Bab15🥀

18.4K 911 30
                                    


"Saya harap semua dapat beri kerjasama dan mengikut arahan. Ingat kita datang menumpang rumah orang so tolong hormat dorang macam kita hormat ibu bapa kita sendiri dan paling penting tolong jaga nama baik kolej kita. Jangan sebab seorang buat hal habis busuk nama kolej kita."

Aku memberi nasihat kepada pelajar pelajar yang akan terlibat dengan program mak ayah angkat ini dengan menggunakan healer di tangan.

"Semua faham?" Aku bertanya sambil memandang ke arah wajah satu persatu yang ada di hadapan aku dan ketika mataku memandang tepat ke arah Hilman, dia mengeyitkan matanya kepada aku membuatkan aku tersenyum kecil. Menyempat lagi tau dia ni nak menggatal. Getusku di dalam hati.

"Faham." Kedengaran suara suara yang menjawap.

"Okay kalau macam tu saya serahkan kepada Gina untuk pemberian kumpulan dan juga bas."

Memandangkan aku ketua jadi aku tak terlibat untuk mengikuti aktiviti aktiviti yang bakal berlangsung.

Sama seperti AJK AJK lain, tugas aku hanya menjadi pemantau sahaja setiap aktiviti aktiviti yang bakal di jalankan ketika kami berada di Kedah nanti.

"Nama nama yang saya sebut tu semuanya akan nak satu bas dengan Alysa." Aku mengangkat tangan memanggil orang orang yang akan naik bas bersama sama aku.

"Semua boleh beratur depan bas nombor 1 ye." Aku memberi arahan sambil tersenyum melebar apabila melihat kelibat Hilman di barisan yang bakal naik bas bersama aku.

"Apahal aku bukan satu bas dengan Lysa?" Kedengaran nada tidak puas hati Izham di sebelah Gina. Hilang terus senyuman di bibir aku.

Mengingat kembali kejadian di dalam kereta tadi buat aku terasa seram sejuk kembali.

"Sebab bas Lysa dah penuh. Mana nak sumbat kau lagi. Rela ke kau duduk atas lantai bas lama lama?" Gina bertanya.

"Kau memang sengaja kan Gina? Apa benda yang kau tak puas hati sangat eh dengan aku ni?" Izham sudah meninggikan suaranya. Gina pula kelihatan tidak gentar langsung.

"Dah la tu Izham. Awak ni kenapa? Cuba tunjuk contoh yang baik dekat yang lain lain.

Awak kena ingat awak tu salah seorang wakil MPP. Bukan student biasa sampai nak buat perangai macam ni." Miss Helena menegur.

"Entahnya Izham. Naik bas je pun bukannya buat apa. Berjauh sikit dengan Lysa pun tak boleh ke? Dah dah tak payah buat drama dah. Nanti lambat pulak kita sampai." Sir Amri ikut sama membalas dan menarik Izham menjauh.

Aku tarik nafas lega. Mujur la ada Miss Helena dan Sir Amri sekali yang akan ikut kami ke Kedah. Kalau tidak tak tau la aku apa yang bakal jadi. Melihat keadaan tegang tadi pun dah buat aku kecut perut.

🍂🍂

Mataku memerhati satu persatu seat di dalam bas yang ada. Apahal semuanya dah ada orang duduk ni? Habistu mana aku nak duduk ni?

Macam mana Gina ni bahagi orang untuk duduk dalam satu bas ni? Semua aku tengok dah ada penghuni. Takkan aku nak duduk atas lantai bas kut?

Lama pulak tu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Bukannya sekejap lima minit dah sampai. Bebelku di dalam hati.

"Lysa." Pantas mata aku memandang ke arah suara yang memanggil. Aku kecilkan mata melihat orang yang memanggil.

Maklum la orang rabun tapi degil tak nak pakai cermin mata. Dah la orang yang memanggil pun nun jauh duduk di belakang.

"Sini sini." Tak perlu lagi aku hendak beriya sangat melihat siapa yang memanggil. Dari suaranya pun aku sudah kenal siapakah gerangan itu.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now