balik rumah ni! Hoya!" panggilnya.

Hoya tidak mengendahkan panggilan Hariz. Hariz mengeluh panjang, dia mengosok dahinya sebelum berdiri untuk membuat pembayaran di kaunter. Zara tersenyum memandang Hariz tetapi lelaki itu tidak membalas senyumannya. Tanpa bersuara Hariz terus meninggalkan Zara. Zara berjalan di belakang Hariz hanya beberapa langkah saja dari lelaki tinggi lampai itu.

"Kenapa pelik sangat Hariz sekarang ni?" soalnya sendiri.

"Macam ada masalah negara je gaya dia!" gumamny alagi

Hariz berjalan di hadapannya dengan tangannya di dalam poket. Zara dikejutkan dengan cengkaman kasar di lengannya. Alfie! Zara cuba menarik tangannya namun pegangan Alfie kuat.

"I need to talk to you, please..." rayu Alfie.

Zara mengeleng. Dia menoleh ke belakang, Hariz sudah tidak ada. Zara meronta-ronta supaya dia dilepaskan. Terngiang-ngiang janjinya pada Fara.

"Kita cakap sekejap je. Tolonglah Zara," Alfie memeluk Zara tiba-tiba.

Zara menolak Alfie dengan kuat namun tidak dapat melawan kudrat lelaki itu. Air matanya mulai bergenang, Hatinya cuba menjerit untuk memanggil Hariz namun tidak terungkap di bibirnya. Alfie memegang lengan Zara tanpa mengendahkan tangisan dan rayuan Zara. Dengan tubuh yang kecil senang sahaja Alfie menarik gadis itu.

Hariz yang entah muncul dari mana menghadiahkan sebiji penumbuk di muka Alfie. Alfie terundur beberapa langkah. Baru hendak membalas tumbukan Hariz, sebiji tumbukan mengena di perutnya. Alfie terbaring, Hariz terus menerkam lelaki itu dan menumbuk Alfie bertubi-tubi,

Pandangan orang sekeliling tidak dipeduilkannya yang penting kemarahannya harus dilempiaskan. Selepas mendapat gambar lelaki itu mengucup dahi Zara, hatinya panas. darahnya mengelegak setiap kali terpandang wajah Zara. Terbayang-bayang tindakan Alfie yang dianggap sebagai menangguk di air yang keruh. Dalam tangis, Zara menarik Hariz supaya lelaki itu berhenti menumbuk Alfie yang terkulai layu. Hariz berdiri kemudian menarik Zara menuju ke keretanya.

Hariz memandu dengan laju keluar dari Suria Sabah. Mukanya serius dan tegang, Zara hanya mendiamkan diri di sebelah Hariz. Air matanya sahaja yang tidak putus-putus mengalir. Hariz menumbuk stereng keretanya. Zara terperanjat tetapi masih kekal mendiamkan diri.

"Kau dah tak ada mulut ke nak jerit haah?" marahnya.

"Kalau aku tak nampak masa tu macam mana? Kalau dia bawa kau lari macam mana?" soalnya.

"Aku dah kata lelaki tu memang ada yang tak kena! Tapi kau keras kepala!" bentak Hariz lagi.

"Lepas tu boleh pula kau biarkan dia cium dahi kau! Kenapa tiba-tiba jadi macam orang tak ada otak ni?"

"Bertahun-tahun aku jaga kau supaya kau tak salah pilih jalan, salah pilih kawan. Aku dah kata lelaki ni memang ada something yang tak kena tapi kau tak pandai dengar kata! Baru sebulan berkenalan dengan dia kau dah berani biarkan dia cium dahi kau!"

Zara menundukkan kepalanya. Tersedu-sedan dia menangis. Zara membuang pandangannya ke luar tingkap. Hariz menghentikan keretanya di tepi jalan. Lama dia berteleku di kerusi pemandu, matanya dipejam rapat.

Selepas 10 minit mereka begitu, Hariz menyambung pemanduannya. Dikerling Zara lewat ekor matanya, dengan air mata yang masih bersisa, gadis itu tertidur di sebelahnya. Timbul rasa simpatinya kepada gadis itu. Setibanya mereka di rumah Zara, Hariz mengerakkan bahu Zara. Perlahan-lahan gadis itu membuka mata.

"Dah sampai," Hariz bersuara lembut berbeza dengan suaranya sebentar tadi.

Zara mengangguk. Matanya yang bengkak digosok-gosok. Selepas mengucapkan terima kasih, Zara terus keluar dari perut kereta menuju ke rumahnya. Hariz mengekori gadis itu dari belakang.

Zara berlari anak menaiki tangga sementara itu Hariz dan Jenna sedang bercakap di muka pintu. Selepas bersalaman dengan Jenna, Hariz terus memandu pulang. Jenna masuk ke dalam bilik Zara kemudian dia mengambil kepala Zara lalu diletakkan di atas ribanya. Gadis itu menangis lagi.

"Syhh...Sudahlah. Tak naklah nangis lagi," Jenna menyeka air mata Zara.

"Tadi, first time nampak Hariz marah. Lepas dia pukul Alfie, dia marah Zara...," cerita Zara dalm sedu sedan.

"Dia cakap Zara... Zara tak ada otak," sedikit sengau suara gadis itu kerana terlalu menangis.

"Hariz ada cerita dengan auntie tadi. Dia minta maaf sebab dia tak dapat kawal marah. Dia kecewa Zara buat macam tu," Jenna menyampaikan bulat-bulat kata-kata Hariz tadi.

Zara menangis lagi. Dia sedar akan kesalahannya, dia menyesal. Dia menyesal kerana tidak mendengar kata Hariz, dia menyesal kerana tidak memaklumkan perkara itu kepada ibunya. Dia tidak mahu Fara dan Haris terus-terusan memarahi dirinya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan mereka.

Sebaik sahaja dia tiba di rumah, Hoya terus menemuinya. Hariz berbaring di atas sofa sambil memejamkan matanya. Soalan demi soalan diutarakan Hoya tetapi Hariz tidak menjawab.

"Wei, aku tanya ni. Macam mana kau dengan Zara?" Hoya berdiri lama di hadapan Hariz.

"Okay je," jawabnya sepatah.

Hariz kemudian berdiri menuju ke peti sejuk. Daging ayam dikeluarkan dari bahagian frezzer lalu ditekapkan ke penumbuknya yang sakit akibat menumbuk Alfie sebentar tadi.

"Itu dah kenapa?" Hoya mengekori Hariz.

Hariz kembali ke sofa. Kakinya diluruskan di atas kerusi, dia bersandar lesu. Hoya yang sudah tidak sabar mendengar cerita terus duduk di sebelah Hariz.

"Alfie datang masa kat Suria tadi. Dia tarik Zara lepas tu aku tumbuk dia," cerita Hariz ringkas sahaja.

"Zara?" tanya Hoya lagi.

"Menangis," jawab Hariz sepatah.

"Itulah akibatnya kalau keras kepala," suara Hariz tenang.

Setiap kali teringat Zara jiwanya merusuh. Terbayang-bayang gambar gadis itu dikucup dahinya oleh Alfie. Dia mendengus, gelodak jiwanya tidak dapat ditenangkan lantas dia berdiri menuju ke bilik air kemudian mengambil wuduk.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menjerit sekuat hati. Api kemarahannya dipendam bagai hendak gila setiap kali terpandang wajah Zara. Setiap kali itu juga dia mengingati pesanan ibunya.

"Kalau tengah marah ambil wudhu. Kalau marah masa duduk, berdiri. Kalau marah masa berdiri baring," pesan Hanum 

Janji Seorang SahabatWhere stories live. Discover now