Janji Seorang Sahabat 20

593 20 1
                                    


Hari cuti sepatutnya dimanfaatkan dengan duduk berehat di rumah melayari laman You Tube atau tidur. Namun pada hari itu, Hariz memilih untuk menghabiskan masa dengan Zara. Apatah lagi selepas perbualan anatara dia, Mikaela dan Hoya malam semalam.

"Aku syak memang ada orang target Zara ni," kata-kata Hoya dipersetujui Mikaela.

"Kak Ann cakap memang on-call malam tu tapi awak kata masa sampai awak tak nampak dia dengan staff yang lain,"

"Kau tahu tak dia orang dapat sticky notes dengan kunci stor tu," Hoya memaklumkan hal penting itu pada Hariz.

Setelah mencantum semua cerita itu, Hariz dapat merasakan semua kejadian ini memang dirancang seseorang cuma yang mereka tidak tahu, siapa perancang rancangan jahat itu.

Apabila sampai di rumah teres dua tingkat itu. Hanya dia, Jenna dan Zara sahaja yang berada di rumah. Hariz mengetuk pintu bilik Zara lembut.

"Zara, are you up?" panggil Hariz.

"What do you want?" garau suara Zara. Ternyata dia masih dibuai mimpi.

"Kau pakai baju tak? Aku masuk tahu,"

Perlahan-lahan dia membuka pintu sambil menutup matanya. Zara membaling sebiji bantal ke arah Hariz. Dia mengadu kesakitan.

"Kau nak apa?" tanya Zara.

"Ya good morning to you too!" Hariz mengosok kepalanya yang terhantuk di tepi pintu tadi.

Zara mengeliat sambil menguap. Hariz menepis muka Zara perlahan.

"Tutup mulut boleh tak?"

Zara menjeling tajam. Mereka berdua menuju ke tingkat bawah.

"Apa kau nak pagi-pagi ni?" Zara duduk di sebelah Hariz.

Hariz membasahkan ibu jarinya kemudian mengosok tepi bibir Zara yang berkerak. Zara membatukan dirinya. Dia benar-benar mengantuk namun digagahi juga untuk melayan lelaki itu.

"I need my beauty sleep," Zara berkata lagi.

"Kau dah okay ke?" soal Hariz.

"Polis ada call auntie Fara tak?" soalnya lagi

"Okay je. Tapi, aku agak pelik sebab Khaliesha asyik tanya pasal aku. Entah dari mana je dia dapat nombor telefon aku, hari-hari tanya aku dah sihat ke belum?"

"Okaylah tu, yang penting dia care dengan kau.Tak gitu?" soal hariz lagi kemudian mengenyitkan matanya.

"Aku rasa dia nak perhatian kau je kot," Zara membersihkan matanya.

" Aku pun dapat rasa dia agak pelik beberapa hari ni especially after insiden kau dengan stor tu. Dia asyik jumpy je," terang Hariz.

"Dua hari lepas kot, dia macam panik gila so aku ketuk cermin kereta dia nak tanya kenapa? Dia tiba-tiba menjerit macam nampak hantu," Hariz tekun bercerita.

"Eh, polis ada call auntie Fara tak?" soalnya lagi sekali lagi.

"Ada. Tapi polis cakap tak jumpa apa-apa yang pelik. Cap jari pun tak jumpa," Zara mengaru kepalanya.

"Amboi anak dara ni, kot ye pun nak berbual pergilah gosok gigi dulu ke mandi ke," tegur Jenna.

Zara tersenyum kemudian berlari naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Tidak lama selepas itu, Fara datang bersama seorang lelaki yang berkaca mata, mempunyai ketinggian yang sama dengan Hariz dan sedang memegang beg kamera.

Selepas Fara mengenalkan Hariz pada lelaki itu, lelaki yang bernama Alfie yang bekerja sebagai jurugambar bebas itu meminta izin untuk menggunakan tandas.

"Auntie Jenna dalam tandas, apa kata awak guna tandas kat atas," Hariz berkata diikuti anggukan Alfie.

"Arghhhh!" suara Zara memenuhi rumah dua tingkat itu.

Hariz dan Fara berlari naik ke tingkat atas. Zara kelihatan sedang memegang kerusi hendak memukul Alfie. Alfie melutut merayu agar dia tidak dipukul.

"Ya Allah! Zara.." Fara mengambil kerusi itu dari tangan anak gadisnya kemudian menyuruh Alfie untuk berdiri.

"Ini Alfie, freelancer photographer,"

"Alfie, this is my one and only daughter, Zara Aulia,"

Mereka bersalaman. "I am really sorry. I nak pergi toilet lepas tu I ternampak buku-buku Sara Shepard awak ni. Sedar-sedar I dah ada dalam bilik awak. Sorry,"

Zara tersenyum manis, mukanya merah padam.

"Tak apa. Saya pun nak say sorry juga. Terkejut sangat sebab tiba-tiba ada stranger dalam bilik,"

Serentak Alfie dan Zara ketawa. Hariz mencekak pinggangnya. Bukan main lembut lagi kau bercakap ya Zara.

Zara tidak henti-henti tersenyum semasa berbual dengan Alfie, Hariz asyik menendang kaki gadis itu.

"Saya peminat setia Pretty Little Liars tapi tv siri jelah. Buku belum pernah baca lagi," lembut sahaja suara Alfie.

"Lepas ni, bolehlah saya pinjam buku-buku dari awak kan. Boleh ke macam tu Fara?" Alfie menghadiahkan senyuman manisnya kepada dua beranak itu.

Zara menyelitkan rambutnya di tepi telinganya. Setiap kali lelaki itu melemparkan senyumannya, Zara seperti berada di awang-awangan. Fara mengangguk sahaja menjawab soalan Alfie.

"Saya nak minta dirilah ye, tak boleh lama. Saya ada flight nak ke Tawau petang ni," Alfie menghulurkan tangannya kepada Fara.

"Ya, thank you for coming. Sorry menyusahkan you je," Fara meyambut tangan Alfie.

Alfie menyalami Zara sambil tersenyum manis. Hariz menarik kasar tangan Zara kemudian dia menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.

Selepas Alfie meninggalkan kawasan rumah Zara, Hariz memandang Zara dengan pandangan sinis. Senyuman Zara yang manis serta merta hilang.

"Apa benda ni?" soal Hariz sambil mengulang semula gaya Zara menyelitkan rambut di telinganya.

"Benda apa?" soal Zara pula. Alat kawalan jauh tv ditekan berulang kali mencari rancangan yang sesuai.

"Ohh.. Kura-kura dalam perahu, cik Zara kita ni pura-pura tak tahu," sekali lagi Hariz mengulangi perbuatan Zara.

"Stop it!" Zara membaling bantal kecil tepat ke muka Hariz.

"Cepat je kalau nampak lelaki handsome. Sampai bersalam pun tak nak lepas," bebel Hariz.

"Boleh diam tak pak cik?" jeling Zara.

"So, you watch pretty little liars? Cool!" Hariz meniru suara Zara.

Zara menerjah Hariz kemudian menarik rambutnya sekuat hati. Hariz menjerit memanggil Fara.

"Kenapa ni? Zara?" Fara berlari menuruni tangga.

"Help me.." Hariz merayu.

"Zara.." Fara bersuara tegas.

Zara melepaskan gengaman tangannya kemudian mendengus. Mahu sahaja diganyang cukup-cukup lelaki itu nasib baik ada ibunya.

"Oh, I don't feel like looking at your hideous face right now. Why don't you go home!" Zara meninggalkan Hariz.

"Wei, takkan gurau sikit tak boleh wei?" Hariz separuh menjerit.

Zara tidak menyahut. Hariz menongkat dagunya.

"Aku balik dah ni," jeritnya lagi.

Zara tidak menyahut. Dengan lemah, dia melangkah keluar menuju ke keretanya dan memandu terus balik ke Hartamas Height.

Di sebalik tabir matanya, wajah Alfie dan wajah Zara silih berganti. Ah sudah! Hati aku ni dah rosak agaknya.

Janji Seorang SahabatWhere stories live. Discover now