Janji Seorang Sahabat 61

490 27 4
                                    

Nathaniel dan Zara masih di sana. Masing-masing hendak melihat matahari terbenam. Kopi yang dibeli Nathaniel dihirup Zara perlahan-lahan.

"Kenapa nama awak tak ada nama uncle Steven?" soal Zara tiba-tiba.

"Kan saya dah kata dia tu bapa tiri saya. Awak lupa eh?" Nathaniel menjawab tanpa memandang Zara.

Zara terus teringat kali pertama mereka berjumpa. Nathaniel ada menyebut tentang bapa tirinya.

"My dad passed away when I was 2 months old. My mom have to carry me to work as a cleaner at papa's office because she retired early from the industries to be my daddy's wife. Papa was working there and fall in love with mummy and decided to get married," cerita Nathaniel.

"Did Stephanie and Kevin knows?" soal Zara.

Nathaniel mengangguk. Dia menghirup perlahan kopi di tangannya.

"Dia orang tahu tapi sebabkan kami membesar bersama dia tak pernah mention yang saya ni lain bapa,"

Nathaniel mengesat tepi bibir Zara dengan tisu selepas gadis itu meneguk minumannya. Zara terdiam.

"Saya sangat sayangkan mummy. Saya sanggup buat apa sahaja untuk my mum that's why I decided to came here for her,"

"Setiap kali saya fikir pengorbanan my mum saya jadi sedih. Saya nak bahagiakan my mum sebab tu saya lepaskn peluang belajar kat Malaysia," ada getar dalam suara Nathaniel.

"How about girlfriend?" Zara cuba menukar topik.

"I have no girlfriend but I'm actually love someone but I haven't confess to her," katanya dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Berbeza dengan wajahnya semasa bercerita tentang Maggie.

"Why?" soal Zara

"Dia ada boyfriend ke? Ke awak takut nak bagitahu dia?" soal Zara lagi.

Nathaniel memandang Zara tidak berkedip kemudian dia melutut di hadapan Zara. Dahi Zara berkerut.

"Let's practice. Awak jadi dia ya,"

Zara mengangguk sambil ketawa. Dia pula teruja mahu mendengar pengakuan lelaki itu buat bakal kekasihnya.

"I want to tell you being with you is simply the best way for me to spend my life. And I want you to know that I love you today and for all of my tomorrows,"

Lama mata mereka saling bertatapan. Nathaniel meraih tangan Zara. Jantung Zara mulai berdegup kencang.

"Things can come and go I know but baby I believe. Something's burning strong between us makes it clear to me," sambung Nathaniel lagi.

Zara tergelak. "Itu bukan lagu Westlife ke? I wanna grow old with you?"

Nathaniel tertunduk. "Awak ni! Kalau tahu pun tu lagu westlife can you just play along?" Dia ketawa.

Gelak tawa mereka bersatu. Zara memukul bahu Nathaniel. Dia meminta maaf tapi gelaknya masih bersisa. Nathaniel terus duduk semula di sebelah Zara.

"Sorry.. Saya peminat Westlife jadi bila dengar lirik tu memang terus dapat tangkap," Zara tergelak lagi.

"Okay. Let's talk about you," Nathaniel menjungkitkan keningnya.

"Okay. Apa awak nak tahu?" Zara pun menjungkitkan kening.

"Everything. I'm curious about you," Nathaniel menjawab.

"Zara Aulia, I'm 25 and I have a degree in Biomeds. Mummy dengan daddy saya bercerai and I was living with my mum until recently. I decided to live with my daddy. And you know what happen," Zara tersenyum.

Janji Seorang SahabatWhere stories live. Discover now