Sudah seminggu Hariz dan Zara tidak bertemu. Mereka hanya berhubung melalui telefon sahaja. Barang-barang hantaran semuanya dibeli oleh Zara menggunakan kredit kad Hariz. Hatinya masih sebal kerana lelaki itu langsung tidak mempunyai masa untuknya sejak bertunang tempoh hari.
"Yang kau pergi ambil shift kerja macam tu kenapa? Baik sangat nak gantikan orang? Kau kata nak beli barang hantaran sama-sama," rungut Zara.
"Sorry sayang. Aku nak cuti lama so kenalah tolong member,"
Sejak bertunang Hatiz sudah menukar nama panggilan untuk Zara. Perkataan sayang sering menampar lembut gegendang telinganya.
"Kalau aku dah free kita keluar sekali ye," pujuk Hariz lagi.
"Aku tak tahu nak beli barang apa untuk kau. Tak kuasa aku nak mengurus bab kahwin semua ni," Zara mendengus geram.
"Tak baik cakap macam tu kan kita nak kahwin. Sayang uruslah dulu nanti aku dah cuti aku pula yang urus semua," lembut suara Hariz memujuk Zaea.
"Dahlah! Aku nak keluar dating! Ok bye," Zara terus mematikan talian.
Mikaela mengeleng memandang sahabat baiknya. Zara menutup mukanya dengan bantal kemudian menjerit sekuat hatinya. Tiab-tiba telefoannya berbunyi lagi.
"Apa kau nak?" Zara menyoal kasar.
"Nak dating dengan siapa?" soal Hariz pula.
"Suka hatilah . Sibuk je," Zara mengusi-guis hujung selimutnya.
"Janganlah macam ni Zara. Aku nak kerja ni pun sebab aku nak cuti lama lepas kita kahwin nanti,"
Zara diam.
"I love you so much!" tambah Hariz.
Muka Zara tiba-tiba merah. Mikaela seperti dapat mengagak apa yang dikatakan Hariz menyebabkan muka kawannya itu merah padam. Dia menekan butang loud speaker .
"When you decided to stay with you daddy I really missed you. No matter what I do I kept thinking about you. I stayed at home for a week. I physically exhausted myself. I tried hard. I tried everything to forget you. I fail miserably I still missed you,"
Mikaela menekup mulutnya. Dia melihat wajah Zara. Muka Zara seperti tidak percaya mendengar lelaki itu meluahkan perasaannya. Jantungnya berirama sumbang. Dia tidak pernah terfikir yang satu hari nanti lelaki itu akan berkata sesuatau seperti ini.
"I love you Zara. Please bear with me while I prepared for our future together, tambah Hariz.
Zara menekup mukanya. Malunya pada Mikaela mengunung. Mikaela menyiku Zara dengan muka mengejek. Zara memukul pahanya kuat. Sebelum sempat gadis itu menjerit Zara terlebih dahulu menutup mulut Mikaela.
"Hello? Zara," panggil Hariz.
Err.. Okay bye.." Zara terus mematikan panggilan Hariz.
"Sakitlah wei!" marah Mikaela.
Zara tersenyum lebar. Mikaela sekali lagi menyiku Zara. DIa sangat gembira melihat sahabat baiknya bahagia seperti itu. Dia tidak menyangka Hariz begitu romantik dalam berkata-kata. 'Semoga bahagia milik kamu berdua' ujar Mikaela dalam hati.
"Kenapa tak jawab bila hari cakap i love you?" Mikaela menyoal sambil mengosok pahanya.
"Aku geli," Zara tergelak besar.
Mikaela mengerutkan dahinya. Zara mengipas-gipas mukanya yang merah padam. Jantungnya masih berdegup kencang.
"Dahlah jom!" ajak Mikaela.

YOU ARE READING
Janji Seorang Sahabat
RomanceHariz Naim dan Zara Aulia sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Namun persahabatan mereka sering kali diuji dengan kemunculan cinta lama Hariz. Namun dengan kehadiran kawan sekerja Hariz yang sudah lama meminati Zara. Pintu hati Hariz diketuk da...