Bab10🥀

19.8K 923 33
                                    


Aku tersentak daripada lamunan apabila terasa bahuku di sentuh dengan lembut.

"Lysa kau dengar tak ni?" Mataku aku kelip kelipkan memandang susuk tubuh di sebelah aku.

"Apa dia?" Aku bertanya.

"Aku dah agak kau memang tak dengar apa aku cakap. Ni kau okay tak ni?" Kepalaku aku anggukkan tanda yang aku okay.

Walaupun aku masih lagi terkejut dan sedikit trauma dengan perangai Izham tadi, tapi aku cuba kawal dengan sebaik mungkin.

Dalam otak aku ni tak ada benda lain selain daripada memikirkan yang Izham tak sengaja. Dia mesti ada masalah lain sampai mengamuk macam tu.

Aku kenal Izham macam mana. Dia bukannya lelaki yang jenis panas baran macam itu.

"Lysa!!" Lagi sekali aku tersentak kerana di sergah.

"Sorry Qay you cakap apa tadi?" Kali ini aku pandang Qay di sebelah untuk lebih menumpukan perhatian.

"Kau ni betul okay tak ni? Dah dua kali aku tangkap kau termenung. Kalau tak okay aku cakap dengan Hilman kejap nak hantar kau balik dulu." Qay sudah menanggalkan tali pinggang keledar.

Aku pula terus meliarkan mata memandang suasana di sekeliling. Berkerut dahiku apabila melihat suasana keliling yang cuma di penuhi dengan rumput rumput hijau.

Dekat mana pula aku ni? Macam mana aku boleh tak perasan kemana Qay nak bawa aku tadi? Aku pun satu main ikut je si Qay ni tak fikir banyak benda bila Qay tarik aku masuk dalam kereta dia tadi lepas bertumbuk dengan Izham.

"Kita dekat mana ni?" Tanpa membalas soalan Qay aku bertanya pula.

"Ladang kuda." Aku pandang Qay lagi sekali meminta dia memberi penjelasan lebih panjang. Aku lihat Qay sedang memandang jam di tangannya sebelum kembali memandang aku.

"Aku memang nak hantar kau balik rumah tapi kejap lagi aku ada game kuda dengan Hilman. Aku tak nak Hilman tertunggu tunggu. Kau tak kisah kan stay kejap sebelum aku hantar kau balik?" Mendengar saja nama Hilman tiba tiba aku terasa semacam.

Sebaik saja kepala aku pandang di hadapan terus mataku di jamu dengan pandangan Hilman yang sedang menunggang kuda.

Tidak berkelip aku memandang Hilman ketika ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak berkelip aku memandang Hilman ketika ini. Handsomenya dia. Terdetik di dalam hati aku.

Aku kembali menoleh ke arah Qay apabila terasa tangan Qay lagi sekali menyentuh lenganku.

"Lysa kau ni okay ke tidak? Dah tiga kali aku tanya ni. Aku risau betul la."

"I'm okay. Eh jom la kita turun nanti you lambat pulak." Terus aku buka pintu kereta Qay.

Entah la kenapa aku rasa tak sabar sabar dan teruja untuk melihat Hilman dan Qay berlumba.

Hilang terus rasa takut dengan kes pergaduhan di antara aku dan Izham sebentar tadi.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now