Janji Seorang Sahabat 52

487 24 4
                                    

Sudah tiga hari kehilangan Zara Polis masih berusaha menjejak gadis itu. Hariz baru sahaja keluar dari balai polis selepas mendapat mesej dan video penculik itu memukul Zara dengan tali pinggang. Jeritan Zara terngiang-ngiang di telinganya. Hatinya rawan mengenangkan gadis kesayangannya itu.

BATALKAN PERKAHWINAN KAU DENGAN KHALIESHA KALAU TAK AKU BUNUH DIA.

Sebaik sahaja Hariz masuk ke dalam keretanya dia terus menunjukkan mesej dan video itu pada tunangnya.

"Apa kaitan kau dengan penculik ni? Kenapa dia nak kita cancel wedding kita?" soal Hariz keras.

Khaliesha hanya menonton separuh video itu kemudian meletakkan semula telefon bimbit Hariz. Dia diam seribu bahasa. Sesampainya mereka di tempat kerja, Khaliesha terus keluar dari kereta. Hariz mencengkam kuat tangan Khaliesha.

"Kenapa penculik tu nak batalkan perkahwinan kita? Jawab soalan aku!" Hariz bersuara kuat.

"I tak tahu. Janganlah macam ni.. I sakit ni," Khaliesha mengelak mata Hariz.

"Aku tanya sekali lagi! Kenapa?" Hariz masih memegang lengan Khaliesha kejap.

"Jangan sampai aku betul-betul batalkan majlis ni Sha!" Tengkingnya.

"I tak tahu! You yakin ke penculik tu yang suruh bukan Zara?" Soal Khaliesha.

"I tahulah you all berdua bercinta. Bila dia tak dapat kahwin dengan you dia buat la kononnya kena culik nak attention dari you! Dasar bi..."

"You shut up!!! Aku kenal dia lebih lama dari aku kenal kau! Aku tahu Zara! Lainlah macam you, perempuan busuk hati! Kau dengar Khaliesha kalau ada apa-apa perkara berlaku pada Zara aku tak akan kahwin dengan kau! Aku tak peduli anak tu ada ayah atau tak!"

Hariz menolak kasar Khaliesha kemudian berjalan meninggalkan gadis itu terpinga-pinga. Hariz terus memandu ke Taman Selesa.

Setibanya dia di hadapan rumah 2 tingkat itu dia disambut oleh Adami yang balik ke Malaysia dengan segera selepas mendapat perkhabaran penculikan anak tunggalnya. Mikaela dan Hoya juga berada di situ.

Mikaela memeluk Fara sambil menangis. Dia benar-benar dilanda rasa bersalah kerana baru tiba drari Thailand dan terlalu penat dia tidak perasaan mesej dari Zara hari itu.

"Aku dengar kau dapat video Zara. Aku nak tengok boleh?" Hoya bertanya tenang.

"It's very disturbing..." Hariz menjawab perlahan risau kalau Fara mahu menonton video tersebut.

"Can I watch?" Soal Adami.

Hariz berbagi hati. Adami terus menarik telefon bimbit Hariz kemudian memainkan video tersebut.

"Ya Allah... Zara," Adami menjerit. Terduduk dia menangis sebaik sahaja habis menonton video itu.

"Maafkan saya uncle," Hoya dipukul rasa bersalah melihat lelaki itu begitu.

Fara yang tidak tahu apa-apa meluru keluar. Air natanya masih bersisa.

"Kenapa ni?" Fara menanya namun tidak ada sesiapa pun menjawab.

"Apa tu?" Soal Fara lagi.

Hoya cuba menghalang namun Mikaela sudah terlebih dahulu mengambil telefon itu. Sebaik sahaja video itu dimainkan.

Seluruh badan Fara mengeletar. Air matanya merembas keluar tanpa henti. Jeritan anaknya yang meminta belas seperti menikam-nilam jantungnya.

Zara diikat di tiang kemudian penculik itu memukul Zara dengan tali pinggang tanpa henti. Rayuan dan tangisan Zara tidak diendahkan. Setiap kali Zara menyebut nama Hariz lelaki itu semakin rancak memukul malahan menendang perut Zara berkali-kali.

"Zara.. Ya Allah! Ya Allah.."

Fara terus rebah. Mereka kelam kabut mengangkat Fara masuk ke dalam rumah. Adami menangis semahu-mahuny dia sudah tidak menendahkan mata-mata yang memandangnya.

Dia terus belutut di hadapan Hariz. Dia memeluk kaki lelaki itu.

"I know what I am about to ask you is selfish but please cancel your wedding and save my daughter," rayunya.

Hariz turut berlutut. Dia memeluk Adami kuat.

"Hariz janji Hariz akan selamatkan Zara," Hariz meyakinkan lelaki itu.

Anntonette menepuk-nepuk lembut pipi Zara selepas lelaki itu membelasah Zara tadi. Air matanya mengalir deras.

"Zara bangunlah dik. Akak minta maaf ye. Bangunlah.." rayunya.

"Zara jangan tinggal akak seorang-seorang. Akak takut," dia menyeka air matanya.

Zara masih tidak sedarkan diri. Anntonette memeluk gadis itu. Esak tangisnya memenuhi bilik tempt mereka dikurung.

Lelaki itu tidak mempunyai hati perut. Setiap hari dia akan memukul mereka mengikut moodnya. Sekiranya hari itu dia terlalu merindui Khaliesha dia akan memukul Anntonette hanya kerana Anntonette dan Khaliesha bersahabat baik.

Ada hari lain pula Zara yang menjadi punching bag lelaki itu terutamanya semasa dia terlalu marah pada Hariz. Selepas mereka dipukul, dia akan mengambil gambar kedua-dua kecederaan mereka.

"Apa yang kau termenung tu haah!" Jerkah lelaki itu.

Anntonette terkejur. Badannya terus mengeletar. Lelaki itu menarik rambut Anntonette kemudian mengheret ke satu sudut. Dia menampar Anntonette kemudian mencengkam dagunya.

"Kalau aku datang esok dia dah mati. Aku bunuh kau!"

Lelaki itu menghempas kepala Anntonette di dinding kemudian menendang kakinya.

Anntonette terbayang wajah ibunya yang sedang sakit. Hatinya rawan. Perasaan bersalah dan rindu menjadi satu.

"Maafkan Ann ma.. Ann rindu mama,"

Anntonette menangis. Dia memeluk lututnya sambil menangis. Terasa hendak berputus asa namun digagahi demi ibunya.

Janji Seorang SahabatWhere stories live. Discover now