Bab43🥀

16.6K 637 21
                                    


"I tanya siapa Sofea?" Lagi sekali aku bertanya Hilman yang diam membisu tidak menjawap.

Hati sudah terasa panas terbakar. Lagi lagi mendengar suara gedik Sofea tadi buat aku makin terbakar hangus.

"You nak I repeat soalan I kali ketiga ke Hilman?" Kali ini suara aku sudah mula tegas. Tangan sudah memeluk tubuh sendiri menunggu balasan dari Hilman.

"I.." Tak sempat sambung Hilman terus memotong.

"Kan I dah cakap Sofea tu cuma friend with benefit not more than that." Entah kenapa jawapan yang keluar dari mulut Hilman buat hati aku sedikit rasa kecewa.

"Baby please jangan macam ni." Hilman menahan aku bila aku cuba untuk keluar dari bilik.

"I mintak maaf dengan perangai I dulu. I tau I banyak sangat dosa dengan orang sekeliling lagi lagi dengan perempuan. I betul betul dah menyesal dengan perangai I. I mintak maaf sebab I kecewakan you. Please Lysa I sayang sangat dengan you." Pelukkan erat Hilman dari belakang buat aku sedikit goyah. Lagi lagi bila terasa bahuku sudah basah dengan air matanya.

"I tau I bodoh ikutkan sangat perasaan sebab kecewa dengan you. I sanggup buat dosa. I menyesal sangat dengan perbuatan I tapi I dah janji dengan diri sendiri yang I akan berubah. Please Lysa jangan tinggalkan I sayang. I tak boleh hidup tanpa you dalam hidup I. I sayang you sangat sangat." Mataku terpejam mendengar tangisan perlahan Hilman.

Salah aku juga sebab pergi macam tu je dari hidup Hilman tanpa bagi apa apa penjelasan. Ingat Lysa kau pun salah juga sebenarnya. Kalau la kau tak ikut sangat perasaan kau mesti Hilman tak akan jadi macam ni. Mesti tak akan wujud Sofea dalam hidup Hilman dan aku.

Tangan Hilman yang memelukku erat aku rungkaikan dan badanku aku pusing menghadap Hilman. Wajahnya yang basah dengan air mata aku lap menggunakan kedua telapak tanganku.

"Shh dah jangan nangis. Tak handsome dah suami Lysa bila menangis macam ni." Aku berikan ciuman pada dahinya sebelum dahinya dengan dahiku bercantum.

"I pun salah jugak sayang. Kalau la I tak tinggalkan you without explaination mesti semua ni tak jadi kan?" Mataku merenung ke dalam mata Hilman yang masih berkaca dengan sisa air mata.

"You tak salah. I yang salah sebab ikutkan sangat emosi I." Tangan Hilman memegang kedua belah pipiku. Terlepas tawa kecilku apabila Hilman masih lagi menyalahkan dirinya seratus peratus.

"You gelak kenapa? I buat lawak ke?" Tanya Hilman dengan mukanya sedikit berkerut. Makin kuat pula aku ketawa melihat muka binggungnya.

"Tak ada la buat lawak tapi I rasa kelakar sebab you salahkan diri you je. Dah kita berdua sama sama salah. Bukan you sorang je salah okay sayang?" Habis berkata terus tanganku  memeluk pinggang Hilman dengan erat.

Kepala aku sandarkan di dadanya mendengar degupan jantungnya yang kuat berdegup.

"Okay baby." Hilman juga membalas pelukkan aku dengan erat seperti tidak mahu melepaskan aku.

Tersenyum aku dengan keadaan kami yang begini. Aku terasa begitu tenang dan selamat bila berada di dalam pelukkannya.

Lama kami senyap berpelukkan sebegini dan berbagai bagai jenis benda yang mula bermain di fikiran aku.

Setelah yakin dengan diri sendiri dengan apa yang mula bermain main di fikiranku terus sahaja aku angkat kepalaku dari dadanya.

"Sayangg." Meleret aku memanggilnya. Aku tenung matanya dengan pandangan merayu dan redup.

"Ye baby." Tangan Hilman mengusap kepalaku dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"I nak jumpa Sofea tu boleh?" Hilang terus senyuman di wajah Hilman di ganti pula dengan wajah mendungnya.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now