Bab1🥀

59.6K 1.3K 15
                                    


Aku berjalan dengan laju untuk menuju ke bilik mesyuarat yang tidak jauh daripada pandangan mataku.

Mata memandang ke arah pergelangan tangan sebentar. Sudah sepuluh minit aku lambat datang ke waktu sepatutnya.

Ini semua gara gara Madam Liza la ni bagi keluar lambat. Suka sangat mengajar sampai terlebih lebih masa.

Mesti semua ahli jawatan kuasa sakit hati dengan aku sebab kena menunggu aku lama di bilik mesyuarat.

Nak jalankan mesyuarat tanpa aku tak boleh pasal aku la ketua MPP Universiti ini. Jadi nak tak nak terpaksa la mereka tunggu aku.

"Aduh." Aku mengadu kesakitan apabila kepala terhentak di dada seseorang.

Kau ni kan Lysa kalau kelang kabut macam ni tak langgar orang memang tak sah kan? Rungutku dalam hati.

Ini entah siapa pula la yang kau langgar ni. Deria bau mula memainkan peranan. Ini macam bau perfume lelaki ni.

Lelaki? Cepat cepat aku mengangkat kepala memandang tuan empunya dada yang dah menjadi mangsa pelanggaran aku.

Melihat wajah tuan empunya dada membuatkan aku menjulingkan mata ke atas sekejap.

Dalam banyak banyak orang kenapa la asyik lelaki ni je yang nak langgar aku. Tak ada orang lain ke?

Dari masa zaman aku mula mula masuk Universiti ni lagi sampai dah tahun akhir ni. Asyik asyik muka dia je yang jadi mangsa langgar aku.

"Hai Lysa sayang. Saja langar I ni sebab rindu nak peluk I ke?" Kenyitan dari matanya membuatkan aku rasa meluat.

"Sorry." Tanpa menghiraukan usikkan dan tegurannya aku terus bersuara dengan malas.

"Pardon me?" Dia membalas.

"I cakap.." Belum pun sempat aku menghabiskan ayat terus ada suara yang menjerit memanggil aku dari jauh.

"Lysa cepat la." Aku melambaikan tangan memberi isyarat sekejap kepada Gina sebelum mata kembali memandang lelaki di hadapanku.

"I'm sorry. Bye." Habis berkata tanpa menoleh sedikit pun ke wajahnya terus aku berlari menuju ke arah bilik mesyuarat.

🍂🍂

"So macam mana ni? Event kita ni lagi dua bulan tau. Mana kita nak dapat sponsorship dalam masa dua bulan?

Korang bahagian sponsor ni buat kerja macam mana ni? Satu benda pun tak jalan." Suara aku sudah mula naik. Kepala terasa sakit tiba tiba dengan jawapan jawapan yang di berikan.

"Apa benda yang tak jalannya? Tak cukup ke ramai dah sponsor hadiah untuk pemenang?

Kau nak duit lagi buat apa? Dengan keadaan ekonomi sekarang kau ingat senang ke orang nak sponsor duit?" Mata aku tajam memandang ke arah Izzat yang bersandar santai di kerusi tidak jauh dari aku.

Izzat ni memang jenis tak puas hati dengan aku dari awal awal aku dilantik sebagai ketua MPP lagi.

Nak buat macam mana dah memang ramai yang mengundi aku dari dia masa pilihan raya dulu sebagai ketua.

"Memang kau nak bayar segala benda yang kita sewa nanti dengan hadiah kan? Fikir otak sikit la jat. Jangan bodoh sangat." Kali ini Izham pula bersuara.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now