Bab22🥀

16.8K 738 9
                                    


"Awak macam mana Lysa? Sihat?" Haris bertanya dengan matanya menikam ke dalam mata aku.

Siapa sangka Haris iaitu bekas teman lelaki aku merupakan anak buah Pakcik Badrudin dan adik kepada bakal pengantin.

Pelik kan? Walaupun aku ni dulu teman wanita Haris tapi aku tak pernah tahu dan tengok rupa kakak dia dan ibu bapanya.

Terkejut juga aku tadi semasa Haris menyambut kedatangan kami berempat di jeti Pekan Kuah.

"Sihat. Sejak bila awak duduk Langkawi ni? Saya tak pernah tahu pun." Aku bertanya.

Memang hati aku ketika ini tertanya tanya sangat. Setahu aku keluarga Haris memang asal dari Kuala Lumpur. Macam mana boleh sesat duduk Langkawi ni?

"Mana awak nak tau kalau awak tak pernah nak tanya saya dulu masa kita couple." Haris lemparkan senyuman manisnya pada aku.

Matanya merenung ke dalam mataku. Terasa tidak selesa pantas aku menoleh memandang ke arah budak budak kecil yang sedang berlari lari di kawasan rumah.

"Haris please stop staring at me. Saya rasa tak selesa." Jari di pehaku aku main mainkan sesama sendiri cuba menghilangkan rasa tidak selesa di dalam hati.

"Sorry. Siapa suruh awak cantik sangat." Kedengaran Haris ketawa kecil membuatkan pipi aku terasa panas kerana malu dengan pujian Haris.

Kepala aku tundukkan malu hendak memandang wajah Haris ketika ini. Dulu memang tak pernah la Haris ni nak bagi aku senang. Suka sangat menyakat dan mengusik aku.

Hasil daripada usikkan dan sakatan dari Haris la yang buat aku jatuh hati dengan dia.

Tapi malangnya kami terpaksa berpisah semasa aku berpindah sekolah lain. Semuanya disebabkan fitnah dari orang yang cemburu tengok kebahagiaan aku dengan Haris.

Haris yang cemburu buta sangat terus percaya yang aku curang denga dia. Yela siapa je yang tak ada rasa ragu ragu bila berjauhan dengan kekasih hati sendiri kan?

Hasilnya aku bercinta pula dengan Izham dan tak sangka pula perangai Izham seteruk macam ni. Kalau la aku tau perangai Izham seteruk ni.

Memang mati hidup balik aku akan jauhkan diri dari dia. Tapi itu la semuanya kalau.

"Rindu pula saya nak mengusik awak Lysa." Sambungnya lagi.

Belum sempat hendak aku buka mulut untuk membalas, kedengaran suara orang berdehem.

"Ehem."

Tak perlu aku nak tengok siapa memang aku dah tahu siapa yang berdehem tu.

Aku menepuk dahi aku perlahan. Macam mana la aku boleh lupa pasal Hilman ni?

"Eh Hilman. Tak perasan pulak kau ada. Nak apa ni?" Dengan ramahnya Haris bertanya.

Aku pula mendiamkan diri tidak memandang sikit pun wajah Hilman. Tahu salah sendiri sebab lupa tentang kehadiran Hilman.

Maklum la bila kembali berjumpa Haris terus aku boleh terlupa tentang Hilman.

Sejak dari dalam kereta tadi lagi sampai la ke sini aku langsung tak bertegur dengan Hilman. Sibuk sangat berbual dengan Haris sampai lupa tentang wujudnya Hilman.

"Mak panggil Lysa dekat dalam." Mendatar suara Hilman.

"Saya lupa pulak. Awak dari tadi tak masuk dalam sebab dok berborak je dengan saya. Jom la kita masuk." Haris menarik tanganku tetapi pantas aku menarik kembali.

"Kenapa Lysa?"

"Tak apa awak masuk dulu nanti saya masuk. Saya ada benda nak bincang sikit dengan Hilman." Aku membalas dengan memberi senyuman padanya.

"Tapi kan Hilman kata maklong panggil awak. Dah jom jom." Lagi sekali Haris cuba menarik aku tetapi kali ini Hilman pula menepis kuat sehingga aku tersentak kerana terduduk kembali.

"Kau apahal?" Sedikit tinggi suara Haris menengking Hilman.

"Kau tak dengar ke dia cakap kau pergi dulu? Nanti tau la aku dengan dia nak masuk dalam." Hilman ikut menengking Haris.

Melihat pandangan mereka mula berlaga membuatkan aku cepat cepat berdiri dan berdiri di tengah tengah diantara Hilman dan Haris.

"Dah la tu. Tak malu ke orang tengok? Haris awak masuk la dulu nanti saya masuk." Aku memberi arahan.

Mata aku memandang sekeliling. Aku lihat budak budak yang lincah berlari mula menyaksikan kami bertiga dengan wajah yang takut.

Budak budak mana je tak takut bila dengar orang tengking tengking macam ni?

Nasib la kami berada jauh sedikit dari rumah ibu bapa Haris. Kalau tidak tak pasal pasal je nanti.

"Kau." Haris masih lagi cuba menengking Hilman.

"Haris stop it." Pantas aku tolak Haris sedikit jauh. Aku pandang matanya dalam cuba meminta pengertian.

Haris mengeluh sebentar sebelum berlalu pergi. Setelah menghantar pemergian Haris aku pusing kembali menghadap Hilman.

Hilman juga masih memandang pemergian Haris ke kawasan rumahnya dengan nafasnya turun naik laju.

"Stop it Hilman. Stop being childish. Kita dekat tempat orang ni. Cuba la kawal sikit perasaan tu. Jaga sikit nama baik kolej kita." Aku membuka kata. Terus mata Hilman memandang aku tajam.

Sinar matanya masih kelihatan marah tidak seperti pandangan tenang dan penuh cinta yang selalu aku nampak.

"Oh sekarang I pulak kena budak budak? Haris tu yang start dulu. I pulak yang kena?" Suara Hilman tegang pada pendengaran telinga aku. Tidak seperti selalu.

"Hilman.." Aku baru menyebut namanya tetapi cepat sahaja dia memotong.

"Mentang mentang dapat jumpa ex balik, hati dah kembali terbuka ke untuk sulam cinta dengan dia balik?" Tersentap hati aku mendengar bait bait perkataan yang keluar dari bibir Hilman.

Hilang terus rasa hendak memujuknya. Kini aku pula yang mula terasa hati dengan dia.

"Apa you cakap ni? I tak ada langsung terdetik dekat hati ni nak sambung balik my relationship with Haris."

"Dah tu beriya sangat berdua dengan dia sampai lupa I ni wujud lagi tu apa? I ni bukan tunggul Lysa. Dulu you dengan Izham pun you lupa I.

And now what? Dengan Haris pun you lupa I ni wujud. I ni manusia juga ada hati perasaan. Kadang I terfikir juga you ni betul serius dengan I atau pun cuma nak main mainkan I je. Kalau you tak nak I dalam hidup you cakap. I boleh pergi dari hidup you. Tak perlu nak buat I sakit hati macam ni." Habis sahaja melemparkan ayatnya Hilman terus beredar meninggalkan aku.

Aku terus terduduk di pangkin yang tersedia di bawah pokok. Keluhan aku lepaskan dengan berat.

Termenung jauh aku menghadam setiap patah perkataan yang di lemparkan oleh Hilman sebentar tadi.

Entah la aku pun tak faham sebenarnya hati aku ni nak apa? Betul ke aku ni memang betul betul mula rasa suka pada Hilman? Ataupun tu semua hanya la bersifat sementara?Memandangkan hanya Hilman sahaja yang ada rapat dengan aku ketika hati aku disakiti oleh Izham?

ALYSA✔️Where stories live. Discover now