Bab24🥀

16.9K 691 17
                                    


Hilman POV

"Lysa Hilman, mak nak mintak maaf pasal malam tadi ye. Mak cakap kamu berdua bercinta nak bernikah dah. Mak ni bukan apa mak rasa naik serabut pulak tengok Haris dengan Nia malam tadi.

Dah la sepanjang majlis kenduri berlangsung dua ekor tu asyik mengendeng je dekat kamu berdua. Naik rimas mata mak tengok." Makcik Aminah memecah kesunyian di dalam kereta.

"Tak apa la mak. Lysa faham." Aku dengar Alysa ketawa perlahan. Aku juga menyimpan senyuman di bibir mendengar tawa Alysa.

"Hilman tak kisah kan?" Kali ini makcik Aminah menyoal aku pula.

"Tak apa mak." Balasku sebelum kepala aku bawak memandang ke luar tingkap untuk melihat pemandangan sekitar Langkawi.

Tiba tiba kepala aku kembali terimbau kejadian tegang pada pagi tadi perbualan antara aku dan Haris sebelum kami keluar pergi berjalan jalan.

Flashback

Sebaik sahaja aku menyimpan barang barang di dalam bonet kereta pakcik Badrudin, tersentak aku tiba tiba bila terasa bahu kanan aku di tepuk agak perlahan.

Terus aku pandang tuan empunya tangan yang berada di bahu aku ketika ini.

"Kau Haris terkejut aku." Aku urut sedikit dada tanda terkejut. Gila betul bukan nak bagi salam ke apa main sergah macam tu je.

"Hm boleh kita duduk dekat pangkin depan tu kejap tak?"

Tanpa menunggu jawapan daripada aku Haris terus berlalu pergi. Eh eh dia ni baik tak payah tanya aku boleh duduk dekat pangkin ke tak. Bebelku di dalam hati tetapi kaki aku bawa juga berjalan mengikut Haris dari belakang.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung di pangkin tanpa memberi mukadimah terlebih dahulu Haris terus bertanya.

"Kau betul betul ke serius dengan Lysa?" Matanya memandang aku dengan serius.

"Betul la aku serius. Bila pula aku nak main main." Aku balas pandangan Haris dengan serius juga. Cuba meyakinkannya yang aku memang betul betul serius dengan Alysa.

Aku pun dah buat keputusan dan aku dah tekad sebaik sahaja kami pulang ke Kuala Lumpur memang aku nak lebih serius dengan dia bukan sebagai kawan tetapi sebagai kekasih.

Lantak la orang nak kata aku ni perampas Alysa dari Izham. Dah Izham tak reti nak menghargai Alysa jadi biar la aku yang hargai dia.

"Jadi betul la apa maklong kata yang korang nak kahwin dah?" Soalan Haris membuatkan aku tersenyum kecil tapi cepat cepat aku kawal membuat muka serius.

"Yeap. Memang aku nak kahwin dengan dia." Dengan penuh yakin aku membalas.

Memang tak boleh di ucap dengan kata kata bertapa aku sangat berterima kasih dekat Makcik Aminah sebab ungkit cakap pasal perkahwinan aku dan Alysa yang bagi aku tak akan mungkin terjadi untuk masa terdekat ini.

Sekurang kurangnya tak ada la langau ni datang mengacau dalam hubungan aku dan Alysa dah lepasni.

"Kau biar betul nak kahwin dengan Lysa? Bro kita baru je 20 tahun kau yakin boleh bimbing dia ke? Ekonomi kau dah cukup stabil nak sara Lysa?" Kalau tadi aku tersenyum kecil tapi kali ini aku berikan pula senyuman sinis pada Haris.

"Aku ni lebih dari mampu dan layak untuk sara Lysa bro. Aku rasa kau ni masih tak familiar lagi siapa aku kan? Aku ni Hilman Zavirel Dato' Hazim Zavirel usahawan yang berjaya pada usia masih muda tanpa pertolongan duit sesen pun daripada Dato' Hazim iaitu daddy aku." Aku tekankan suara pada pangkat Dato' yang ada pada nama daddy. Jari telunjuk aku menolak dada Haris dengan sedikit kuat.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now