Bab17🥀

18K 814 17
                                    


AMARAN!!

BAB INI MEMPUNYAI KATA KATA KESAT/CARUTAN!!‼️🔞‼️

🍂🍂

"You ni comel la Lysa." Hilman berkata sambil tangannya mencubit kedua belah pipiku.

Aku mengerutkan dahi mendengar pujiannya. Comel? Aku yang punya lawa macam ni dia kata comel?

Bukan tak suka kena puji comel oleh Hilman tapi seriously comel? Pantas tangan aku menolak kedua tangan Hilman yang ada di pipiku.

"Kenapa ni sayang? Tak suka I kata you comel ke?" Hilman bertanya.

Wajahnya sudah dirapatkan dengan wajah aku membuatkan aku menjauhkan diri sedikit daripada dia.

Kepala aku toleh pandang sekilas ke arah Gina dan Qay yang sudah tersenyum sinis memandang aku dan Hilman.

Aku berikan jegilan kepada mereka tanda amaran sebelum memandang Hilman kembali.

Ish Hilman ni kan kut ya pun nak rapat rapat dengan aku cuba la tengok kiri kanan tu sikit. Tak pasal pasal aku juga yang rasa malu macam sekarang ni.

"Seriously Hilman I comel?" Aku memandangnya dengan wajah serius.

"Yela comel." Hilman juga ikut serius memandang aku.

"I tak comel la but I am pretty, I am beautiful. I am queen livin la vida." Aku bernyanyi kecil sambil tangan mengibas rambut.

Hilman sudah mengekek ketawa sehingga pelajar pelajar lain yang ada di dalam bas tertoleh memandang ke arah kami di belakang.

"Sorry sorry." Hilman berdehem kecil sebelum meminta maaf.

Apabila semua orang kembali memandang hadapan dan membuat hal masing masing, tangan Hilman kembali merayap di pipi aku. Kali ini dia mencubit perlahan.

"Nakal kan you ni? Saja nak malukan I ke apa tadi tu?" Masih lagi ada sisa tawanya semasa menyoal aku.

Comel. Detik hati aku apabila melihat Hilman ketawa. Matanya nampak sepet bila ketawa.

"Memang saja pun. Tu balasan sebab you buat buat tak nampak I tadi." Aku memeluk tubuhku tanda tidak puas hati.

"Aik I pula kena balasan? Habis you tak fikir pulak you sedap sedap sembang dengan Qay biarkan I macam tunggul dekat sini langsung tak tegur." Kali ini kedengaran pula nada tidak puas hati Hilman.

Jujur cakap memang aku langsung tak perasan Hilman ada sekali. Patut la dia dok tenung tingkap je tadi. Rupanya terasa dengan aku sebab tak tegur dia. Nampaknya aku memang kena pakai cermin mata la lepas ni.

Hilman juga aku lihat memeluk tubuhnya dan mukanya sudah mula masam memandang aku.

Eeii geramnya aku dengan Hilman. Tadi ikut tiru aku buat muka serius. Sekarang tiru aku peluk tubuh pulak.

Dengan bibir muncung. Muka masa tak puas hati. Buat aku tambah tambah geram jela. Dah la buat muka macam tu nampak comel je.

Tanpa dapat tahan lagi terus tangan aku merayap mencubit perlahan lengannya.

"Aduh." Hilman mengadu kesakitan dan aku pula mengawal ketawa dengan perlahan. Tak nak kejadian tadi berulang kembali.

"Mengada kan tiru tiru I. You ni memang saja nak kena dengan I kan?"

ALYSA✔️Where stories live. Discover now