Janji Seorang Sahabat 45

556 32 4
                                    

Hariz mengetuk pintu bilik S2 Superior Deluxe itu perlahan. Dia berdoa agar Zara yang membuka bilik sambil mengerling ke bilik sebelah yang didiami Khaliesha. Dia tidak mahu gadis itu menyedari kehadirannya di sana. Sejak mereka menjejakkan kaki d Ranau, gadis itu kelihatan terlalu manja dan bersifat keanak-anakan. Emosinya juga boleh berubah dengan sekelip mata. Naik pening dia mengenangkan gaya Khaliesha.

"Hmmm.." Zara membuka pintu bilik dengan mata tertutup sambil memisat matanya.

"Jom breakfast," ajak Hariz.

Terbeliak mata Zara sepantas kilat dia menutup pintu. Cepat-cepat dia melihat wajahnya di cermin. Zara mengapai sikat lalu menyikat rambutnya. Taik matanya dibersihkan sebelum dia membuka pintu.

Hariz masih setia berdiri di hadapan pintu bilik itu tersengih sebaik sahaja Zara dengan keadaan kemas membuka pintu sambil berdehem.

"Nak apa?" Zara bertanya tidak memandang wajah Hariz.

"Kenapa tiba-tiba malu pula aku tengok kau macam tu? Kau ni macam tak biasa," Hariz tersenyum.

Zara tidak menjawab terasa berbahang mukanya. Malu!

"Pergilah gosok gigi dulu. Kita pergi cafe," ajak Hariz lagi.

Entah kenapa Zara menuruti kata-kata Hariz. Selepas gosok gigi, dia menukar pakaiannya dan memakain jaket kerana cuaca sejuk disana.

"Nah," Hariz meletakan roti yang disapu mentega kacang di atas pinggan Zara.

"Thank you," Zara mengigit roti tadi.

Gadis itu direnung dengan perasaan sayang melimpah ruah. Buat pertama kalinya sejak dia meluahkan perasaanya pada gadis itu, Zara tidak marah-marah.

Zara tahu Hariz merenung mukanya namun dia berpura-pura tidak tahu. Kata-kata Mikaela semalam terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

"Kau memang tak nak terima Dr Hariz ke? Kesian betul aku tengok dia asyik kena marah dengan kau je. Kau jangan Zara... Sementara ada orang yang sukakan kau layanlah elok-elok,"

"Macam Dian cakaplah appreciate what you have before it turn into what you had," ujar Mikaela lagi.

Dia akui sejak lelaki itu meluahkan isi hatinya, Zara seperti tidak keruan setiap kali teringat lelaki itu dia tersenyum sendiri ada satu perasaan halus terbit dalam hatinya tetapi kerisauannya sentiasa mendahului perasaan itu.

"Kau tahu aku macam mana kan?" suara Zara sedikit meninggi.

"Ya... Aku tahu. Tapi kau ni belum apa-apa dah fikir negatif," sela Mikaela.

"Kau ingat ni main manapoly ke? Main sukahati dah game over boleh start semula? Aku sayang Hariz tapi aku tak nak rosakkan hubungan baik kami," Zara mengeleng dua tiga kali.

"Okay kalau macam tu. Tak payahlah nak marah sangat dengan Hariz kalau dia asyik layan Khaliesha. Terus terang dengan dia kau tak nak," Mikaela mengerling Zara untuk melihat reaksi sahabat baiknya itu.

Zara mengetap bibirnya. Mengenangkan gaya Khaliesha petang tadi membuatkan hatinya seperti dipukul-pukul. Zara menarik nafas dalam.

"Aku pun tak nampak point kau nak marah Hariz layan Khaliesha macam tu. Bukannya kau setuju pun nak kahwin dengan Harizkan?" Mikaela sarkastik.

"Kau kenyang ke makan tu je? Tak nak tambah ke?" Soal Hariz

Zara terkejut. Suara Hariz mematikan lamunannya.

"Aku tanya ni kenyang ke makan tu je?" Soal Hariz sekali lagi sambil menbersihkan mentega kacang di tepi bibir Zara kemudian menjilat ibu jarinya.

Janji Seorang SahabatWhere stories live. Discover now