Stephanie dan Maggie terkejut dengan kehadiran Zara di dalam bilik Nathaniel. Zara berleter kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada dia tentang kepulangan mereka ke Malaysia.
Sambil berleter Zara mengambil bubur di tangan Maggie kemudian disuakan ke mulut Nathaniel. Nathaniel mengeleng. Zara senyum.
"Makanlah. Saya janji saya tak akan sedih-sedih. Saya cuma nak ada dengan awak macam masa saya tengah bersedih dulu," pujuk Zara.
Lama Nathaniel memandang Zara. Dia mengambil sudu itu dari tangan Zara. Dia mengeluh lagi.
"Awak tahu tak kenapa saya tak nak awak kat sini?" soal Nathaniel.
Zara mengeleng. Matanya tidak berganjak dari merenung wajah cengkung di hadapannya.
"Saya tak nak awak hidup macam saya. Saya tahu awak salahkan diri awak sebab kejadian tempoh harikan?"
Zara tunduk. Dia memilih untuk berdiam. Dia memeluk tubuhnya sambil menghadap ke luar jendela.
"I lived like that for 5 years. After Pearl died, I blame myself. I don't want you to live forever blaming yourself for something you didn't do,"
"Sakit saya ni dah ada sebelum kejadian awak diculik tu lagi," tambah Nathaniel lagi.
"Saya tak tahu nak cakap apa," Zara menjawab. Sayu hatinya mendengar kata-kata Nathaniel.
"You can promise me you will never shed a tears if I'm gone," Nathaniel senyum.
"Nonsense! Macam mana tak nangis kalau benda macam tu jadi? Even ikan emas saya mati pun saya menangis tahu!" Marah Zara.
Maggie dan Stephanie yang dari tadi menjadi penonton terus keluar sebaik sahaja topik kematian menjadi bualan kedua-duanya.
"Kalau macam tu I will do anything so you can't come. Saya sanggup tukar Hospital. Kalau awak nak terus melawat saya, awak kena bersedia untuk jadi kuat. Saya tak nak sesiapa pun menangis masa saya pergi nanti. Masa tu saya dah bebas dari kesakitan, everyone should be happy for me," ujar Nathaniel.
Zara memandang Nathaniel. Dia akui ada kebenaran dalam kata-kata Nathaniel tetapi dia tidak mahu mengaku perkara itu di depan Nathaniel.
"Promise me?" Soal Nathaniel.
"We'll see. And, you said i can visit you? Why visit? Can i stay here?" Soal Zara pula.
"No. I just want my family here not you. You have to be with your family not me," tegas Nathaniel.
Zara mencebikkan bibirnya. Banyak betul syarat bisik hatinya.
"Okay..Okay.. So, can I sleep here tonight? I didn't bring anything except this," Zara menunjukkan beg tangannya.
Nathaniel akhirnya bersetuju. Lama mereka berdua berbual Macam-macam cerita keluar ada masa mereka berdua ketawa serentak, tiba-tiba pula mereka sama-sama menangis.
"Nate kalau dah berbual dengan Zara mummy pun dahtak nampak ye." perli Maggie sambil meletakkan buah epal di hadapan Nathaniel.
"Mana ada mummy ni," Nathaniel memasukkan buah itu ke dalam mulutnya.
"Dah jam berapa ni? Zara tak nak mandi ke?" soal Maggie.
Jam di dinding sudah menunjukkan tepat jam 8.00 malam. Zara tersenyum malu.
"Zara tak ada baju,"
"Rasanya Stephanie pergi cari baju untuk kami," Maggie mengelap tangan Nathaniel.
"Hello.." Stephanie masuk ke dalam bilik dengan 3 beg kertas di tangan.
"Haah! Panjang umur," Maggie tersenyum.

STAI LEGGENDO
Janji Seorang Sahabat
Storie d'amoreHariz Naim dan Zara Aulia sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Namun persahabatan mereka sering kali diuji dengan kemunculan cinta lama Hariz. Namun dengan kehadiran kawan sekerja Hariz yang sudah lama meminati Zara. Pintu hati Hariz diketuk da...