Bab46🥀

18.6K 564 39
                                    


Hilman POV

Aku mundar mandir di hadapan bilik pembedahan dengan perasaan yang resah dan risau.

Sudah empat jam Alysa berada di dalam bilik pembedahan. Doktor yang merawat pun tidak keluar keluar dari tadi buat hati aku makin dihimpit rasa penyesalan yang bukan sedikit.

Mata aku bawa memandang kedua tangan dan baju yang masih mempunyai kesan darah di kepala Alysa. Tanpa dapat tahan air mata mengalir dengan lebat.

"Baby I mintak maaf. Tolong maafkan I. I tak nak kehilangan you." Teresak esak aku menangis di bangku kerusi yang tersedia di tepi bilik pembedahan.

"Hilman." Kepala yang dari tertunduk mengalirkan air mata aku angkat apabila terasa pegangan pada bahuku.

Aku pandang satu persatu wajah yang ada di hadapan aku ketika ini dengan kaburan air mata.

Ada keluarga Alysa dan juga keluarga aku. Mata aku bawa memandang wajah mama Alysa yang keruh tajam menikam ke dalam mataku.

"Macam mana Lysa?" Mama Alysa memecahkan kesunyian dengan suara tegasnya.

"Hilman tak tau. Dah empat jam Lysa dekat dalam tak keluar lagi." Perlahan aku membalas. Suara sudah menjadi semakin serak hasil dari tangisan.

"Macam mana boleh jadi ni? Cuba Hilman cerita dengan mummy." Mummy memujukku dengan tangannya mengurut lembut bahuku.

Tak tunggu lebih lama lagi aku terus membuka cerita tentang kejadian tadi. Tidak ada satu pun yang tertinggal.

Kedengaran suara suara beristighfar panjang setelah aku menghabiskan cerita aku.

"Hilman tau Hilman salah. Nak uji Lysa sangat tapi tengok la apa jadi sekarang ni." Tangisan aku yang tadi sudah sedikit reda kini kembali kedengaran.

"If anything happen to my daughter, I'll never forgive you Hilman." Marah mama padaku.

"Dah la tu. Anak kita dekat dalam tengah struggle lawan sakit you dekat sini marah marah Hilman pulak. Dari you marah baik you doa anak kita boleh survive." Kali ini papa menyampuk pula dengan suara yang tenang.

Aku tau dalam tenang tenang papa sebenarnya papa pun sama tengah marah aku macam mama.

Setelah lima jam menunggu bersama sama dengan keluarga yang lain, akhirnya pintu bilik pembedahan terbuka juga.

Tak tunggu dengan lebih lama lagi pantas sahaja kaki aku bawa laju berjalan ke arah doktor.

"Doktor macam mana isteri saya doktor?" Kabut aku bertanya dengan kedua tangan naik memegang kedua lengannya.

"Anak saya macam mana doktor?" Mama juga ikut sama bertanya.

"Semua keluarga ada di sini ke?" Tanya doktor Hazim padaku dan matanya meliar memandang kesemua keluarga yang sama sama menghampiri doktor Hazim.

"Ye semua keluarga ada disini." Kali ini Amir pula bersuara.

Doktor Hazim menggangukkan kepalanya beberapa kali sebelum wajahnya mula kelihatan sedikit sedih.

Hati aku mula rasa tak sedap bila melihat wajah doktor Hazim yang dah berubah.

"I'm sorry. We already did our best but allah lebih sayangkan puan Alysa."

Terduduk aku mendengar perkhabaran dari doktor Hazim. Air mata mengalir dengan lebat tidak mahu berhenti.

Jantung bagai berhenti dari berdegup. Nafas seolah olah tidak boleh bernafas. Hati seperti sudah mati.

"No its just a joke kan doktor? Tak mungkin isteri saya meninggal. Saya tak percaya. Doktor bergurau je kan?" Lirih suaraku bertanya.

Mataku memandang matanya tepat merayu supaya semuanya hanya penipuan.

"Saya minta semua redha dengan pemergian puan Alysa. Arwah telah meninggal dunia pada pukul 5.50 petang tadi." Perlahan suara doktor Hazim berbicara.

"Ya allah anak aku!! Alysaaa!! Kenapa tinggalkan mama Lysa??" Jerit mama.

"Ni semua kau punya pasal. Sebab kau anak aku mati. Semua sebab kau Hilman. Dari dulu lagi aku benci kau. Kau memang tak guna." Pukulan mama bertubi tubi di badanku aku biarkan sepi.

Mataku terpejam menahan sakit di pukul. Dapat aku rasakan air mata lebat mengalir di kedua dua pipi sebelum pandanganku gelap.

🔹


Okay tipu je ada lagi 1 bab lagi sebelum tamat and please dont hate me 🙂🙏🏼

ALYSA✔️Where stories live. Discover now