Janji Seorang Sahabat 34

506 18 0
                                    

Zara memisat-misat matanya seraya menjawab panggilan telefonnya yang tidak berhenti berdering.

"Hello," suara Zara sedikit serak.

"Laa... Tidur ke?" suara lelaki di hujung talian cukup dikenalinya.

Zara tidak menjawab. Dia menapak keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu di tingkat atas. Rumahnya yang gelap itu terang benderang selepas Zara menekan suis lampu.

"Zara?" panggil Hariz lembut.

"Em...,"

Zara menuruni tangga. Lampu rumah di tingkat bawah juga dipasang. Kemudian, dia perlahan-lahan meniti tangga menuju ke biliknya.

"Jom keluar," ajak Hariz.

Mendengar ajakan Hariz, hatinya sakit kembali. Apatah lagi selepas terkenangkan Mikaeda tengah hari tadi.

"Jomlah. Aku dah ada kat depan rumah kau ni,"

Zara bangkit dari katilnya menuju ke tingkap. Dia menyelak sedikit langir biliknya. Kereta Audi Q7 Hariz berparkir di hadapan rumahnya.

"Nak pergi mana? Aku mengantuk ni," bohong Zara.

"Hai, bukan kau baru bangun ke? Jomlah keluar. Sekejap je," pujuk Hariz.

Zara mencapai tualanya yang bergantung di tepi almarinya kemudian diletakkan di atas bahu. "Aku belum mandi,"

"Tak apa. Aku tunggu,"

Selepas 30 minit bersiap, Zara berlari anak menuju ke kereta Hariz. Hariz memandang Zara dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan Zara.

"Kenapa pakai t-shirt je?" Hariz melemparkan senyuman yang dibuat-buat.

Zara mendengus. Dia memandang dirinya dari atas ke bawah kemudian memandang Hariz dengn jelingan tajam.

"Nah, pakai baju ni!"

Bakul kertas hitam itu bertukar tangan. Zara terus masuk semula ke dalam rumahnya.

Usai menukar baju, Zara terus masuk ke dalam kereta. Hariz tersenyum. Dia tidak menyangka gaun turquoise yang dipilih Hanez nampak cantik di pakai Zara.

"Haah! Macam inilah baru lawa," puji Hariz.

Dia memandu laju keluar dari perumahan Taman Selesa menuju ke destinasi seterusnya. Hariz mengerling ke arah gadis di sebelahnya yang sedari tadi tidak bersuara. Entah apa sahaja yang ada dalam fikiran dia ni, gumamnya dalam hati.

"Kau tak nak tanya ke kita nak makan kat mana?" Hariz bertanya memecahkan kesunyian.

Zara tidak menjawab. Hariz memanggil nama Zara berulang kali sambil menguis bahu gadis itu. Zara tidak berkutik.

"Amboi... Sombongnya," Hariz kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

Zara mengerling ke arah lelaki bersuara garau itu lalu dia menjerit sekuat hatinya. Hariz terus menghentikan keretanya di tepi jalan.

Zara terkekeh-kekeh ketawa saat terpandang wajah panik Hariz. Dia memegang perutnya yang senak kerana ketawa tidak berhenti. Mencerlung mata Hariz merenung Zara.

"Zara! Kalau ada apa-apa tadi macam mana?" marah Hariz. Jantungnya masih berdetak laju.

Zara yang asyik ketawa terdiam apabila wajah Hariz bertukar serius. Dia menundukkan kepalanya.

"Atas jalan raya tak payah nak bermain macam itulah. Bahaya tahu tak?" Hariz mula membebel.

"Kalau kita accident macam mana? Kau ni macam budak-budaklah," tambahnya lagi.

Janji Seorang SahabatDove le storie prendono vita. Scoprilo ora