Bab31 🥀

14.8K 686 59
                                    

Hilman POV

Aku menyandarkan badan di kepala katil sambil mata memandang Sofea yang masih lena di sebelah.

Senyuman sinis aku mula terbentuk melihat tubuh Sofea yang tidak ada seutas benang kain pun menutup badannya.

Masuk Sofea disebelah aku ini dah entah yang ke berapa puluh perempuan telah aku rosakkan.

Tak aku sangka rupanya banyak perempuan yang senang sangat nak di bawa tidur ke katil. Cukup bagi ayat ayat manis terus jadi lemah.

Nak pula muka aku cukup pakej dan ada rupa dengan aku yang mempunyai nama dalam bidang perniagaan.

Terkenal di seluruh Malaysia disebabkan berjaya pada usia yang masih muda. Lagi la senang perempuan cair dengan aku.

"Sayangg.." Mata kembali memandang Sofea di sebelah apabila Sofea memanggil sambil tangannya merangkul pinggangku.

"Yes baby why?" Aku usap manja tangannya yang berada di pinggangku.

"Nothing." Sofea memberi senyuman manisnya padaku. Aku ketawa kecil sebelum menarik hidungnya manja.

"Mengada. Dah sambung tidur you balik. Awal lagi ni nak bangun."

"Pukul berapa sekarang ni sayang?" Sofea bertanya perlahan di dadaku dengan matanya kembali tertutup.

Tangan mengapai telefon bimbit di meja kecil di tepi katil. Berkerut dahiku apabila melihat 10 panggilan tidak berjawap daripada Qay dan 4 notification daripada aplikasi Whatsapp.

Dah kenapa Qay call aku banyak kali ni? Ada apa apa benda yang kecemasan ke? Belum sempat hendak membuka aplikasi whatsapp Sofea bersuara.

"Sayangg?" Panggilan Sofea membuat aku tersentak.

"Ha ye baru pukul 4 pagi ni. You tidur la balik baby." Aku tepuk manja belakang badan Sofea.

Apabila melihat Sofea sudah kembali terlena aku kembali mencapai telefon bimbitku di meja kecil bersebelahan katil.

Tanpa tunggu lagi aplikasi Whatsapp aku buka dan aku baca satu persatu ayat daripada Qay.

-Man mana kau? Aku call tak angkat
-Woi aku ada benda penting nak ckp ni angkat la call
-Bodoh angkat la!! 😠
-smpai bila kau nak rosakkan anak dara orang ni man?

Menggeleng kepala aku membaca ayat ayat daripda Qay. Ingatkan apa la yang penting sangat rupanya tak ada benda penting pun.

Daripada aku melayan Qay ni baik la aku sambung tidur aku balik. Baru sahaja hendak meletakkan telefonku di tepi katil tiba tiba ia berbunyi kembali. Tanda ada notification masuk.

-she is back.

Jantung terasa berdebar membaca tiga perkataan yang di hantar oleh Qay. Tetapi cepat aku menggelengkan kepala cuba menghilangkan bayangan wajahnya. Tak mungkin. Tak mungkin dia balik.

+who?

Balasku pada Qay. Sementara menunggu Qay membalas aku memejamkan mata cuba menenangkan hati.

Bayangan perempuan bertudung yang aku nampak di KLIA tengahari tadi ketika mengambil Sofea kembali terimbas.

Wajahnya seperti aku kenal sangat. Tapi tak mungkin dia. Dia yang aku kenal bukannya bertudung pun.

Tapi raut wajah dia. Mata dia aku kenal sangat. Walaupun empat tahun dah berlalu tak bermakna aku dah lupa raut wajah dia.

Dia la penyebab kenapa aku jadi macam ni sekarang. Sebab dia la aku benci perempuan. Sebab dia hati aku mula pasang dendam pada manusia yang bergelar perempuan.

Semuanya sebab dia. Kalau dia tak tinggalkan aku dulu aku tak akan jadi macam sekarang ni.

Aku capai kembali telefonku dengan sedikit tergesa gesa apabila terdengar ia berbunyi lagi sekali.

-Alysa. She's back kali ni untuk selamanya. Gina bagitau aku.

Gambar yang di hantar oleh Qay aku download. Nafas aku turun naik dengan laju memandang wajahnya yang sudah bertudung.

Maknanya memang betul la tadi masa dekat KLIA tengahari tadi tu dia. Bukannya orang lain.

Tangan aku genggam cuba menahan rasa marah. Dengan perlahan aku tolak Sofea ke tepi sebelum bangun daripada katil menuju ke bilik air.

Sebaik sahaja sampai di dalam bilik air terus aku pandang wajah aku di cermin.

"Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa Alysa. What you give you'll get back. Jangan ingat kau boleh lari."

Senyuman sinis mula terbentuk pada wajah. Otak mula berfikir bermacam macam rancangan untuk merosakkan perempuan yang dah berjaya buat hati aku hancur teruk disebabkan dia empat tahun lepas.

Walaupun empat tahun sudah berlalu tetapi luka pada hati aku tak pernah sembuh sampai sekarang.

Kau tunggu Alysa. Kau tunggu.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now