Fara dan Mikaela bergegas menuju ke Hartamas Height sebaik sahaja mendapat panggilan dari pihak polis Zara berada di Hartamas Height. Hampir seminggu gadis itu menghilang. Semua orang dalam kerisauan kerana takut kejadian dahulu berulang kembali.
"Apa yang Zara fikir buat macam ni? Kenapa tak call mummy?" suara Fara sedikit meninggi.
"Kenapa mummy tak cari kat sini?" jawab Zara perlahan.
"Sebab beg Zara ni kat rumah nenek! Kunci rumah semua kat sini!" Fara melemparkan beg Kate Spade berwarna coklat muda di paha Zara.
"Zara ada spare key kat dalam keretalah. Mummy tak tahu ke?" jawab Zara lagi.
"Suka sangat menjawab. Mummy tampar kang," Fara menaikkan tangannya namun cepat-cepat ditahan Mikaela.
Air mata Zara mengalir deras. Dia tahud ia telah menyebabkan semua orang dalam kerisauan tetapi dia memerluakn ruang. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kerana bimbang dia akan menukar fikirannya.
"Terima kasihlah encik carikan anak gadis saya ni. Dia pernah kena culik dulu sebab tu saya risau sangat," Fara berulang kali mengucapkan terima kasihbkepada pegawai polis itu.Selepas pegawai polis itu balik, Fara meminta Zara mengemaskan semua barangnya. Mikaela hanya memerhatikan Zara dan Fara bertekak terus masuk ke dalam bilik Zara. Seminit kemudian Zara masuk dengan pipinya dibasahi air mata.
"Sejak kau balik dari Korea ni aku tengok kau cepat sangat menangis. What happen to my old friend?" soal Mikaela sambil melipat baju Zara.
"Ada je. Cuma lain version je," jawab Zara sambil tersenyum.
"Cepat sikit!" jerit Fara dari luar.
Kelam kabut mereka berdua mengemas. Selesai saja mengemas, mereka menuju ke Taman Selesa. Zara terlopong. Ruang tamu rumh mereka sudah tersedia pelamin mini unutk majlis pertunangannya. Beberapa orang dari kampun termasuk Afinah dan Diana berada di sana sedang membungkus kek cawan perisa red velvet masuk ke dalam plastik putih.
"Haah! Kenapa mengada sangat nak lari bagai ni? Nak kena dengana ku budak ni," Zainab berdiri mendekati Zara.
Telinga gadis itu ditarik. Zainab dan Afinah mulai membebel. Marah dan risau menjadi satu. Zara memandang Fara namun wanita itu mengelak pandangannya. Puas membebel, Zara akhirnya dilepaskan. Sebelum menaiki tangga ke biliknya dia memandang lama mini pelamin tersebut. Matanya mulai terasa panas. Cepat-cepat dia masuk ke dalam biliknya.
Gaun berwarna dusty pink tergantung indah di belakang pintu biliknya. Kasut bertumit dengan renda berwarna kuning air disentuh dengan hujung jari. Air matanya menitis lagi. Wajah Hariz seperti berada di hadapannya sedang merenung anak matanya dalam-dalam.
"Kenapa kau tak nak terima aku Zara?" soal Hariz
"Aku tak nak hampakan mummy,"Zara mengesat mata dan hidungnya.
"Kau tak cintakan aku?"soal lelaki itu lagi.
"Aku cintakan kau tapi aku takut. Aku takut terluka lagi. Aku takut kalau akau salah dalam membuat keputusan" jawab Zara.
"How will you know if it's the right decision if you never make it?" Hariz berkata.
Zara menangis. Apabila dia mengangkat kepala bayangan Hariz hilang. Ketukan di pintu bilik mengejutkan Zara cepat-cepat dia mengesat air matanya.
"Aku nak balik dah ni," Mikaela mengusap lembut rambut Zara.
"Aku tak nak bertunang dengan Yusuf. AKu tak cintakan dia," Zara terus memeluk Mikaela.
Mikaela mengusap lembut bahu sahabatnya itu. Dia meleraikan pelukan. Dia memegang kedua belah pipi Zara.
"Habis tu kau nak bertunang dengan siapa?" Mikaela memandang tepat ke anak mata Zara.
"Hariz. Aku cintakan Hariz," Zara mengaku.
Air matanya bergenang lagi. Apabila menyebut nama lelaki itu lemah lututnya. Dia menekup mulutnya agar tidak kedengaran di tingkat bawah.
"Tapi semua dah terlambat. DIa dah bertunang dengan Julie kan?" Zara meletakkan kepalanya di atas lutunya.
Mikaela diam. Tangannya sahaja tak henti mengusap lembut bahu Zara untuk menenangkan hati Zara.
"Apa aku nak buat ni Kay? Aku takut aku tak boleh cintakan Yusuf," bahunya bergegar-gegar menahan suaranya.
Mikaela memeluk gadis itu lama. Rasa kasihan mengunung buat gadis itu. Dia hanya diam seribu bahasa. Selepas yakin Zara sudah tenang dia terus beransur balik. Esok majlis pertunangan Zara akan berlangsung.
"Auntie, kay dah nak balik ni. Nanti esok Kay datang awal-awal ye," Mikaela menyalami tangan semua yang ada.
"Okay. Rasanya semua dah settle ni," Fara memandang sekeliling ruang tamunya.
"Cepat juga auntie prepare semua ni kan?"Mikaela menepuk tangan Fara.
"Masa kita mengemas barang-barang Zara tu auntie dah call dia dengan uncle Adami. Auntie suruh diaorang berdua panggil orang buat pelamin tu," Fara ketawa.
"Barang hantaran semua macam mana auntie? Dia dah sediakan ke?" soal Mikaela pula.
"Dah.. Semua dah sedia, tapi auntie nak minta tolong Kay boleh?" pinta Fara. Mikaela mengangguk.
"Nanti tolong ambilkan hantaran kat rumah dia. Esok pagi Kay datang awal juga kan?" soal Fara lagi.
Mikaela mengangguk kemudian gadis itu meminta diri untuk balik. Sebelum meninggalkan perkarangan rumah Zara dia berdoa agar hari esok akan berjalan dengan lancar demi sahabat baiknya yang sudah berkali-kali terluka itu.
Telefon bimbit Mikaela menjerit-jerit minta dijawab. lekas-lekas Mikaela memakai earpiece. Sebaik sahaja mendengar suara pemanggil dia sudah tahu siapakah orangnya.
"Ya! We found her at her condo. You don't have to worry,"
"She's okay. By the way, I'm going to your place right now,"
"Ya. Auntie ask me to take all the hantaran,"
Usai bertukar salam, dia terus menuju ke Taman Everclicked. Dalam masa setengah jam, dia sudah berada di hadapan rumah berpagar kayu itu. Kereta Range Rover merah kelihatan di garaj. Beberapa minit kemudian, Yusuf keluar membawa dulang yang dipenuhi barang-barang untuk hantaran lelaki.
"Thank you," ucap Mikaela.
"Your welcome," jawab Yusuf dengan senyuman di bibir.
"What time we should go there?" soal Yusuf sebelum menutup pintu kereta Mikaela.
"Around 10 or 9 am. Don't be late! I'm afraid Zara will run away again,"
Selepas bertukar salam, kereta Mikaela meluncur laju menuju ke rumahnya. Hatinya berdebar-debar menanti hari esok.

ESTÁS LEYENDO
Janji Seorang Sahabat
RomanceHariz Naim dan Zara Aulia sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Namun persahabatan mereka sering kali diuji dengan kemunculan cinta lama Hariz. Namun dengan kehadiran kawan sekerja Hariz yang sudah lama meminati Zara. Pintu hati Hariz diketuk da...