Bab20🥀

19K 763 21
                                    


"Lysa dengan Hilman orang mana?" Aku dan Hilman memandang antara satu sama lain sebelum kembali menoleh pandang ke Pakcik Badrudin yang sedang memandu.

Selepas aku mendengar nama tok ketua bukannya Tuan Haji Rahman dan wajahnya pun tidak sama seperti di dalam mimpi aku membuatkan aku menarik nafas lega. Nasib la tak sama dengan apa yang aku mimpi.

Ini la sebabnya kalau siang siang membuta. Tak pasal pasal setan masuk dalam mimpi aku.

"Saya orang KL tok ketua." Hilman membalas. Kepalanya sudah di rapatkan ke seat hadapan supaya dapat melihat wajah Pakcik Badrudin.

"Saya pun sama tok ketua." Aku turut membalas.

"Oh dua dua orang kolumpo la ni ye. Ha ni tak payah la panggil tok ketua Hilman Lysa. Panggil ayah je, kamu berdua kan anak ayah. Ni pulak mak kamu berdua." Tersenyum aku apabila melihat tok ketua mencapai tangan Makcik Aminah.

Dah tua tua pun masih lagi sweet. Harap harap aku dengan bakal suami nanti pun sweet macam ni la sampai ke tua.

"Aah Hilman Lysa dekat sini ni mak dengan ayah kamu. Kamu berdua kan anak mak dengan ayah."

"Baik la mak ayah." Hilman dan aku sama sama membalas dan tersenyum antara satu sama lain. Macam mana boleh tersama pula cakap ni.

"Eh eh kamu berdua ni macam berjanji pulak nak bercakap. Ada apa apa ke kamu berdua ni?" Usikkan dari Pakcik Badrudin membuatkan aku dan Hilman meletus ketawa.

"Kami tak ada apa apa pun ayah. Kawan je." Balasku sambil mata melirik ke wajah Hilman yang sudah berhenti ketawa dan senyuman di bibirnya terus hilang.

Apa memang betul pun aku cakap kan? Setahu aku kami tak pernah nak declare apa apa pun sebelum ni. Jadi makanya tak ada apa apa la kan?

Tak nak la nanti aku kena label syok sendiri pula. Padahal Hilman memang tak ada apa apa dengan aku.

Lagipun aku ni masih lagi bergelar tunang Izham walaupun hubungan aku dan Izham dah retak menanti belah.

"Laa yeke ingat ada apa apa. Sebab mata tua mak ni macam nampak kamu sepadan sangat berdua. Muka pun nampak macam iras iras sikit. Orang kata kalau muka iras iras ni berjodoh." Balas Makcik Aminah dengan tawa kecil.

Aku pula hanya tersenyum kecil mendengar balasan balas dari Makcik Aminah. Sepadan ye? Berjodoh? Semoga apa yang Makcik Aminah katakan menjadi kenyataan la satu hari nanti.

Membayangkan aku dan Hilman mempunyai ikatan sahaja membuatkan perut aku seperti ada rama rama berkeliaran.

"Sudah la mak nya. Dah kalau anak anak kata tak ada apa apa tu maknanya tak ada apa apa la. Toksah la kamu nak melebih lebih. Tengok muka Hilman tu dah lain." Balas Pakcik Badrudin.

Aku pantas memandang Hilman di sebelah. Mukanya memang nampak serius daripada tadi. Dia tak suka ke bila Makcik Aminah usik dia dengan aku?

"Eh saya okay je ayah. Penat sikit je ni yela duduk lama sangat dalam bas tadi kan." Hilman ketawa.

Aku nampak Hilman punya ketawa yang memang seratus peratus ketawa yang di buat buat. Bukan ketawa ikhlas dari hati.

"Ni jauh lagi ke kita nak sampai rumah ni?" Hilman menukar topik.

Hati aku terasa sedikit tersentap. Dia memang tak suka ke bila kena usik dengan aku? Habistu selama ni kata suka dekat aku tu cuma main mainkan aku je ke?

ALYSA✔️Where stories live. Discover now