Satu (1)

40.6K 536 6
                                    

Athirah menjemur kain di halaman rumahnya sambil menyanyikan lagu Aishah oleh projector band dengan gembira sebelum ditegur oleh adiknya Syafiqah

"Akak !!! Ni ada surat untuk akak" jerit Syafiqah sambil berlari

"Surat? Surat apa? Dari siapa?" Tanya Athirah pelik kerana sebelum ini biasanya dia dapat surat hanya ketika di sekolah menengah tapi sekarang dia dah pun tamat sekolah

"Entah ni ada tulis sulit lagi" kata Syafiqah sambil belek surat tersebut

Athirah lap tangannya yang basah pada kain batik yang dipakainya

"Sini akak tengok " kata Athirah dan mengambil surat tersebut lalu buka

"Hah!! Fiq akak dapat tawaran sambung belajar di kuala lumpur!!" Jerit Athirah dengan kuat sambil lompat dan tarik adiknya

"Serius akak?!" Tanya Syafiqah tidak percaya dengan berita gembira kakaknya itu

"Ni kena bagitau ibu ni" kata Athirah dengan gembira berlari masuk

Syafiqah menggelengkan kepalanya bila kakaknya itu terlupa bakul baju di luar kerana terlalu gembira

"Ibu!!!" Jerit Athirah di dapur dan menghampiri puan Amirah yang sedang memasak

"Apa ni akak jerit2 ni" tegur puan Amirah

"Ibu tengok ni akak dapat sambung belajar di KL" kata Athirah dan peluk ibunya

"Alhamdulillah" kata Puan Amirah cium anak sulungnya itu

"Akhirnya tuhan makbulkan juga doa ibu " kata Puan Amirah lagi

Athirah senyum dan peluk ibunya dengan erat

"Kejap lagi ayah balik , bagitau dia" kata puan Amirah

Athirah angguk dan lari naik ke biliknya

Athirah mendail nombor kawannya

"Assalamualaikum , Ida aku dapat tawaran belajar di KL" kata Athirah dengan gembira

"Serius!!baguslah , tapi kita dapat tempat yang berbeza" kata ida dengan sedih

"Kenapa? Kau dapat dekat mana?" Tanya Athirah tiba2 rasa sedih bila kawannya tidak dapat tempat yang sama dengannya

"Aku dapat sambung dekat ipoh" kata Ida

"Ok kut lagipun ipoh bukan dekat ke dengan KL" kata Athirah

"Ye la dekat tapi kolejnya lain" kata Ida

"Habis , Ara dapat mana?" Tanya Athirah dekat kawannya sorang tu

"Dia dapat sama aku" kata Ida teruja

"Sampai hati , korang dapat sama" kata Athirah sambil buat muka

"Ala nanti kalau kita cuti ke apa kita jumpa la" kata Ida

"Hm..ye la, ok nanti malam kita cakap lagi aku nak gitau ayah aku ni tu dia balik" kata Athirah

"Hm..ok" kata Ida dan matikan panggilan


Makan malam pada hari ini sangat meriah dengan kegembiraan Athirah yang bakal ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar

"Ayah tak nak membebel ke apa , anak dara ayah ni dah besar dah dua2 dah pandai menilai yang mana yang baik yang mana buruk jadi kamu dekat sana nanti jangan lupa solat , jangan sekali pun kamu lupa tuhan " pesan Encik Azim kepada anak sulungnya

"Ye ayah , jangan risau Athi tahu jaga diri dan Athi ingat pesan ayah tadi " kata Athirah

Encik Azim senyum dan usap kepala anaknya dengan penuh kasih

♤Perkahwinan Kontrak♧Where stories live. Discover now