Bab36🥀

14.2K 642 28
                                    

Hilman POV

Mata aku meliar dari atas pelamin memerhati keadaan di dalam dewan hotel yang kedengaran sedikit bising dengan suara orang ramai.

Pejam celik pejam celik Qay dah pun bergelar suami orang. Rasanya macam baru semalam Qay disebelah aku ni simpan perasaan suka secara senyap dekat Gina.

Siapa sangka dulu minat secara diam diam sekarang ni dapat kahwin betul betul. Untung betul kau Qay. Tak macam aku ni.

Dari memerhati orang ramai mata aku memandang pula perempuan di sebelah Gina yang sedang sibuk mengelap muka Gina dengan tisu.

Kalau la kau tak tinggalkan aku empat tahun lepas. Mungkin kita pun sama macam Qay dan Gina sekarang ni kan? Detik hati aku tetapi cepat aku menggelengkan kepala menghilangkan rasa yang tiba tiba datang mencengkam hati.

"Kau kenapa bro tergeleng geleng tiba tiba ni?" Qay menyoal perlahan.

"Tak ada apa la. Ni aku rasa macam ada nyamuk pula terbang dekat depan aku." Cepat aku mencari jawapan.

Qay mengerutkan dahinya memandang aku seperti pelik. Aku kawal muka dengan selamba. Ah lantak la logik ke tak logik jawapan aku asalkan ada jawapan.

"Hmm pelik pelik jela kau ni." Balas Qay lagi sebelum kembali memandang ke hadapan dengan senyuman lebarnya.

Mana senyum tak lebar kan? Dapat kahwin dengan orang yang dia suka dan orang yang dia minat dari zaman kolej lagi.

Lagi sekali aku memandang perempuan di sebelah Gina yang kebetulan juga memandang ke arahku.

Entah kenapa terasa jantung seperti berhenti berdegup buat seketika. Sama seperti empat tahun lalu sewaktu kali pertama nampak dia di kolej.

Matanya. Renungan daripadanya. Aku rindu sangat dengan renungan matanya.

"Diminta pengantin kita turun ke bawah untuk upacara potong cake." Suara kuat daripada MC buat aku tersentak ke dunia nyata. Pantas aku larikan pandangan.

Apa ni Hilman? Kau lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau? Takkan sebab renungan mata dia buat kau cair pulak? Wake up Hilman. Cepat cepat aku sedarkan diriku.

🍂🍂

Nak makan apa ni? Banyak pula lauk sedap sedap kenduri Qay dengan Gina ni.

Sedang sibuk aku memilih lauk untuk di makan tiba tiba bahuku di pukul perlahan.

"Bro." Pukulan perlahan pada bahuku buat aku pantas menoleh.

Berkerut dahiku sebaik sahaja memandang wajah lelaki yang sudah tersenyum dihadapanku ini. Macam kenal.

"Tak payah nak berkerut sangat la. Baru empat tahun tak jumpa aku dah tak kenal ke? Izham la ni." Hilang terus kerutan di dahi diganti pula wajah pelik.

"Iz?" Tanyaku minta kepastian.

"Ha yela aku la ni. Kau bukan main eh tak kenal aku. Tua sangat ke muka aku ni?" Izham memegang dagunya buat aku ketawa.

"Bukan tua la bodoh. Kau nampak lain gila jambang lebat macam ni. Dengan spek dekat muka kau tu lagi. Mana aku nak cam sangat." Izham memang kelihatan lain sangat pada mata aku ataupun sebab dah lama sangat aku tak jumpa dia.

Kali terakhir aku jumpa dia pun lepas dia kena tangkap dengan Hani dekat Kedah empat tahun lepas.

"Abang, sayang tunggu dekat meja tau." Suara lembut perempuan menyampuk di tepi buat aku tertoleh melihat. Macam kenal.

"Okay sayang. Kejap lagi abang datang eh. Nak borak dengan Hilman kejap." Izham membalas sebelum perempuan itu memberi senyuman padaku sebelum berlalu pergi.

"Tu bukan ke.." Tak sempat aku menghabiskan ayat aku Izham menyampuk.

"Yeap tu Hani. Isteri kesayangan aku." Izham balas dengan senyuman lebar.

"Your wife? Since when?" Terkejut dengan pengakuan Izham. Tak ada angin tak ada ribut.

"Almost 3 years. Sorry aku tak ajak kau masa kahwin dulu. Aku tak terfikir pulak nak ajak kau. Yela kita dua bukan baik sangat dulu kan?" Izham membalas dengan tersenyum simpul. Aku pula ketawa mendengar.

"Ala Iz benda dah lepas la. Aku malas nak ingat benda lepas. Kita pun dah sama sama besar." Aku tepuk beberapa kali bahu Izham cuba beri keyakinan.

"Aku mintak maaf la pasal perangai aku dulu Man. Bila ingat balik aku rasa nak je putar balik masa. Teruk betul perangai tak matang aku." Izham menggeleng gelengkan kepalanya. Mungkin teringat balik dengan perangai lamanya.

Izham yang dulunya perangai macam setan. Tukar perempuan macam tukar baju sekarang ni dah berubah jadi baik.

Kau pulak Man? Dulu bukan main baik siap nak lindungi orang supaya jauh diri dengan Izham. Tapi sekarang kau pula yang macam setan.

Tersenyum sinis aku mengenangkan dengan perangai sendiri. Kalau la bukan sebab perempuan tu rasanya aku tak akan pernah berubah macam sekarang ni.

"Tak ada apa la Iz. Macam aku cakap tadi benda dah lepas tak payah kita kenang lagi."

"Tapi aku betul betul rasa bersalah lagi lagi dekat kau dengan Lysa. Semuanya sebab aku la. Kalau bukan sebab aku mesti kau dengan Lysa dah bahagia dan Lysa pun tak akan kahwin dengan lelaki lain." Setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Izham buat dahi aku kembali berkerut tidak faham.

"Apa maksud kau ni? Aku tak faham." Tanyaku.

"Sebenarnya.."

"Man jom ambik gambar." Jeritan daripada Qay yang tidak jauh dari tempat aku dan Izham berdiri buat Izham terhenti dari berkata kata.

"Kejap." Jeritku kembali sebelum memandang Izham seperti minta dia teruskan kata katanya yang terbantut tadi tapi tak sampat seminit Qay menjerit lagi.

"Weh cepat la. Kau ingat kau siapa nak bagi pengantin tunggu lama lama ni?" Mengeluh aku dengan jeritan Qay. Dia ni tak reti sabar ke macam mana? Geram pula aku dengan dia ni tau.

"Takpe la kau pergi ambik gambar dulu. Kejap lagi kita borak. Aku pun tak sanggup biarkan Hani sensorang lama sangat. Gerak dulu eh." Izham terus berlalu pergi dan aku pula bergerak ke arah Qay dengan seribu satu persoalan yang mula bermain main di fikiranku.

🍂🍂

malas nak double check. maaf kalau ada typo.

walaupun busy teruk tak menang tangan ni tapi demi korang yang mintak update sis curi curi masa juga menaip walaupun tersengguk sengguk pandang skrin phone sampai terlelap lelap sebab letih sangat 😂😂

ALYSA✔️Where stories live. Discover now